Selamat datang Ramadhan

Assalamualaikum

Esok dah puasa dah kan, kejap je rasa. So, apa yang paling penting kalau nak puasa ni. Confirm lah niat puasa kan. Ape lupa? Okay okay, takpe. Nanti aku upload.


So, sekarang dah ingat dah kan. Bila dah masuk bulan puasa ni, kena lah jaga adab masing-masing. Kalau dulu yelah, senang lah nak cakap kan, "Ni syaitan nirojjim lah ni duk hasut-hasut aku". Tapi bulan puasa tak boleh dah cakap macam tu, because someone is leaving. You know who is 'someone'?


Sekarang semua tu dah takde, yang tinggal nafsu je. Pandai-pandai lah control nafsu masing-masing. Macam-macam lah kategori nafsu ni, nafsu untuk makan, nafsu untuk berbelanja & etc.  Ha, jangan pulak puasa ni dijadikan alasan nak ponteng kerja ke, kelas ke, malas buat kerja sekolah ke. Takmau takmau ! Ecece, mentang-mentang aku memang cuti, boleh lah berlagak kan, muahaha.


Tahun ni untuk pertama kalinya aku puasa sebulan dekat rumah. Yeay, tepuk tangan lelaju. Takde lah first time mane pun, tapi last aku puasa full dekat rumah masa darjah 6. Amacam, pathetic much? :') Tempat yang paling best & bahagia sekali adalah dekat rumah sendiri, kan? So, tahun ni aku nak makan macam-macam #nafsu aku yang menggila. Haha, takde lah. Aku makan jela apa yang ada. Korang pulak jangan jadi macam ni, "Siang dipendam, malam masa untuk balas dendam". Nanti kang habis semua makanan dekat bazar tu nak dibelinya. Relaks la weh, puasa kan sebulan. 




Tibe-tibe rasa rindu pulak dekat bazar UUM. Kat sana takdelah besar sangat, tapi okay lah. Rindu bukak puasa dengan kawan-kawan. Hrmm, takpela. Tahun ni tahun berpuasa dengan keluarga pulak. :')


p/s : baju raya dah buat belum? haha

p/s : agak-agak aku orang ke-berapa post pasal puasa?

Thanks sudi baca & welcome Ramadhan :')

6 comments:

TeAqArH said...

rindu nak bukak pose ngn kwn2 kt u

namaakulynn said...

slmt bpuasa. :)

ade2mama said...

kdg2 kte ny yg jdy dye eheheh
tpy bkn kte la hehehe

Syaza Zul said...

@TeAqArH Kan? Bukak puasa kat U best sebab ade kwn2. :)

Syaza Zul said...

@namaakulynn Selamat berpuasa jugak :)

Syaza Zul said...

@ade2mama Kita? Sape? Ecece, tkmau ngaku pulak die. Haha