Experience is the best teacher ever

Assalamualaikum


Hai korang? So, ape khabar semua? Mintak-mintak semua okay lah eh? Entry kali ni lebih kepada pengalaman lah sebenarnya. Sebabnya, 2 hari yang lepas, aku tolong isikan online form sebab nak apply matrik dekat adik aku. Ceh, tiba-tiba ingat pulak time aku dedulu. So, sekarang meh nk cite pengalaman.

Masa sekolah rendah aku sekolah baisa je, dekat Sekolah Kebangsaan Cherating. Tapi bagi aku, masa sekolah rendah paling syok sebab takde masalah, time rehat je mesti main-main. Alahai bestnyee, rindu lah pulak cry. Masa UPSR, aku dapat 5A pastu apply MRSM tapi tak dapat. Tapi tak kisah pun, hahaha.

Tak dapat MRSM pun, aku dapat SMK Abdul Rahman Talib kat Kuantan. Okay ape, tak dapat MRSM tapi dapat sekolah kluster. Masuk SMART, lagi lah banyak pengalaman. Jumpa macam-macam orang, macam-macam perangai. Nanti aku dah update ape aku buat kat hostel dulu, kira macam perangai yang paling nakal ah. Ha, lagi satu, aku 5 tahun dekat sekolah ni, & 5 tahun jugak aku duduk hostel. Amacam? Taknak derita pulak kan? Masa PMR aku dapat 8A. Tak expect langsung sebenarnya, tapi dah malas nak apply sekolah lain pastu stay jela kat SMART. Dekat SMART ni ade aliran sains je, nak taknak memang kena ambik Fizik & Chemistry tapi untuk Biology tu optional untuk sape-sape yang minat jela. Aku drop ambik Akaun. Time SPM, aku tak cemerlang langsung, dapat 6A je. Serius menyesal tapi,
Life is too short to regret

 Aku duduk depan sekali, yang pakai tudung krim dengan senyuman Colgate.


Tipu lah tak sedih, ramai kot ex-schoolmate yang fly. So, lepas SPM apply matrik dengan Diploma, tapi Asasi tak apply pun. Alhamdullilah, dapat Matrik Melaka & UiTM Jengka course Business. So, ape lagi, disebabkan nak cepat, pilihlah fast track iaitu Matrik. Masuk Matrik je, hah hambik kau ! Semua pandai-pandai. Yang straight A's pun ramai. Kat Matrik, setahun je, untuk kedua-dua sem budak tutorial aku, 1 kelas semua dapat A untuk subjek Akaun. Kau pikir tak gile ke? Maluuu lah kalau tibe-tibe aku sorang je yang cacat. Kat Matrik best gile, aku ade kawan yang super ohsem, roomate yang best gile nak mati, semua lah best senang cite. So, aku punya CGPA takde lah tinggi mana pun kalau nak dibandingkan dengan orang lain, 3.63. Alhamdullilah, dengan CGPA ni, aku dapat JPA.



This is what we called 'bestfriends'
Then, aku masuk UUM, course Accounting, 4 years. Kalau takde extend ke ape ke, memang 4 years lah. Hopefully lah kan? Masa first2 aku macam asal UUM, dah lah jauh gila nak mati. Lagi satu, aku harap dapat UKM. T_______T. Yela, kawan2 aku yang CGPA lagi rendah pun boleh dapat. Hrrm, tapi nilah namanye rezeki.

Allah tak pernah bagi yang kita nak,
tapi bagi yang terbaik buat kita

Ye, memang betul. Kalau aku tak dapat UUM, aku takkan kenal dengan kawan2. Time susah senang memang selalu sama2 kan? Nanti mesti dekat korangggg :'(







Sekarang banyak aku belajar, jangan pernah menyesal tentang sesuatu. Semua yang terjadi ada hikmahnya. Takde rencana Allah yang tak baik untuk kita. Lagi satu, jangan pernah buat sesuatu dengan main2, nanti menyesal tak sudah. Macam aku. So, untuk adik2 kat luar sana, belajar rajin2 tahuuuu?

notatangan: nanti aku update pasal kenangan masa dekat hostel

Thanks sudi baca :)

No comments: