Money or Love?

Assalamualaikum

Yang mana lebih penting sebenarnya? Duit ke cinta? Which one do you prefer to be your priority? Hrmm. Soalan ni susah kan. Kalau tanya kat sapa-sape, mesti akan ada banyak alasan kenapa diorang lebih memilih cinta mahupun duit.


Okay, contoh lah bila ade orang tanya, yang mana korang akan pilih & korang jawab duit. Aku rasa on the spot orang tu akan terus berfikiran "Oh, materialistik dia ni rupanya". 




Aku tak rasa pun yang diorang ni materialistik sebabnya duit tu kan memang penting. Okay, memang kasih sayang tu pun penting untuk meneruskan kehidupan tapi setakat dengan kasih sayang, duit takde pun tak boleh kan? Betul tak? Sekarang semua benda pun perlukan duit. Bahkan masuk toilet pun kena bayar 20sen. Tapi bukan lah maksud aku macam, kalau ade duit semua benda boleh beli termasuklah cinta. Bukan bukan.

Apa yang aku nak sampaikan adalah, duit tu penting kalau nak teruskan kehidupan. Lagi-lagi, kalau yang duduk KL, kos hidup tinggi. Bagi aku, aku memang pilih duit comes first. Sebabnya, kalau dengan cinta semata-mata, kita tak akan kemana-mana pun. Cukup ke sekadar ucapan "I Love You"? Bila cakap ILY, perut akan jadi kenyang ke? Tak kan? Jadi aku rasa, kalau cinta semata-mata tapi tak usaha ke arah yang lebih baik pun tak guna jugak. Tak payah jadik kaya-raya asalkan ada punca pendapatan pun dah okay.







Cinta. Cinta tu memang lumrah manusia. Cinta kepada Allah, keluarga dan makhluk berlainan jantina. Memang penting, kalau takde cinta rasa macam hidup takde makna lah lebih kurang. Mungkin ada yang akan menjawab cinta. Tunggu, jangan terlalu cepat memprotes mereka. Mungkin ada di antara mereka yang lahir tanpa kasih sayang daripada ibu & ayah, mungkin juga mereka kehilangan keluarga mereka sejak dari kecil lagi. Siapa tahu?


Tanpa ibu & ayah di sisi, amatlah sukar kan? Diorang lah yang banyak memberi sokongan dan dorongan dari kecil lagi. Kalau tiada mereka macam mana? Kesimpulannya, masing-masing mempunyai alasan tersendiri. Dan sememangnya duit & cinta masing-masing penting. Apa yang membezakan ialah, bagaimana cara untuk tidak terlalu mengejar kebendaan & belajar untuk menyayangi orang di sekeliling kita. :')


p/s : entry ni macam serius kan?


Thanks sudi baca :)

4 comments:

Encik JI said...

duit tu utama, cinta tu smpingn buat masa skrg.

yela, nk tngung anak orang kna pkai duit. tp bila dh berduit nanti, insyaAllah cinta tu boleh takeover duit. hehe

Unknown said...

Haha, tp mmg betul pun. Duit tu mmg penting.

ade2mama said...

btol tu..
law duit xde cmne nk kawen ..uhuhu.

Unknown said...

@ade2mama Bukan setakat nak kahwin, nak makan pun tak boleh.