Okay, disebabkan sekarang Syaza ade ulcer, so memang nak tanak kena lah kan banyakkan minum air putih/masak. Tapi ramai orang cakap kalau minum air putih ni nanti gemok. No waaayyyy man ! Sebenarnya, minum air putih jugak adalah salah satu cara nak kurus tahu tak. Sebabnya, makin banyak minum air, makin kerap lah nak ke toilet kan? Ha, tulah caranye, sebab masa ke toilet tu korang akan buang sejenis toksin dalam badan. Correct me if im wrong.
Antara 5 kelebihan air putih/masak ni adalah ;
1.Demi menjaga keseimbangan cairan tubuh.
Dengan kandungan air dalam tubuh mencapai 60%, fungsinya amat penting dalam proses pencernaan, penyerapan makanan, sirkulasi, menghasilkan air liur, angkutan nutrisi tubuh, dan menjaga suhu tubuh. Jika kekurangan air, bukan mulut je yang haus, tapi otak juga. Jika otak haus, otak juga tidak dapat berfungsi secara normal.
2.Untuk meningkatkan energi otot.
Jika otot terasa penat itu sebenarnya adalah tanda cairan tubuh di dalam badan tidak seimbang. Oleh itu, meminum air sebelum dan selepas adalah digalakkan kerana semasa bersukan kita banyak mengeluarkan peluh atau berhidrasi.
3.Untuk mengawal kalori.
Sesiapa yang di dalam proses untuk diet, adalah amat digalakkan untuk banyak meminum air putih/masak ini dengan tujuan mengurangkan berat badan. Makanan yang mengandungi banyak air cenderung untuk kerap dikunyah dan diserap tubuh perlahan. Ini akan mengakibatkan rasa kenyang. Makanan itu di antaranya adalah buah-buahan, sayuran, sup, gandum, dan kacang-kacangan.
4.Ginjal akan berfungsi normal jika keseimbangan air dalam tubuh terjaga.
Sampah utama dalam tubuh adalah nitrogen urea, yang larut dalam air, kemudian disaring oleh ginjal dan dibuang melalui urin. Ginjal bekerja amat baik jika cairan yang terdapat di dalam tubuh adalah seimbang . Tubuh yang cukup air menghasilkan urin berwarna terang, tidak berbau, dan juga mengalir secara lancar.
5.Cairan tubuh yang seimbang menjaga fungsi saluran pencernaan.
Nak tahu ape penyebab sembelit? Sembelit terjadi apabila usus yang besar menyerap cairan dari kotoran. Jadi sebaiknya, untuk mengelakkan ini daripada terjadi, banyakkan meminum air masak/putih ataupun sembelit akan sentiasa mengekori anda. Fikir-fikirkan ye :)
Agak-agak, ni dah cukup sihat ke belum?
Thanks sudi baca :)
No comments:
Post a Comment