Pulau Redang

So, last week kitorg pergi Pulau Redang. Kitorg tu officemates and of course la aku. Memula macam taknak pergi tapi sebab tak pernah pegi mesti la pergi kan! Stay dekat sana 3 hari 2 malam. Dari Kuantan bertolak pukul 4 pagi tapi takde ah 4 pagi, 4 lebih lebih macam tu ah. Kena gerak awal sebab nak sampai dekat Jeti Shahbandar tu pukul 8.15 pagi. Pukul 9 naik feri, sampai pulau pukul 11 lebih. Kira macam 2 jam jugak ah nak naik feri.


Gemuk, peduli apa aku.
Redang Reef Resort.


Day 1

Pukul 12 sampai 2 masa untuk lunch. Lepas makan tu boleh amik masa untuk solat dulu. Dalam bilik pun dah ada kiblat. Jadi sangat mudah kan? Kau kalau nak duduk selesa selesa baik stay dekat Laguna Redang Resort takpun Redang beach Resort. Yang tu selesa bak hang! Harga fikir sendiri la. Kat sini okay jugak, tapi dalam bilik cuma ada katil, toilet, meja tu je. 

Pukul 2.15 nanti diorang panggil suruh untuk snorkeling. Kalau nak sewa life jacket dengan mask tu RM30 je. Tempat pertama yang kitorg pergi tu taktau nama apa. Tak tanya pun, pandai! Takut nak mampus aku masa naik bot, first time kau tau aku nak masuk air, dah la tak pandai berenang. 


Ni muka takut ke muka excited?
Aku tengah takut dah jangan tanya apa-apa, fokus!

Lama jugak nak tunggu aku turun dari bot tu tahu? Takut gila. Nasib beach boy semua baik, yela dah kerja diorang kot. Kau tak pandai berenang? Jangan risau diorang akan selamatkan akakakaka. Masuk dalam air, ahhhhh cantiknya! Cantik gila serius. Kitorg siap dapat pegang ikan nemo lagi hehehe. Tapi tak puas, kejap sangat 45 minit! 


 First time akakaka!

Lepas tu pukul 4 tea time. Ha kalau kat sini, korg oleh makan seberapa banyak korang nak. Eat as much as you like. Terus rasa taknak balik chuols. Jo tu offer cakap nak bawak cari penyu. Kitorg (aku, cy, min li) apa lagi terus la NAK NAK! Haha, amik kesempatan diorang ni. Tapi kena tunggu dia habis kerja 5.30 la. Okay, dia bawak kitorg snorkeling pusing redang reef. Aku tak faham macam mana dia sorang boleh tarik kami tiga.

 Gamat.



 Tapak sulaiman/star fish/patrick



Nemo jumpa, star fish jumpa, baby shark jumpa, gamat jumpa, tapi kenapa turtle tak jumpa?! Air keruh katanya. Dia cakap takpe esok cari lagi lepas breakfast. Dinner pukul 7 sampai 8. Dekat sini malam memang takde aktiviti. Diorang main card la apa la, aku balik bilik tidoq.


Day 2

Pukul 7 sampai 9 breakfast. Lepas breakfast tukar aju terus snokerling. Gila betul kami tiga orang ni. Aktif! Tapi masa ni orang lain yang bawak kitorg snorkeling. 10minit snorkeling terus jumpa penyu! Sebab pagi lagi air jernih sangat. Hahaha, hari kedua mission dah accomplished dah. Lepas tu 9.15 berkumpul nak pergi snorkeling dekat Marine Park.

Marine Park.
Kau datang sini bawak roti siap-siap.
Nanti banyak ikan datang berkerumun.


Jo hilang taktau pi mana. Lambat sangat tunggu dia, jadi aku buat-buat pandai berenang je. Tak tipu je. CY sorang je pandai berenang, so dia tarik min li, min li tarik aku akakaka. Dah sampai sini, korang kena berenang sampai dekat tengah yang ada batu-batu, kat sini ada ikan besar gila. Dia tak makan roti punya, dia makan sotong. Kitorang masuk air paling awal, naik paling lambat. Gila. Pukul 11 lebih balik. Eh lupa nak cerita masa on the way nak pergi marine park bot rosak akakaka.First time pegi macam macam experience. Pukul 12 sampai 2 masa untuk lunch.


Pukul 2.15 get ready nak pergi Turtle bay, snorkeling dekat sana. Dekat sini macam tak best sangat, sea beach boy tu tak fokus. Asyik buat lawak je, habis aku tertelan air masin! Okay, look down, enjoy the scenery. Did you see my legs? Nice or not? Hahaha kelakar nak mampus terus tergelak tahu? Pastu tanya kitorg ni satu group ke? Sama tempat kerja? Oh kerja audit? Audit negara? Lagi sekali aku tertelan air masin. Terer sangat nak audit negara khen!


Turtle bay


Dah tamat snorkeling. Malam tu aku dengan Min Li jalan pusing pulau. Peh, jauh jugak ada dalam sejam tu pergi sahaja! Sempat la beli souvenir. Malam je memang ramai datang redang reef sebab kat sini ada blue sands. Taktau apa, dia macam glow in the dark dekat tepi pasir pasir tu. Jo cakap tu plankton apa benda entah taktau la aku.


Day 3

Pukul 7 breakfast lepas tu 9.30 check out.



Sorry ai kennot tahan, nak share jugak semua gambar dengan chuols, hahaha. See you again on August maybe! Oh, semua gambar dari iphone CY. Dia sorang je bawak fon masuk air akakaka.





No comments: