Paranoid

"Paranoid personality disorder (PPD) is a mental disorder characterized by paranoia and a pervasive, long-standing suspiciousness and generalized mistrust of others." - Wikipedia


Gigih tau sampai search ke Wikipedia. Perempuan atau lelaki sama sahaja, masing masing ada je yang ada sifat paranoid. Contoh la, kau dah bersama dengan awek baru, tapi tak habis-habis duk cerita pasal ex kau. Muak la, nampak sangat tak move on lagi. Ain't nobody gives a shit about your exes!

Awak, awak tak boleh ada twitter, instagram, facebook atau apa-apa social network yang wujud sampai current date. Awak cuma boleh ada whatsapp je! Tu pun kena update status setiap hari pasal saya! Maigosh, kenapa ni? Kenapa masih ada segelintir orang macam ni? Awak ni paranoid ni. Asyik nak buruk sangka je dekat orang. Cuba la fikir benda yang positif sikit! Tak luak pun duit dalam bank kalau fikir positif dekat orang ni. Lantak la kalau ex awak pernah buat macam tu, ikut aku kisah ke? I don't even care. Sebab apa? Pergi mampos.

 

Susah betul nak handle orang macam ni. Awal-awal okay lagi, lama-lama kau fikir aku taknak meletup? Daripada rasa ikhlas tu ada terus rasa terpaksa. Bila ramai kawan disuruhnya tinggalkan semua. Tapi aku mengaku la yang time ni aku bodoh. Bodoh gila. Bila masa tu dunia kita berpaksikan pada dia, amboi indahnya ku bahagia tenenenenene! Dari setiap hari jumpa, jadi seminggu sekali or dua kali, jadi dua minggu sekali, last sekali jadi sebulan sekali. Akakaka terus rasa macam long distance relationship walaupun kau ghase duduk satu tempat yang sama. Lepastu dikatanya pulak kita ni mengambil kesempatan? Woi, agak-agak ada tak ubat untuk orang paranoid ni? Suka sangat cari salah kita, dia salah taknak ngaku taknak mintak maaf pastu seronok cerita keburukan kita dekat orang! Eiiiiiiiiiiiiiii, awak ni geram betul saya dibuatnya.

Dekat blog ni memang la aku tak upload gambar pakwe. Sebab kau ingat aku rajin nak delete post setiap kali break up? No my baby no, ai tak serajin tu sayang. Nak saya tepek muka awak ke dekat sini? Alololololo, simpan je niat tu k? Kahkahkahkah! Apa la, takde langsung privacy. Bagi la sikit masa dan ruang untuk diri sendiri. Penat la nak layan kerenah awak dan buruk sangka awak yang tak habis-habis tu.

Dan sekarang aku happy gila! Takde nak stress, kalau stress pun dekat tempat kerja je. Balik rumah takde siapa nak bebel tak tentu pasal dekat aku. Aku boleh keluar lunch dekat sesiapa je, kat mana-mana, tak perlu nak inform sesiapa. Aku boleh tidur pukul berapa je yang aku suka. Takde sesiapa yang nak paksa aku tidur lewat. Aku happy dekat tempat kerja walaupun kerja banyak nak mampus. Aku happy dengan gaji aku sekarang. Aku boleh happy sebab aku dah ada kereta sendiri. Sebelum ni aku tak dibenarkan happy ye walaupun orang lain semua happy ada kereta sendiri. Gila! Perghhhh, bestnya perasaan ni. Sesuatu yang tak dapat digambarkan. Sekurang-kurangnya aku tak paranoid.

Kalau asyik nak membelakangkan masa, nak throwback je kerja, nak paranoid tak habis-habis blerghhh, baik tak payah ada relationship k? Syaza, 24 tahun dan sangat happy dengan diri sendiri. Gigihnya nak cakap awak happy Syaza sampai bagitahu semua orang akakaka. 

Bye, esok kerja lepastu selasa cuti, rabu kerja, khamis kerja, jumaat kerja. Tu je nak taip. K.



11.00pm


1 comment:

sherlina halim said...

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi www.asianbet77.com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
- Bonus Mixparlay .
- Bonus Tangkasnet setiap hari .
- New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

Untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : melasian77cs@gmail.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
asianbet77.com

Download Disini