Amaran : Ini adalah entry bergambar, tak suka mohon blah, pergi, stay away, or shuh shuh from my blog. Thankyou.
Pada hari Jumaat yang lepas, aku & kawan-kawan yang lain ikut program ke Gunung Jerai. Kami bertolak lebih kurang dalam pukul 7.30 macam tu la. Sebelum pergi tu, ade lah sorang baca doa & bagitahu pasal Gunung Jerai. Dia cakap, "Gunung Jerai ni ade 2 kawasan, 1 kawasan hitam & 1 lagi kawasan putih. Yang dekat puncak tu kawasan hitam, yang dekat bawah tu kawasan putih". Kawasan putih tu bahaya, katanya lah kan.
Lebih kurang dalam pukul 10, kitorang pun sampai di Titi Hayun. Titi Hayun ni kira macam tempat rekreasi lah. Ada ayak terjun, wooooaaahhhh ! Sebelum memulakan pendakian, kami melakukan senaman. Yelah, bagi mengelakkan kekejangan gitu.
Bila dah sampai tu, apelah salahnya bergambar, ye dak?
Bukan selalu datang, kenanganlah katakan.
Pendakian kami ni disertai oleh 3 orang jurulatih & 2 orang lagi tu student Kelab Kembara. Peh, yang sorang tu panjat Gunung Jerai macam makan kacang je. Gila ah terrer, fit habis ! Pukul 11.30, kami pun mulakan pendakian sebab jurulatih tu cakap dah lewat, nak kena sampai sebelum gelap.
Aku rasa macam dalam cerita Dora The Explorer.
Tunjukkan mana Syaza? Mana? Mana?
Itu dia, itu dia. Haha !
Sebelum join program ni, diorang dah briefing yang pendakian ni akan mengambil masa 8 jam. Peh, 8 jam?! Aku rasa macam better balik Pahang je, sama je masa, haha ! Overall ade 3 checkpoint. Masa nak naik tangga tu paling penat, sebab ade 1000++ tangga. Lepas tu, macam okay dah kot. Haha, berlagak nak mampos !
Masa ni dah checkpoint ke dua tak silap aku. Serius ah, penat gila rasa macam nak mati. Baju, tudung, seluar semua basah sebab peluh. Kau orang paham tak yang panas sangat-sangat? Aku pun tak tahu macam mana aku boleh senyum lagi, padahal dalam hati penatnye Ya Allah. Inner tudung tu memang basah habis, aku rasa memang boleh perah-perah tu. Eii, apehal lah, kalau aku pakai inner selalu je senget. Patutlah selalu kena marah dengan Cikgu memandu sebab aku parking senget. Bodoh betul.
Aku punya muka dah macam %@#&&#*#&*# ! Oh, time ni kitorang pergi ambik air dekat sungai. First time minum air macam ni. Cer tengok dekat warna air tu? Mula-mula aku memang was-was nak minum, tapi bila dah haus sangat aku tepaksa ah minum. Erm, rasanya NOT BAD. Haha ! Budak-budak ni panggil air tu Ron 99. Gilaa ! Tapi serius ah best, sebab air tu macam sejuk-sejuk sikit, basuh muka pun best je rasa.
Haa, nampak tak? Yang tulah sawah padi.
Lepas tu, kitorang pun gerak ke tempat penginapan. Tapi masa otw tu, aduhai hujan la pulak. So, ape lagi redaahhh je !
Ewan janganlah rasa bersalah. Ni semua bukan salah Ewan.
Ini adalah gambar terakhir daripada Syaza Zul melaporkan kepada http://syazazul.blogspot.com. Inginkan update seterusnya? Jangan lupa stay tune dengan blog ini untuk part 2. Untuk mengetahui aktiviti kami pada malam tu, penginapan & seterusnya.
PS : aku ade kelas pukul 12, oklah aku pergi dulu. Okbai.
No comments:
Post a Comment