Zaman noob dalam dunia blogger


Siapa yang pernah mengalami zaman noob dalam dunia blogging ni? Ecece, tak payah nak nyorok dalam gobok sangat ye wahai manusia. Aku sampai sekarang pun still rasa noob lagi. Serius, blog list yang dekat sidebar aku yang aku tulis AWESOME tu, semua memang cool. Sila ulang sekali lagi, semua. Kalau tanya aku blogger mana yang favourite, memang soalan yang tak tercapai akalku nak jawab. Lagi susah daripada exam Add Math. Kalau kau orang tengok blogger famous-famous pun, diorang dulu pun noob jugak masa mula-mula nak mula berblogging. Tak percaya? Sila godek entry lama-lama diorang. Sangat berbeza cara penulisan mereka.

Contoh 1;
Dulu-dulu aku rasa kalau blog ramai followers tu, peh perasaan dia memang lain. Rasa macam makan nasi cicah sambal belacan. Rancak, ye memang rancak. Rasa macam nak buat entry je setiap kali ade follower baru yang follow blog. Lepas tu pergi blogwalking, bukan baca entry pun tapi duk tercari-cari shoutbox. Yela, nak tulis i follow you, you follow back okay? Bajet masa tu memang cool ah. Serius. Sekarang umur semakin meningkat dewasa & aku mulai sedar betapa poyonye aku selama ni. Demmit ! Sesungguhnya, ramai followers tak membuktikan blog tu best. Ade je blog yang followers dia 90 je, tapi entry semua power-power. Serius kagum. Kalau nak follow, sila follow dengan seikhlas hati.

Contoh 2;
Pantang nampak ade giveaway ke, bloglist ke, segmen ke, mesti nak masuk. Yela, nak up-kan trafik. Kononnye lah kan. Padahal? Habuk pun tarak. Orang lain masuk contest, okay je, tak pernah nak merungut pun. Dah kau pehal syaza?! Menyirap bandung ah, setiap kali join tak pernah bertuah. Correction, bukan tak bertuah, tapi kurang bertuah.

Contoh 3;
Suka sangat up entry pasal personal life. Cerita pasal dating lah, gaduh dengan bla bla bla lah. Contoh, kitew gaduh dengan pakwe kitew. Kitew tak sukew, tak sukew *sambil hentak-hentak kaki*. Kalau tulis macam ni, barulah hot. Tak giteww? Tapi kalau diikutkan logik akal fikiran, siapa dia nak baca pasal kau punya personal life? Tak malu ke semua benda nak ditayang-tayangkan, surat dilayang-layangkan. Ape kaitan dengan surat pulak ni, duh ! Jadi sekarang, aku hanya bermanis-manisan di henfon aja dong. 

Contoh 4;
Bila blog penuh dengan widget-widget dekat sidebar, peh memang rasa ohsem. Blog aku penuh dengan widget, blog aku berat gila, blog kau ade? Eii, takde takde. Tak maluu. Dengan header yang entah pape, background warna-warni, tulisan glitter-glliter, memang tu lah asalnya blog ni dulu. Sekarang, tema pinky-pinky tu aku masih kekalkan. Haha ! Nampak je tulisan kasar, tapi hati pink weh. Pink !


Oh, ini semua kisah benar ya bapak-bapak, ibuk-ibuk. Biasa ah, kata remaja. Confirm ah, segala anggapan & tanggapan orang lain tidak dihiraukan.


Maaf jika blog ini menggunakan perkataan yang kasar. Tolonglah percaya, di luar alam maya yang penuh dengan duri & liku ini, aku orangnya adalah seorang yang sangat lemah lembut serta bersopan-santun. Sila percaya. Mohon. Jika tak suka, mohon blah-kan diri kalian. Eh?! Eh?! Maaf lagi sekali sebab kasar.


P/S :  lepas ni confirm ramai unfollow aku.

6 comments:

NURUL ASHIKIN said...

wakakakka~ akak x terasa sbb baru 7 bulan berblog.. dah tua dik...ekekeke

Mr aiBOB said...

Nice post...

Syaza Zul said...

@NURUL ASHIKIN Hehe, yeke? Takpela, saya pun bukan lama sangat.

Syaza Zul said...

@Mr aiBOB Thanks mr aibob *hugs*

ajun said...

amboi hugs pulok.. saya jeles :)

sabree hussin said...

saya pun noob juga dan tak ada ramai pengikut :p