Cc : Tajuk di atas.
Amacam, mengancam bukan? Hanya bermodalkan modal yang sedikit, duit masyuk woi ! Ini serius dan bukan cobaan mahupun dogaan.Tergoda kannnn? Baik mengaku cepat. Siapa tak percaya memang kena ludah #sarcasm.
Ini bukan gambar aku punya.
So, tak payah watermark.
Caranya mudah sahaja. Hanya perlu log-in account Facebook anda. Jangan bimbang, Mark Zuckerberg tidak akan mem-ban anda.Ya, yang itu pasti. Jika mahupun hasill yang lebih lumayan, apa kata anda cari downline anda. Lagi ramai lagi bagus. Yela, benda yang baik harus dikongsi bersama, ye dak? Itulah matlamat kita sertai business ini.
Ha, takut? Serius dong, tak takut langsung. Setakat tag-tag duit macam ni, ingat aku nak percaya ah? Alahaiiiiiii. Apa yang aku takut ialah, aku takut kau kena tipu je. Kalau lah aku tahu senang macam ni je caranya nak buat duit, takde ah aku penat-penat belajar sampai degree ni ha. Haa, kan dah marah ! Kalau aku cakap aku tak percaya macam mana? Go die lah. Kalau dah betul-betul berjaya baru tag aku. Berjaya daripada segi kamus hidup aku, kau berjaya pakai BMW/Mercedes, lepastu kau tinggal dekat banglo 4 tingkat sekali dengan lif. Masa tu baru kau cari aku. Setakat nak tag-tag duit ni, BOOO aku tak layan.
Aku bukan tak nak layan, tapi aku tak percaya tanpa usaha, senang-senang je nak dapat duit macam tu. Ish, bodoh la siapa percaya ! Kalau korang lah, korang percaya? Kalau dulu lagi ramai orang yang tag-tag benda haram jadah ni. Tapi selepas aku lakukan aktiviti pembersihan friend list aku, dah takde lah benda-benda ni semua. Followers dekat blog lagi ramai daripada kawan dekat Facebook, haha ! Sekarang pun aku rasa macam nk deactivated je. Serius takde function. Tapi aku macam seronok baca-baca diorang punya status. Gaduh lah, kontroversi lah ape lah. Haha, syaiton gilaaa ! Lagipun aku dah nak final, kitorang ade group dekat Facebook lepastu share-share tips yang lecturer bagi.
Okay, ini adalah amaran terakhir. Kawan tak kawan, siapa tag-tag benda ni dengan harapan aku akan tergoda sampai meleleh air liur, REMOVE ! Ini serius ya. Oh, jangan lupa kalau betul-betul kaya baru add aku kat Facebook. Manalah tahu kot-kot dapat duit lagi banyak daripada gaji Akauntan, ye dak? Masa tu syoknyaa duduk goyang kaki dekat rumah, lepastu log in je Facebook. Heaven ! Kalau macam tu aku nak buat banyak account la untuk Facebook, lagi cepat kaya. Hah, ambik kau, sarcasm lagi.
Jangan lah marah aku, aku punya lah inesen. Kalau nak cepat kaya, bukan ini caranya. Dari bangun pagi-pagi terus hadap laptop baik pergi cari kerja. Tak kisah kerja apa, janji kerja. Nak tunggu duit banyak macam tu datang bergolek? Memang takkkkkk !
No comments:
Post a Comment