Sebagai rakyat Malaysia, ye saya malu.



Majoriti pembaca blog ini, rakyat Malaysia. Ye ah, takkan foreigner pulak kan? Bajet tulis dalam omputih. Jadi, awal-awal sebelum saya memulakan langkah, minta maaf dulu eh?

Amacam intro? Sebelum apa-apa, harus ah minta maaf dulu. Barulah orang pun tak jadi nak marah sangat. Eh?! Eh?! Ke salah? Okay, semalam memang aku punya mood tak okay. Bila mood tak okay je, aku rasa nak keluar. Bila aku rasa nak keluar, aku tanak keluar duit nak bayar tambang bas. Bila aku tanak keluarkan duit, aku buat keputusan naik bas shuttle yang free itu. Bila aku nak naik bas tu, aku kena tunggu dekat mall. Okay okay, mesti menyampah baca aku tulis macam ni kan? Whatever, memang aku nak bagi korang menyampah pun. Well, that's my intention actually.

Okay, ini bukan game, can you spot my pimples.

Ape kau ingat aku upload sebab suka-suka? Yang tu satu, satu lagi aku nak tunjukkan tempat terjadinya satu kemalangan semalam. Ha, yang ni lah yang aku nak kaitkan dengan gambar tersebut. Dalam pukul 6 lebih macam tu, ade lah sorang pekerja lelaki ni naik motor nak balik. Tiba-tiba excident & aku tak sedar pun. Tengok-tengok dah jatuh. Kiranya macam aku lah yang paling dekat sekali dengan crime scene. Masa tu ade jugak satu group student Indonesia, diorang pun sama nak naik bas shuttle itu. Lagi, ramai jugak ah budak-budak lelaki melayu, lepak-lepak dekat situ.


Walaupun aku yang paling dekat dengan crime scene, tapi aku macam tergamam. Tergamam lah sangat kan. Walaupun ramai orang masa tu, kau orang tahu siapa yang tolong lelaki tersebut? Golongan-golongan lelaki melayu yang sedang melepak? Golongan awek-awek yang dalam usaha nak mencari jodoh? Masalahnye, student Indonesia lari-lari pergi tolong lelaki tersebut. Diorang semua pergi. Mana pergi orang lain? Mana? Mana? Aku tak nampak pun. Serius shit, memang malu. Itulah, jangan terlalu asyik nak mengutuk orang lain, tengok-tengok orang lain jugak yang tolong kita masa susah. Sama jugak macam aku, sebab bola, bermati-matian kutuk orang Indonesia. Tapi disebabkan kejadian semalam, aku memang malu. Malu dengan diorang. Sungguh suci, murni, bersih hati mereka rupanya. Ah, lelaki-lelaki melayu yang lepak kat situ memang tak boleh nak dijadikan lelaki masa depan !

Walaupun aku yang paling dekat pun, aku tak pergi. Serius ah, tu memang benda paling bodoh ah aku pernah buat. Mohon kutuk. Aku memang salute ah dengan student Indonesia kat sini. Sama jugak macam foreigner lain. Kau tahu, kalau balik kelas kadang-kadang aku naik jugak bas. Lepas tu, nampak ah dekat padang bola. 1 side ni, orang Malaysia, 1 side lagi, orang Somalia/Nigeria. Yang side Somalia/Nigeria tu pun ade yang pakai jersi Malaysia. Kalau kau, bangga tak? Sekarang ni, bukan Melayu je yang duk pakai je jersi Malaysia. Masa aku tengok orang Cina main basketball pun ada yang pakai jersi Malaysia. Aku rasa, bola pun dah banyak menyatukan rakyat Malaysia, tak gitu? Tu pendapat aku lah.

Sumpah, aku tanak kutuk dah orang Indonesia. Disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Aku lupa, bukan semua orang sama.

Bai.


9 comments:

Mr.PinGu said...

huhu sy malu gak.. tp kaalu sy ada kat situ mesti sy tolong sbb sy suke tolong orang opsss

dian fitrianto said...

memang bagus kalau semua orang bisa berfikir seperti ini

mR.aSLaN said...

macam kat DKG jer:-)

Syaza Zul said...

@Mr.PinGu Yeke? Kalau macam tu bagus, mungkin anda salah seorang calon lelaki masa depan awek-awek di luar sana. Tahniah!

Syaza Zul said...

@dian fitrianto Kamu Indonesia ya? Hai dian :)

Syaza Zul said...

@mR.aSLaN Tettt ! Wrong answer, kat mall lah. HewHew.

mR.aSLaN said...

@Syaza Zul hahah eyeke? lol ..sama-sama org utan kan, jadi tgk background utan tu tau la mmg dari mana kita datang.huhuhu baru konvo aritu:)
btw, follow awk:-)

mR.aSLaN said...

@Syaza Zul hahah eyeke? lol ..sama-sama org utan kan, jadi tgk background utan tu tau la mmg dari mana kita datang.huhuhu baru konvo aritu:)
btw, follow awk:-)

Fakhruddin Aziz said...

bagusnya org indonesia...tak sangka lak macamtu...