Aku bercakap ni semuanya menggunakan pengalaman diri sendiri & jugak pengalaman orang lain. Tiada salahnya berkongsi, ye dak? Hihi. Kalau kisah jugak kalau aku kongsi dengan orang lain, ye ah ye ah sorry. Kira aku nak claim semua pengalaman aku sendiri lah. What chu waiting for people? Let's go to the Universal Studio ! Eh?! Eh?! Aku ni, pepelik sungguh.
mata selalu kuyu, inner selalu senget benget, pipi selalu macam kena botox
siapa cakap gambar takde kena mengena?
sebab duk tunggu 5 minit, 5 minit lah semuanya tak menjadi.
Tension gwa !
Walaupun hanya berbekalkan 5 minit, namun itu sudah bisa membunuhku. Peh, ibarat mata pedang yang tajam lagi bersilau bak muka ching ching. Sudah menjadi kebiasaan aku yang sememangnya tidak patut diikuti oleh segenap pelusuk masyarakat di muka Bumi ini yang suka melewatkan-lewatkan masa. Mari kita beralih pula ke contoh-contoh yang diberikan;
- Contoh sebelum tidur set alarm nak bangun awal sebab esoknya kelas pukul 8. Set jam kemain lagi awal. Lepas tu, duk snooze snooze. Serius annoying kau tahu? Mengalahkan bunyi nyamuk. Apakan daya, Shieldtox nehihee. Last-last, aku pun stop. Tengok jam, bajet macam awal lagi je kan. Lepas tu monolog dalaman, tunggu jap ah 5 minit lagi. Tidur kroh kroh kroh, tengok-tengok dah sejam dah berlalu. Dalam dunia aku rupa-rupanya 5 minit itu bersamaan sejam. Gila ah ! Terer gilaa. Baru aku tahu.
- Tiba-tiba rasa macam tak sabar nak jadi surirumah tangga sepenuh masa. Eww ! eww ! Konon nak prektis ah, basuh baju sendiri. Nanti boleh basuhkan baju si suami. Ah kau, bajet duk zaman paleolitik ape? Okay, lepas tu rendam ah baju. Sebab ape kau tahu, kalau basuh guna mesin aku terpaksa gunakan RM2. Dengan RM2, macam-macam aku boleh beli. Bukan setakat cekelat moo-moo, malahan berbagai-bagai jenis cekelat lagi. Muahahaha ! Okay, let's back to the reality. Lepas rendam tu, online, online, online, online, online & online. Tapi tak pernah rasa puas. Tolong puaskan boleh? Ayat macam bangang. Dari duk tunggu 5 minit, 5 minit, last-last esok jela aku basuh. Untunglah kalau basuh esok, kalau lusa? Tulat? Tungging? Terbalik? Memang sah, sah bukan calon ciri-ciri isteri mithali.
- Ni kalau masuk bab study pulak. Peh, aku memang tak boleh kalau lecturer start tacing dengan exam. Iye iye, saya paham Dr. penat mengajar, tapi soalan susah. Susah gilaa ! Oh hai to Dr. Hasnah :) Eceh, bajet lecturer nak baca blog aku. Dengan perasaan bersalah, neuron-neuron mula bergerak untuk bercantum sesama sendiri. Perasaan bermotivasi semakin berkibar-kibar. Woi, berkibar tu bendera woi ! Bodoh ape? Tapi kejap je ah motivasi tu ade. Apo, tok cayo? Tunggu, tunggu lah new year. Berapa ramai post pasal azam tahun baru. Balik bilik, bila dah on laptop. Eh, dah pukul 9 dah, kejap je. 5 minit lagi aku nak study ah. Eh, dah 9.30 dah. Serius serius, 5 minit lagi aku start study. Last-last, pukul 12. Laptop shut down, dengan tuan-tuan laptop pun shut down.
- Okay, ini contoh terakhir. Tapi aku nasihatkan lah awal-awal, kalau aku jadi kau orang memang aku takkan baca contoh yang ini. Kalau nak keluar dating pun sama. Aku, iaitu Syaza Zul, merupakan seorang yang suka mandi lambat. Pukul 4, 5 ,6 petang kadang-kadang baru aku mandi. Ish ish, tapi okay lah daripada tak mandi langsung. Ye dak? Kalau aku mandi awal tu, mak aku dah tahu dah aku nak keluar. Awal tak awal ah, pukul 2, 3 jugak. Haha ! Biasanya sebelum dia otw, dia akan call cakap dah otw. Aku memang dah bajet dah nak pakai baju ape semua kan. Ha lagi satu, lupa nak mention. Kebolehan aku juga bersamaan seperti fast and furious. Kerana apa? Gwa memang pantes dalam semua perkara. Dalam 15 minit aku akan siap. Peh, terer tak terer. Haha lagi sekali ! Tapi haritu, Ya Allah, aku duk lengah-lengah 5 minit, 5 minit, last-last dia dah sampai dengan aku tak mandi lagi. Masalahnye, masa tu dah pukul 5. Kesian betul Zarriq, haha lagi sekali dah lagi !
Dulu masa aku dekat hostel, siap ade orang panggil budak ni dengan gelaran 5 minit lagi. Sebab, semuanya dia nak kena cakap 5 minit dulu sebelum buat. Serius, yang ni bukan tipu. So, after this you can call me 5 minutes? Alright? Ke, aku pun patut tukar URL jadi 5 minit. Haha, gila !
P/S : Aku rasa tajuk yang sesuai untuk entry ini bukan 5 minit tapi, sifat jelek seorang yang bernama Syaza Zul. Sekian. Adios !
No comments:
Post a Comment