Selamat datang Ramadhan

Assalamualaikum

Esok dah puasa dah kan, kejap je rasa. So, apa yang paling penting kalau nak puasa ni. Confirm lah niat puasa kan. Ape lupa? Okay okay, takpe. Nanti aku upload.


So, sekarang dah ingat dah kan. Bila dah masuk bulan puasa ni, kena lah jaga adab masing-masing. Kalau dulu yelah, senang lah nak cakap kan, "Ni syaitan nirojjim lah ni duk hasut-hasut aku". Tapi bulan puasa tak boleh dah cakap macam tu, because someone is leaving. You know who is 'someone'?


Sekarang semua tu dah takde, yang tinggal nafsu je. Pandai-pandai lah control nafsu masing-masing. Macam-macam lah kategori nafsu ni, nafsu untuk makan, nafsu untuk berbelanja & etc.  Ha, jangan pulak puasa ni dijadikan alasan nak ponteng kerja ke, kelas ke, malas buat kerja sekolah ke. Takmau takmau ! Ecece, mentang-mentang aku memang cuti, boleh lah berlagak kan, muahaha.


Tahun ni untuk pertama kalinya aku puasa sebulan dekat rumah. Yeay, tepuk tangan lelaju. Takde lah first time mane pun, tapi last aku puasa full dekat rumah masa darjah 6. Amacam, pathetic much? :') Tempat yang paling best & bahagia sekali adalah dekat rumah sendiri, kan? So, tahun ni aku nak makan macam-macam #nafsu aku yang menggila. Haha, takde lah. Aku makan jela apa yang ada. Korang pulak jangan jadi macam ni, "Siang dipendam, malam masa untuk balas dendam". Nanti kang habis semua makanan dekat bazar tu nak dibelinya. Relaks la weh, puasa kan sebulan. 




Tibe-tibe rasa rindu pulak dekat bazar UUM. Kat sana takdelah besar sangat, tapi okay lah. Rindu bukak puasa dengan kawan-kawan. Hrmm, takpela. Tahun ni tahun berpuasa dengan keluarga pulak. :')


p/s : baju raya dah buat belum? haha

p/s : agak-agak aku orang ke-berapa post pasal puasa?

Thanks sudi baca & welcome Ramadhan :')

Money or Love?

Assalamualaikum

Yang mana lebih penting sebenarnya? Duit ke cinta? Which one do you prefer to be your priority? Hrmm. Soalan ni susah kan. Kalau tanya kat sapa-sape, mesti akan ada banyak alasan kenapa diorang lebih memilih cinta mahupun duit.


Okay, contoh lah bila ade orang tanya, yang mana korang akan pilih & korang jawab duit. Aku rasa on the spot orang tu akan terus berfikiran "Oh, materialistik dia ni rupanya". 




Aku tak rasa pun yang diorang ni materialistik sebabnya duit tu kan memang penting. Okay, memang kasih sayang tu pun penting untuk meneruskan kehidupan tapi setakat dengan kasih sayang, duit takde pun tak boleh kan? Betul tak? Sekarang semua benda pun perlukan duit. Bahkan masuk toilet pun kena bayar 20sen. Tapi bukan lah maksud aku macam, kalau ade duit semua benda boleh beli termasuklah cinta. Bukan bukan.

Apa yang aku nak sampaikan adalah, duit tu penting kalau nak teruskan kehidupan. Lagi-lagi, kalau yang duduk KL, kos hidup tinggi. Bagi aku, aku memang pilih duit comes first. Sebabnya, kalau dengan cinta semata-mata, kita tak akan kemana-mana pun. Cukup ke sekadar ucapan "I Love You"? Bila cakap ILY, perut akan jadi kenyang ke? Tak kan? Jadi aku rasa, kalau cinta semata-mata tapi tak usaha ke arah yang lebih baik pun tak guna jugak. Tak payah jadik kaya-raya asalkan ada punca pendapatan pun dah okay.







Cinta. Cinta tu memang lumrah manusia. Cinta kepada Allah, keluarga dan makhluk berlainan jantina. Memang penting, kalau takde cinta rasa macam hidup takde makna lah lebih kurang. Mungkin ada yang akan menjawab cinta. Tunggu, jangan terlalu cepat memprotes mereka. Mungkin ada di antara mereka yang lahir tanpa kasih sayang daripada ibu & ayah, mungkin juga mereka kehilangan keluarga mereka sejak dari kecil lagi. Siapa tahu?


Tanpa ibu & ayah di sisi, amatlah sukar kan? Diorang lah yang banyak memberi sokongan dan dorongan dari kecil lagi. Kalau tiada mereka macam mana? Kesimpulannya, masing-masing mempunyai alasan tersendiri. Dan sememangnya duit & cinta masing-masing penting. Apa yang membezakan ialah, bagaimana cara untuk tidak terlalu mengejar kebendaan & belajar untuk menyayangi orang di sekeliling kita. :')


p/s : entry ni macam serius kan?


Thanks sudi baca :)

Jom sertai Blog Pilihan Mingguan Askrie Hishamuddin!

Assalamualaikum

Okay, harini aku join segmen blog mingguan Askrie Hishamuddin. Kalau korang nak tahu, sesape je boleh join, tak kisah lah korang newbie ke, taiko ke, eh salah, tak kisah lah kalau dah otai pun boleh je nak join.







Nampak banner kat atas? Haa, bagus ! Tepuk tangan lelaju. Okay, bila dah join tu, korang kena letak banner ni kat entry korang. Harusss laahh!  Tarikh tutup segmen ni 31 Julai. So, sape-sape yang rasa nak join amat-amatlah dialu-alukan. Askrie Hishamuddin akan umumkan mana-mana blogger pilihan beliau setiap minggu. Okay tak? Syokkk wooo.

Ape lagi, jom lah join. Disebabkan trafik blog aku tak berapa tinggi, aku pun join. Mari blogger-blogger sekalian, ayuh !

Thanks sudi baca :)