Kenapa harus pilih UUM?


Assalamualaikum

Semua pun dah tahu kan, result untuk masuk IPTA dah keluar. Untuk sape-sape yang dapat UUM, jangan risau lah. Chill ! Ingat teruk sangat ke, memang lah jauh tapi untung woooo kalau dapat UUM. Ok, firstly jom tengok peta untuk ke UUM.

UUM memang ter-sangatlah dekat dengan Thailand.

Okay, kenapa aku cakap untung dapat UUM ;

1. Varsity Mall
Untuk pengetahuan korang, dalam UUM ade Varsity Mall. Varsity Mall kira macam serba ada lah senang. Korang nak ape? Pejabat Pos? BSN? Bank Islam? Air Asia? Nak buat lesen? Kedai alat tulis ala-ala Popular? Makanan? Senang cite, semua ada lah. Yang BSN & Bank Islam tu, bukan ATM ye, tapi bank. Amacam? Syok kan?

2. Go-Kart
Pernah merasa main Go-Kart? Tak pernah? Jangan risau, kat UUM ade. Ape yang korang perlukan kad matrik je. Pasal keselamatan pun jangan risau, memang yang paling diutamakan "Safety First".

3. Perkhidmatan bas Unic Liner
Bas Unic Liner ni bas UUM untuk memudahkan para pelajar untuk ke kelas. Sebab UUM memang memperuntukkan semua pelajar stay kat dalam. Maksudnye kat sini, tak perlu susah-payah nak pegi cari rumah sewa. Tunggu aje bas kat depan kolej masing-masing & bas akan ambik korang untuk ke kelas. Jealous much?

4. Padang Golf & Rusa
Pernah terfikir tak dalam universiti pun boleh ade padang golf? Tak pernah kan? UUM memang ade padang golf even kandang rusa pun ade. Untuk sape-sape yang suka jogging petang-petang boleh lah ambik angin sambil tengok rusa.

5. Tasik Guthery
Tasik Guthery ni sebenarnya tasik kat belakang kolej Sime Darby. Petang-petang & jugak weekends memang ramai lah orang kat sana. Korang boleh ber-jogging, nak kayak pun boleh. Tasik ni boleh kira besar lah jugak. Cantik pun cantik.

6. Perkhidmatan bas shuttle ke Changlun
Bas shuttle ke Changlun ni baru lagi la diperkenalkan sem lepas. Free je weh, sape tanak? Memang lah Changlun tu pekan kecik je, tapi syokkk woo. Sebab, semua barang murah-murah. Contoh la, inner cotton kat Kuantan, 1 ade lah dalam Rm8- Rm10 kan? Tapi kat sana, 3 untuk Rm10. 

Lagi aku tak boleh nak fikir lah. Tapi jangan risau lah kalau dapat UUM, semuanya best bah ! Lagi satu, aku nak cakap tahniah la dekat kawan aku yang dapat UiTM Arau course accounting. Arau dengan Sintok dekat gila, serius aku cakap.
Tu tu, yang pakai tudung krim tu, tahniah ye Nik


Tapi aku rasa, korang punya tempat study mesti lagi syok kan? Setakat UUM ni, ape lah sangat kan? Belajar kat mana-mana pun sama je, yang penting nawaitu masing-masing.

Thanks sudi baca :)

No comments: