Entry ini khas untuk para loser(s)


Assalamualaikum


Okay, biar aku ulang lagi sekali. Entry ini hanya ditujukan kepada para loser(s) di luar, di dalam sana. Sekian.

Peh peh, aku memang tak suka lah kalau orang yang suka nak banding-bandingkan aku dengan orang lain. Whatthehellokitty?! Aku pun tak paham ape masalah dengan anda semua ni. Serius. Oh ye, memang aku dah berumur 21 tahun & ape masalahnye dengan tu? Aku tak nampak sebarang masalah pun. Serius. 





*Situasi 1*
"Eh, along ! Nak tahu dok? Kawan along tu dah beli kereta dah.
"Ohhhh", dalam hati (so, ape kena mengena dengan aku?)
#masalah ini terjadi apabila kawan aku tu pun sebaya dengan aku & dah pakai kereta. dah tu aku nak buat macam mane? aku ni kerja pun belum. belajar pun lambat lagi nak grad, 3 semester lagi. dia tu takpe lah, dah kerja & tak sambung belajar. alahai susah betul perangai ibu-ibu sekalian alam ni.


*Situasi 2*
"Eh, ni anak sulung kan? Buat ape sekarang? Sekolah lagi ke dah kerja? Sama lah kan dengan anak makcik yang tu kan?
"A'ah, sama dengan dia. Sekolah lagi, kat Kedah"
"Anak makcik tu dah kahwin, ade anak dah pun"
"Ohhh", dalam hati (lepas tu nak suruh aku kahwin jugak ke?)
#masalah ini terjadi apabila ramai ibu-ibu sekalian alam yang menganggap aku sepatutnya sudah menikah. memang aku mengaku yang ramai gila kawan-kawan yang sebaya aku dah kahwin. serius. ape, ingat aku pun tanak kahwin ke? nanti lah, aku pun ade banyak lagi komitmen lain. haa, jangan risau lah, nanti aku kahwin aku jemput semua orang ye. kadang-kadang ade jugak yang ingat kahwin lambat ni tak laku? ehem, yeke? biasalah, tipikal meleis.



*Situasi 3*
Pop up chat "Eh, kau berapa tahun? Ni sem berapa dah?"
"4 tahun, lagi 3 semester grad lah"
"Lama gilaa, lambat lah kau kahwin"
"Takpela, nak buat macam mane"
#masalah ini terjadi apabila mereka pikir aku hidup hanya untuk bertujuan mengembangkan zuriat. ape, aku ade tulis dalam biodata dulu-dulu ke yang cita-cita aku nak jadi surirumah berjaya? aku lupaa lah. demyu ! aku tersilap lah pulak sambung belajar, kan dah menyimpang jauh daripada cita-cita aku dulu.




Kesimpulan
Di sini aku dapat lah buat kesimpulan bahawa, diorang semua ni tak sabar nak tengok aku kahwin. Apesal eh? Nak taja ke? Kenapa takde siapa pun yang nak tanya, belajar macam mana, okay? CGPA above 3 ke tak? Tapi bila aku pikir-pikir balik, confirm lah semua orang nak bangga-banggakan anak masing-masing. Yang ni aku puji, puji sangat-sangat. Sampaikan aku rasa macam loser gila. Okay sekarang pilih, nak aku sambung belajar ke kerja/kahwin? Cepat, send sms yes or no to 32789. Booooo !


p/s : pernah tak kau orang rasa macam ni? betapa loser-nye diriku di mata ibu-ibu sekalian alam. nak suruh kahwin cepat, sponsor lah anak. Haha !



Ciao

5 comments:

Hawa Ahmady said...

memang betul la..!! geram gakk...!! lagi2 makcik2 yang anak2 nye dah kawin..sibuk la nak suruh kita kawin gak.. kalau lambat kahwin nanti cakap jadi anak dara tua la..tak laku la.. melayu... melayu...

Unknown said...

Kan? tahu takpe. macam-macam hal lah.

Unknown said...

somehow, this is true. ;)

Unknown said...

Yeah, this is actually happened.

anahiettah afibs said...

habislah klu dorang yg carikan calon pula buat kita..heheh. tp xpa la kan...;)