Buffered Earning terbaru & Review Don't Be Afraid Of The Dark



Assalamualaikum


Alhamdullilah, nampaknya Nuffnang masih lagi bermurah hari nak bagi Buffered Earning, muehehe. Yelah, sebab aku punya Buffered Earning semua dah jadi Metered Ads. Itulah kau, malas lagi nak update. Bukan ape, kalau nak harapkan CPC tu, jangan harap lah kan orang nak klik. Aku pun jarang nak berblogwalkingkong, nak klik iklan orang lain lagi lah. What goes around comes around bebeh.



So, kalau nampak iklan DiGi tu paham-paham la ye.
Meh, cium sikit :*
Pandai bodek ye, ololo !


Paranormal Activity 3. Yes, I am looking forward to watch this movie. Tapi malangnya, semalam aku nak pergi tengok, cerita ni dah tak tayang weh. Nak tengok In Time, lakonan Just Don't Be Late (Setem), tapi macam lambat sangat je. So, tengok lah cerita Don't Be Afraid of The Dark.


Trailer.



Biar aku bagi sinopsis dalam bahasa melayu la dok? Senang sikit nak paham. Kan PPSMI dah dihapuskan #takde kena mengena. Cerita ni pasal Blackwood yang kematian anak lelaki dia yang masa tu berumur 8 tahun. Dalam rumah Blackwood ni ade hantu yang akan ambik gigi kanak-kanak. Gigi orang besar-besar dia takmau. Hantu ni muncul time malam je, sebab gelap & diorang takut kepada cahaya. Tapi diorang ni pandai, siap boleh tutup suis lampu lagi. Gila, hebak hebakk ! Lepas tu, rumah diorang ni ditutup & basement juga dikunci sebab tanak ade sesiapa yang akan mengalami nasib yang sama. Katie Holmes (isteri Tom Cruise) seorang Interor Designer yang sedang renovate rumah tu untuk dijual. Dia ade boyfriend & boyfriend dia bawak anak die untuk tinggal di rumah tersebut. Selepas itu, terjadilah peristiwa yang tidak sepatutnya terjadi. Jeng jeng jeng.


Nak tahu kesudahannya? Ha, pergi lah tengok sendiri, muehehe.



p/s : Terima kasih Nuffnang & DiGi.

No comments: