Please, please, tolong puji saya boleh?


Assalamualaikum

11.11.11, apesal semua orang nak bagitahu pasal tarikh harini? Cantik? Iye, memang cantik. Tapi tak perlu sampai beria-ia sangat pasal tarikh harini. Apa, duit ade turun daripada langit ke? Ramai orang kahwin harini? Alhamdullilah, dah sampai jodoh, langsungkan aja deh. Mahu tunggu apa lagi? Prince Charming khayalan mu yang tidak pernah kunjung tiba? Shame on you. Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata dibutakan mata sahaja. Okay, apa yang aku carut marutkan ini. Sudah sudah, full stop. Mari beralih kepada agenda sebenar. Kalau aku update harini aku rasa comel lah, hihi. #lempang diri sendiri lelaju.


Sekarang, aku bawa anda semua kepada realiti kehidupan sebenar. Mungkin anda pernah mengalaminya. Mungkin sebagai mangsa & mungkin juga sebagai pemangsa. Aumm, so sexayyy !


Maaf, aku memang suka recycle gambar.
Jangan curi, ambik, sebab nanti dosa.
Bila dosa, masuk api neraka. Sekian.



Biasa tengok gambar ni? Apa biasa? Kat mana kat mana? Tell me. Okay, suka carut marut lagi. Full stop. Macam biasa, log in akaun Facebook & upload sebagai default picture or whatever. Bila dah siap, sila tulis caption macam ni, "saya tahu saya buruk, tak hot macam korang, huhu". Faham tak bapak-bapak, ibuk-ibuk? Kalau tak faham, sila copy paste je caption aku tadi. Confirm, yang ni memang aku guarantee akan ramai yang komen. Serius, aku cakap betul ni. Maka akan ramai lah yang akan cakap, "taklah, comel je. cute je macam Fasha Sandha."


#Fakta 1

Oh please lah, tolong lah jangan tulis caption macam tu. Serius, macam nak makan maki ke. Dah ambik gambar kali ke berapa, bila dah berpuas hati sanubari baru di-upload ke Facebook. Memang dah confirm-confirm comel la, lepas tu sesaje tulis caption macam tu. Memang mengundang tsunami dalam hati sesiapa yang membacanya lah kan. Kalau orang dah berniat nak komen, orang komen jugak. No worries bebeh. Semua orang mempunyai kelebihan masing-masing.



What's on your mind? Okay, memang itulah fungsi update status di Facebook. Luahkan apa yang bermain di minda kalian semua. Okay, contoh status yang terhangat lagi terhangit di Facebook.

#Ah kau jantan, baruku tahu rupa-rupanya kau gay- 10 hours ago

#Sayang, i love you so much. Semuanya hanyalah miskomunikesyen - a few seconds ago

The next day,

#Dia bukan gay, tapi kaki perempuan. Kau memang jahanam, tahu nak menghabiskan duit aku je time couple dulu - 10 minutes ago

#Block si jantan tersebut.

#Tak sampai 30 minit, buat fake profile untuk stalk lelaki tersebut.

#One notification, he already approved your request. Bila stalk puas-puas, sakit hati.

#Baru aku tahu perangai kau. Untung aku dah break up awal-awal dengan kau. Im officially single y'all. Kau bukan hensem sangat pun, muehehehe (lepaskan geram) - a few seconds ago


#Fakta 2

Apa yang kau dapat kalau cerita semua benda dalam kain dekat orang lain? Kau tak malu ke? Oh, lupa. Biasalah, berlagak innocent. Aku tahu aku tak patut selak kain orang lain, tapi kau yang dedahkan semua? Kesian, shame on you. Mesti hidup kau takde keistimewaan bukan? Bagi aku, aku lebih suka untuk simpan semua untuk diri sendiri & juga dia. Tak perlu rasanya nak bermanis-manisan di Facebook. Tak gitu? Aku suka baca tulisan Hanis Zalikha yang bertajuk, why I do not publish my love story to public. Tajuk tu aku main agak je, cer korang try godek-godek entry lama-lama beliau. Confirm jumpa.


Somehow, it happens.




Suka entry ini? Okay, pendamkan dalam jiwa sanubari anda. Itulah yang terbaik. Sintokkkkk, peace y'all !


No comments: