LDR is a bullshit?


Assalamualaikum

LDR : Long Distance Relationship

Ini bukan entry balas untuk ER dari Terfaktab ke ape ke. ER is my favourite writer in Terfaktab. Kalau dia up entry ke ape ke, aku memang confirm ah baca. Suka tulisan dia, masalahnye aku siap add dia kat Facebook lagi weh. Haha ! & dia approve, masa birthday aku dia siap wish lagi. Aku pun komen ah, gila ah artis wish birthday. Dia baru up entry pasal LDR ni lah, tak paham aku apesal semua orang nak caci maki. Kan dia dah tulis, 100% tu semua based on dia punya pendapat & experience? Alahai, kesian sungguh.

Frankly speaking, aku pun berjinak-jinak dalam LDR ni. Senang? Susah? Tu semua depends atas diri masing-masing. Kalau LDR bullshit, SDR pulak ape salahnya. Sama-sama bullshit, ye dak? Aku rasa, distance ni bukanlah satu masalah pun. Pasangan tu sendiri kenalah saling percaya, jujur & yang paling penting adalah setia. Untuk awek-awek di luar sana, kau yakin ke laki masa depan kau tu setia? Seriously? 100%? Kalau aku, aku memang tak percaya. Confirm lah dia pun ade flirt dengan orang lain. Yang itu aku pasti. 

Untuk perempuans pulak, bila dah jauh-jauh ni kau takde crush ke kat mana-mana lelaki? Lelaki okay lagi, kalau lelakis? Contoh lah, kau ade bestfriend lepastu hari-hari jumpa. Yelah, satu kelas ye dak? Makan sama, buat assignment sama-sama, saling duk tweet-tweet. Takkan takde satu pun sekelumit perasaan suka/sayang kau dekat dia? Jangan beritahu aku jawapan kau. Tepuk dada, batuk berdarah. Iman kena kuat kalau kau nak involve dalam LDR ni. Ceh, bajet iman kau kuat sangat lah syaza?! Serius, iman aku pun tak kuat. Sekarang ni aku rasa, aku duk minat Wan Zack Haikal pulak, kahkahkah!


If someone truly loves you, distance is not a problem.
It's just the power of making love grow each day


Tiada salahnya dengan LDR ni. Kalau dah nak menggatal ke menggedik ke, tak kisah jauh ke dekat semua bantai. Untuk sesiapa yang SDR, jangan terlalu cepat merasa selesa. Kepada sesiapa yang masih bertahan dengan LDR, syabas saya ucapkan. Semoga jodoh kalian panjang hendaknya. Tapi, jauh di lubuk hati sanubari, confirm kau pun teringin macam orang lain bukan? Susah senang bersama-sama. Namun apakan daya, terpaksa menerima takdir ini dengan hati yang redha. Satu jela aku nasihatkan, jangan terlalu percaya dengan lelaki/perempuan masa depan kau tu. Bukan apa, kalau kau tahu dia punya orang lain, kau lagi kecewa. So, better prepare awal-awal. Take precaution. Aku pun kadang-kadang, buat jugak spotcheck besar-besaran. Aku selamba je log in dia punya Facebook, haha ! Okay, aku tahu. Ini inappropriate, sebab masing-masing pun ade privacy.

Sehebat mana pun kita merancang, Allah tahu yang terbaik untuk kita. Dia tak pernah beri apa yang kita mahukan, tapi sentiasa memberikan yang terbaik untuk kita. Jangan risau, tanamkan kepercayaan tu dalam-dalam. Sekali rebah, tak bermaksud rebah sampai bila-bila. Hujan tak semestinya sampai ke petang, & kadang-kadang pelangi muncul untuk memberi harapan. Kalau sudah tertulis di Luh Mahfuz, jauh mana pun kau berlari, dia takkan kemana-mana.

 
Sekian, nukilan Syaza si bajet Doctor Love.

6 comments:

✿ cik pieQa ✿ said...

hehe ! panas isu LDR skrg kan.

Syaza Zul said...

Haha, tulaa pasal. Orang lain-lain, so pendapat pun semua lain-lain kan?

suha said...

Kalau sudah tertulis di Luh Mahfuz, jauh mana pun kau berlari, dia takkan kemana-mana.(suke ayat neh)

cik suha lebih sukekan LDR..

Syaza Zul said...

Yeke? Bagus la kalau suka :)

Elena Reeney said...

Syazaaaaa. Thank you for sharing ur opinion. *hugsss* eh eh.. ER bukan artis la.

Elena Reeney said...

Syazaaaaa. Thank you for sharing ur opinion. *hugsss* eh eh.. ER bukan artis la.