Saya anak Malaysia


Jika nak baca entry ini, sila baca dengan penuh kebanggaan & kekembangan.

Assalamualaikum kum kum kum.

Peh, semalam gua terlepas perlawanan paling epic woi ! Antara Malaysia & Indonesia. Ni semua sebab semalam aku ade exam FAR (Financial Accounting & Reporting). Aku memang tak boleh terima lah, apesal lah sama dengan hari aku exam. Oh, aku memang peminat tegar pasukan bola sepak Malaysia. Do you mind if I ask you something? It is Malaysia, not Malingsia lah gila. Masa aku tengok Malaysia vs Indonesia untuk perlawanan badminton final untuk berkumpulan lelaki pun sama. Hamboi hamboi, semua berpakat duk jerit Malingsia. Gila, siapa tak panas? Bagus, memang aku puji. Bersekutu bertambah mutu #sarcasm.

Tahniah kepada semua pemain, tahniah Syahrul Azwari.
Hero Malaya
 
Masa on the way nak pergi exam tu, bas tu ade pasang radio. Jangan main-main, UUM walaupun semua student duk dekat dalam kolej namun kitorang memang ade bas untuk pergi ke kelas semua. Kau orang boleh bayangkan tak UUM tu besar mana? Besar gila. Datang UUM, meh jumpa aku #tiba-tiba. Lepas tu, DJ tu pun cakap Malaysia dah mendahului 1-0. Yeay, aku pun melompat-lompat dalam bas. Sila percaya, BOO. 
 
 
 
 Tweet sebelum pergi exam.
Nampak tak yang aku ni memang penyokong Malaysia.
 
 
Aku tak kisah pun kalau orang tak sokong Malaysia, hak masing-masing. Tapi tak payah lah sampai nak kutuk-kutuk Malaysia. Eh, bak sini IC, aku nak tengok kau warganegara ape? Alah, setakat Malaysia lawan Kemboja boleh lah, alah setakat lawan ni boleh lah, alah setakat lawan ni boleh lah. Haa, kau boleh blah ! Sumpah, Malaysia pun taknak orang macam kau. Ish, macam over lah pulak. Tapi memang betul pun. Oh, kalau negara lain kutuk Malaysia kau marah. Tapi yang kau sendiri tak pernah bangga dengan Malaysia takpe ah? Tepuk dada, batuk berdarah.

Tulisan aku harini rasa macam nak marah orang je kan? Marah ah, Malaysia tanah tumpah darahku. Lagi 1, please lah, Malaysia okay bukan Malingsia. Kepada Astro, stop lah semua tayangan sinetron dekat tv Malaysia. Indo Pack tu semua tak payah, full stop. Haha !
 
I Malaysia


No comments: