Maaf. Jika tak mahu hati terluka sila jangan baca.


Serious shit, aku rindu nak update. Masa memang sangat jealous dengan aku. Apelah salah aku ni? Kadang-kadang sampai 2 hari aku tak online. Makin dekat nak final, makin banyak assignments/tutorials nak kena hantar. Alahai, lecturer ajar 1 subjek je pun, kitorang ni ambik 7 subjek. And now you expect us to master all of the subjects? Sabar k, sabar. Lumrah alam. Okay, aku tahu hari ini segmen rabu bisu, tapi aku taknak lah bisu-bisu. Ape kelas? Kahkahkah! Aku nak tulis panjang-panjang nak lepas geram. Boleh? Tak boleh pun kisah pulak aku. BOO.

Peh, pesen jerawat suka lepak lepastu tak reti nak blah.
Ini namanya tak sedar dek untung.
Dah bagi tempat tinggal, lepas tu blah ah.

Sebelum aku mengulas dengan lebih lanjut, baik aku paparkan satu screenshot untuk membuktikan sesuatu; 
Rata-rata pengunjung yang sampai ke blog aku ni, ramai yang ingin tahu pasal awek amirul hadi. Bagos, curious is a must. Tahukah anda yang dekat blog aku ni takde satu pun gambar awek dia? Iye, tepuk tangan sebab aku tanya soalan yang bodoh. Kalau kau orang tahu, takkan lah kau orang sampai blog aku bukan. But baby dont chu cry tonight, aku akan makbulkan permintaan cewek-cewek semuaaa.

Okay, ini Puah Pei San.
She is national netball player.
Cina bukan sebarang Cina, dia lah yang telah merembat hati Amirul Hadi selama 5 tahun.


Kalau aku lah kan, memang aku dah duduk kat tepi tingkap sambil lap air mata yang jatuh. Bapak kecewa kan? Itulah, aku dah bagi amaran, kalau tak mahu hati terluka sila jangan baca. Siapa suruh baca? Okay, salah diri sendiri, kbai. Mulai sekarang aku akan cari interest yang baru. Rupa-rupanya selama ini aku hanya melukut di tepi gantang. Eh, ade kena mengena ke? Aku dah lupa maksud dia apa. Kuat sangat makan asam sampai bodoh. Aku tahu hati kau orang sekarang ranap, punah, hancur, berkecai, rabak, chill weh  chill. Suka tak semestinya memiliki, cewah. Ayat taknak menahan pulak kan.

Aku pun tak suka nak menambahkan lagi kekecewaan yang sedia terbuku di dada kau orang semua. Cuma satu jela aku nak nasihat, kalau nak bunuh diri sila ke KB Mall.

Kbai.

Harimau Muda vs Bahrain & Review : Twilight Breaking Dawn part 1


Assalamualaikum

Serius nak update, tapi tak tahu nak tulis ape. Arghh ! Hantuk-hantuk kepala dekat bantal. Ceh, kalau hantuk kepala dekat bantal lena terus. Haram hukumnya kalau membahayakan diri sendiri ye tuan-tuan & puan-puan sekalian. Malam ini jangan lupa temu janji kita ya? Pakai baju Malaysia & tunggu siap-siap depan tv bersama bantal & juga snack sambil menikmati Wan Zack Haikal. Eh?! Eh?! Sambil menikmati Harimau Muda menentang Bahrain. Okay? 

Kepada superhero Harimau Muda, jangan risau. Abaikan tentang kesemua kontroversi yang melanda. Hey hey you you, what is your problem actually? Nak sangat ke tengok Apek jatuh? Nak sangat? Haa?


 Nah, gambar Khairul Fahmi jatuh. Puas hati kau?


To you-know-who-you-are, kalau kau jatuhkan dia pun, ape kau dapat eh? Ferrari sebijik? Banglo 4 tingkat berserta lif? Duit dalam bank yang takkan luak ditelan zaman? Tak payah lah nak jatuhkan dia, Malaysia dah takde goalkeeper yang se-terrer dia. Dia tu pemain bole je, bukan selebriti/artis yang semua benda celah kain nak kena cerita dekat orang lain. Tak salah minat, tapi tak perlu kot over. Nyampah.

Phewww *tarik nafas panjang-panjang sebelum sambung cerita*

Entry aku sejak dua menjak kebelakangan ni asyik cakap pasal bola je kan. Well, nevermind. Siapa dah tengok Twilight : Breaking Dawn part 1? Cece, berlagak lettew. Aku pun dah tengok weh, tapi yang illegal punya lah. Aku download. Tapi aku baca status kawan aku, dia cakap tengok dekat wayang dengan yang illegal punya berbeza. Dekat wayang banyak part yang potong. 


No comment, sebab aku pun tak tengok dekat wayang.


Oh man, how I wish I could be like Bella Swan. Edward Cullen & Jacob Black dedua take care pasal dia. Alahai Jacob, apesal hensem sangat ni? Tahukah anda bahawa anda lah penyebabnya kenapa saya menonton Twilight? Tengok tengok, kan aku dah cakap, iman aku tak kuat. 


Peh, peh ! & you know what Jacob, I love you so much. Relaks relaks, berangan tu memang perkara yang paling handal pernah aku lakukan. Itulah kau, apesal hensem sangat? Biasaaaaa diaa ! To Bella Swan, Jacob Black is wayyy better than Edward. Edward tu putih sangat, nyampah aku tengok. Haha, suka hati kau je nak nyampah-nyampah dekat orang. Tapi seriously, time wedding Bella & Edward sangatlah cantik. Macam fairytale pun ade. Nanti nak kahwin pun macam tu jugak lah, kahkahkah!




To those yang tak tengok lagi cerita ni, sila jangan bazirkan wang ringgit anda. Ape susah? Download aja deh. Kalau ade 100 orang macam aku, lingkup industri perfileman negara. 

Menang atau kalah, Harimau selamanya




LDR is a bullshit?


Assalamualaikum

LDR : Long Distance Relationship

Ini bukan entry balas untuk ER dari Terfaktab ke ape ke. ER is my favourite writer in Terfaktab. Kalau dia up entry ke ape ke, aku memang confirm ah baca. Suka tulisan dia, masalahnye aku siap add dia kat Facebook lagi weh. Haha ! & dia approve, masa birthday aku dia siap wish lagi. Aku pun komen ah, gila ah artis wish birthday. Dia baru up entry pasal LDR ni lah, tak paham aku apesal semua orang nak caci maki. Kan dia dah tulis, 100% tu semua based on dia punya pendapat & experience? Alahai, kesian sungguh.

Frankly speaking, aku pun berjinak-jinak dalam LDR ni. Senang? Susah? Tu semua depends atas diri masing-masing. Kalau LDR bullshit, SDR pulak ape salahnya. Sama-sama bullshit, ye dak? Aku rasa, distance ni bukanlah satu masalah pun. Pasangan tu sendiri kenalah saling percaya, jujur & yang paling penting adalah setia. Untuk awek-awek di luar sana, kau yakin ke laki masa depan kau tu setia? Seriously? 100%? Kalau aku, aku memang tak percaya. Confirm lah dia pun ade flirt dengan orang lain. Yang itu aku pasti. 

Untuk perempuans pulak, bila dah jauh-jauh ni kau takde crush ke kat mana-mana lelaki? Lelaki okay lagi, kalau lelakis? Contoh lah, kau ade bestfriend lepastu hari-hari jumpa. Yelah, satu kelas ye dak? Makan sama, buat assignment sama-sama, saling duk tweet-tweet. Takkan takde satu pun sekelumit perasaan suka/sayang kau dekat dia? Jangan beritahu aku jawapan kau. Tepuk dada, batuk berdarah. Iman kena kuat kalau kau nak involve dalam LDR ni. Ceh, bajet iman kau kuat sangat lah syaza?! Serius, iman aku pun tak kuat. Sekarang ni aku rasa, aku duk minat Wan Zack Haikal pulak, kahkahkah!


If someone truly loves you, distance is not a problem.
It's just the power of making love grow each day


Tiada salahnya dengan LDR ni. Kalau dah nak menggatal ke menggedik ke, tak kisah jauh ke dekat semua bantai. Untuk sesiapa yang SDR, jangan terlalu cepat merasa selesa. Kepada sesiapa yang masih bertahan dengan LDR, syabas saya ucapkan. Semoga jodoh kalian panjang hendaknya. Tapi, jauh di lubuk hati sanubari, confirm kau pun teringin macam orang lain bukan? Susah senang bersama-sama. Namun apakan daya, terpaksa menerima takdir ini dengan hati yang redha. Satu jela aku nasihatkan, jangan terlalu percaya dengan lelaki/perempuan masa depan kau tu. Bukan apa, kalau kau tahu dia punya orang lain, kau lagi kecewa. So, better prepare awal-awal. Take precaution. Aku pun kadang-kadang, buat jugak spotcheck besar-besaran. Aku selamba je log in dia punya Facebook, haha ! Okay, aku tahu. Ini inappropriate, sebab masing-masing pun ade privacy.

Sehebat mana pun kita merancang, Allah tahu yang terbaik untuk kita. Dia tak pernah beri apa yang kita mahukan, tapi sentiasa memberikan yang terbaik untuk kita. Jangan risau, tanamkan kepercayaan tu dalam-dalam. Sekali rebah, tak bermaksud rebah sampai bila-bila. Hujan tak semestinya sampai ke petang, & kadang-kadang pelangi muncul untuk memberi harapan. Kalau sudah tertulis di Luh Mahfuz, jauh mana pun kau berlari, dia takkan kemana-mana.

 
Sekian, nukilan Syaza si bajet Doctor Love.

Kalah dengan godaan syaitan?


Assalamualaikum

Maafkan aku wahai harimau muda, auummmmmmm ! Memang tiada jodoh nampaknya antara kita. Sekali lagi weh, aku terlepas perlawanan epik antara Malaysia vs Indonesia. Dah la final. Final weh, tolonglah paham final. Pheww ! Apesal time exam je mesti Malaysia vs Indonesia, time Malaysia vs Indonesia je mesti exam. Sumpah, tak paham. Nasib baik lah dapat lecturer yang sporting gila, siap tayang live streaming lagi dekat dewan kuliah. Peh, memang terbaik ah. Dah la, tak guna cakap banyak. Malaysia dah memang dah pun. Dah dua kali berturut-turut, ape perasaan anda? Marah? Malu? Bangga? Kalau bangga memang patut, kalau marah pun memang patut.

credit : Fb
Ong Kim Swee memang terbaik.
Kalau aku player pun confirm-confirm terus bersemangat proton waja.


Tapi malangnya bukan semua orang mampu untuk melawan godaan syaitan. Sebagai contoh ;


Anda kenal ini siapa? Ya betul, ini Ong Kim Swee. Jurulatih pasukan Harimau Muda. Nampaknya orang yang melakukan  benda ini telah kalah dengan godaan syaitan. BOO. Syabas saya ucapkan. Sungguh tidak profesional pada pandangan saya. Waduh pak, bukan gini caranya ya. Ini sahaja sudah cukup untuk membuktikan betapa rendahnya mentaliti kalian. Watlek dah lah, menang kalah adat permainan kot. Macam dah takde Sea Games je, tunggu ah 2013 nanti. Daripada kau orang duk buat benda bodoh ni, baik improvekan diri kau orang semua. Lepas tu, buktikan dekat semua orang yang kau orang tu profesional, bukan player yang suka main kotor. Get it? Credit , CeritaMamat .





Walaubagaimanapun (cewah, ayat!), Malaysia memang terbaik semalam. Part yang penalti tu, memang berdebar gila nak mati. Kalau dah namanya rezeki, takkan kemana. Peh, Baddrol, lu memang bikin gua suspens ah. Memang ending terbaik semalam. Fakri oh Fakri, apesal lah dengan dia ni. Barang yang lepas usah dikenang, let bygone be bygone. Tahniah untuk Khairul Fahmi & juga untuk semua pemain Malaysia. 






Oleh itu, marilah kita sama-sama membendung diri kita daripada terjebak ke dalam godaan syaiton nirojjim. Bukan ini caranya untuk menunjukkan ketidakpuashatian diri kita. Eh, ade ke ketidakpuashatian? Whatever lah. Aduhai, mesti ade lagi anonymous ke orang Indonesia yang akan komen blog aku lagi. Haih, aku tak pernah kutuk hampa pun lah. Watlek dah laaa. Aku cuma bangga dengan Malaysia je, tu pun salah ke?

Thankyou.

Cara menakutkan roommate/housemate anda?


Assalamualaikum wbt

Berdirinya saya di sini, adalah untuk menyampai satu tips tentang bagaimana menakutkan teman sekamar anda. Peh, berdiri ! Kau tak payah nak menipu rakyat Malaysia sangat lah. Okay, sekali lagi saya ingatkan, this is the correct way to spell Malaysia not Malingsia. Paham semua bapak-bapak serta ibuk-ibuk yang amat saya sayangi segenap hati saya. 

Sebagai penceramah yang err, bertauliah, saya harap dapat membantu masalah anda semua.
InsyaAllah, semoga semuanya berjalan dengan lancar.
Yang buruk itu datangnya daripada saya sendiri & yang baik itu datangnya daripada Allah.



Pernah terfikir kalau alangkah indahnya dunia kalau bilik ini ana yang punya? Peh, bahagia, aman dunia batinku. Tak payah nak share-share dengan orang lain. Lagi-lagi kalau 1 bilik kena share 3, 4 orang lepastu dapat pulak katil double decker. Hello, imma university student not a school student yang tinggal dekat hostel tu. Uh uh, this is sooo not me. Haa, yang ni memang nak kena hempuk laju-laju. Alergik betul kalau ade orang yang berlagak nak mampos macam ni. Walau apa jua masalah anda semua, jangan bimbang. Semua masalah pasti akan dapat diselesaikan dengan adanya Super Syaza. KahKahKah !

This are the ways how to get rid of your roommate.
Please, memorize all the ways.



Jangan risau, hanya amalkan tips tersebut sahaja. Confim, tak sampai seminggu teman sebilik anda semua akan blah. Oh, minta maaf atas penggunaan ayat yang kasar. Saya memang penceramah yang rock. Barulah mesra remaja giteww. Jika anda dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak universiti, mohon jangan disebut nama saya. Mohon.
                                                                       
Ini adalah pengakuan ikhlas daripada seorang saksi.


Oh, aku tak bagi rasuah/belanja makan atau apa-apa sahaja perkara yang sewaktu dengannya. Aku memang best, nak buat macam mana. Ayat nak makan kaki. Kita ni nak tinggal sebilik bukan kejap, lama tahu. Jadi, binalah keserasian kalau tak pernah wujud keserasian tersebut. Jangan pentingkan diri sendiri. Kalau kau dapat roommate yang kaki study, respect lah dia. Jangan lah pulak time dia study, kau duk pasang lagu kuat-kuat lepas tu duk nyanyi-nyanyi lagi. Iye iye, aku tahu suara kau sedap. Nyanyi dalam shower jela eh? Boleh? Kau ingat 1 jela, kau boleh ke hidup sorang-sorang tanpa kawan? Jawapan klise "Ah, nanti aku mati pun sorang-sorang je" Lepas tu, siapa nak kebumikan, kapankan kau? Kau sendiri, giteww? Ah sudah, aku merewang entah ke mana dah ni. Kalau kau respect orang, orang pun akan respect kau balik.

Okay lah, sampai sini sahaja tulisan saya pada hari ini. Saya nak spend time dengan roommate kesayangan. Anda bila lagi? Ciao :*


P/S : blog roommate kita, klik SINI.



Tahniah, Malaysia ke final.


Assalamualaikum

Akhirnya Malaysia dapat mengisi tempat di Final. Cayalah lu Fakri ! Sebab Fak-ri ni gol lah, baru aku puji. Kalau tak, sepanjang game tu aku duk kutuk dia je. Tension tahu tengok kau main. Boleh sakit jantung aku macam ni. Bila aku tengok Izzaq Faris nak masuk, aku dah cakap ah. Ni confirm ah, Fakri keluar. Tak Fakri, Mahali. Sekali Syahrul Azwari yang keluar. Ong Kim Swee lagi tahu percaturan yang dia buat. 

Mungkin inilah sebabnya kenapa Ong Kim Swee tak keluarkan Fak-ri.

 Jangan harap lah nak naik flight sekali dengan pemain yang lain.
Buktikan dulu masa final, kalau tak adios amigos bebeh !

Lu memang terrer ah Apek !
Aku tak kisah kau punya gf tu sape, kau nak ade berapa banyak skandal pun.
Janji kau main untuk Malaysia bagus.
Yours truly, Syaza. Haha !


P/S : gambar semua takde kaitan dengan sea games. semua aku google je, sepatutnya apek pakai baju hijau tadi.

Review : Immortals


Assalamualaikum


Aku selalu letak gambar sendiri kan? Yela, better letak gambar sendiri daripada curi gambar orang lain lepas tu claim tu gambar kita. Haha ! What a shame. Oh, aku tahu macam mana nak detect gambar tu fake ke betul. Nak aku share tak dengan korang? Nanti ah, next entry. Lagipun aku update harini bukan nak bagi tips macam mana nak detect gambar tu. Okay bebeh? :*


Minggu lepas minggu yang penuh dengan stress. Macam aku sorang je student yang stress, bajet orang lain tak stress ah? Ye ah ye ah, fine. Minggu lepas ade 3 mid sem, 1 assignment audit, lepas tu dapat pulak assignment AutoCad. AutoCad? Whatthellokitty?! Ingat aku student engineering ape? Ah, memang masalah ni. Tension betul aku dengan AutoCad ni. Sape terrer guna AutoCad contact aku, nanti aku belanja kepsi takpun mekdi.

Disebabkan stress yang melampau (hiperbola), semalam aku keluar tengok wayang cerita Immortals. Boleh lah cerita dia. Cerita dia pasal Greece yang masa tu berapa B.C entah. B.C tu before century, haha ! I am looking forward to watch Breaking Dawn part 1 & Mission Impossible. Peh, Twilight tu. Sorry, aku bukan team Edward but Jacob bebeh ! Aww, 6 packs tuu. Tapi Fatin Liyana nak orang yang ade 1 pack je tu. Sila baca blog Akim Iqbal tu. Apesal dengan aku ni, duk tuuu tuuuuu.


Immortals-Official Trailer

Kalau nak tahu sinopsis google sendiri, malas ah nak taip panjang-panjang. Heroin dia, Frida. Eh, betul ke nama dia? Frida tu yang berlakon dalam cerita Slumdog Millionaire & Planet of the Apes. Dalam cerita Planet of the Apes pun dia jadi heroin. Femes jugak dia ni. Overall aku bagi 7/10. Haha, ingat kau pengulas filem nak bagi rating untuk movie omputih? 


Resume Syaza Zul.
Kebolehan/strength : Ambik gambar lubang hidung yang digilai ramai.

Bai.

Saya anak Malaysia


Jika nak baca entry ini, sila baca dengan penuh kebanggaan & kekembangan.

Assalamualaikum kum kum kum.

Peh, semalam gua terlepas perlawanan paling epic woi ! Antara Malaysia & Indonesia. Ni semua sebab semalam aku ade exam FAR (Financial Accounting & Reporting). Aku memang tak boleh terima lah, apesal lah sama dengan hari aku exam. Oh, aku memang peminat tegar pasukan bola sepak Malaysia. Do you mind if I ask you something? It is Malaysia, not Malingsia lah gila. Masa aku tengok Malaysia vs Indonesia untuk perlawanan badminton final untuk berkumpulan lelaki pun sama. Hamboi hamboi, semua berpakat duk jerit Malingsia. Gila, siapa tak panas? Bagus, memang aku puji. Bersekutu bertambah mutu #sarcasm.

Tahniah kepada semua pemain, tahniah Syahrul Azwari.
Hero Malaya
 
Masa on the way nak pergi exam tu, bas tu ade pasang radio. Jangan main-main, UUM walaupun semua student duk dekat dalam kolej namun kitorang memang ade bas untuk pergi ke kelas semua. Kau orang boleh bayangkan tak UUM tu besar mana? Besar gila. Datang UUM, meh jumpa aku #tiba-tiba. Lepas tu, DJ tu pun cakap Malaysia dah mendahului 1-0. Yeay, aku pun melompat-lompat dalam bas. Sila percaya, BOO. 
 
 
 
 Tweet sebelum pergi exam.
Nampak tak yang aku ni memang penyokong Malaysia.
 
 
Aku tak kisah pun kalau orang tak sokong Malaysia, hak masing-masing. Tapi tak payah lah sampai nak kutuk-kutuk Malaysia. Eh, bak sini IC, aku nak tengok kau warganegara ape? Alah, setakat Malaysia lawan Kemboja boleh lah, alah setakat lawan ni boleh lah, alah setakat lawan ni boleh lah. Haa, kau boleh blah ! Sumpah, Malaysia pun taknak orang macam kau. Ish, macam over lah pulak. Tapi memang betul pun. Oh, kalau negara lain kutuk Malaysia kau marah. Tapi yang kau sendiri tak pernah bangga dengan Malaysia takpe ah? Tepuk dada, batuk berdarah.

Tulisan aku harini rasa macam nak marah orang je kan? Marah ah, Malaysia tanah tumpah darahku. Lagi 1, please lah, Malaysia okay bukan Malingsia. Kepada Astro, stop lah semua tayangan sinetron dekat tv Malaysia. Indo Pack tu semua tak payah, full stop. Haha !
 
I Malaysia


Selamat UlangTahun

/\
|
|
|

Cc tajuk di atas. Entri ini khas didedikasikan untuk anda. Ye, untuk anda. Anda yang saya sayangi segenap pelusuk hati saya.

#amaran : entri ini mungkin berbaur unsur romantis yang tidak boleh dielakkan. harap maklong. sila sediakan mangkuk/baldi atau apa-apa sahaja yang sewaktu dengannya untuk mengelakkan muntah berdarah.




Untuk mendapatkan effect yang lebih baik, harus dengar lagu Sempurna.


Aku memang jarang nak tunjukkan betapa manisnya aku di alam maya. Tapi sesekali apa salahnya, ye dak? Kalau salah pun, kisah pulak aku. BOO. Hakikatnya, aku memang seorang yang amat manis dalam alam nyata #fakta. Tengok, suka betul tahu naik lif tekan sendiri. Orang lain masuk bakul angkat sendiri pun takde nak kecoh-kecoh. Tapi setakat naik lif tekan sendiri pun nak kecoh, taip entry baru dalam blog. Whatsoever. 


***********************************************************

Aku bertukar jadi saya. 

Selamat ulangtahun yang ke 21 tahun. Eii, awak dah tua. Eh eh ! Padahal, saya dulu yang sambut birthday, baru awak. Saya buat lawak ni, awak kalau baca ni, kena baca sambil gelak tahu? Memang, saya memang amalkan kepimpinan kuku besi. Kalau tak, haish *gelek gelek* Eh eh ! Saya buat lawak lagi tahu, sepatutnya geleng-geleng. So(jadi), have a blast birthday & enjoy your day. Ah, klise klise. Tak mau. Macam ni, baru betul. Semoga awak bertambah-tambah manis dengan saya, sentiasa rindukan saya & sayang saya selama-lamanya dalam hidupmu itu. Oh ya, saya tahu. Awak mesti akan terharu bukan? Bukan senang tahu, nak tulis entry untuk orang lain. Ini maksudnya, orang yang betul-betul penting baru akan ditulis entry. Mesti nak cakap saya manis leteww, tahu dah.




Cause there'll be no sunlight, if i lose you baby,
There'll be no clear skies, if i lose you baby,
Just like the clouds, my eyes will do the same,
If you walk away, everyday it will rain.





Happy 21 years young sayang. Nah ambik lep lep lep ni sebagai pengganti diriku yang jauh di perantauan ♥ ♥ ♥



Yeay Malaysia menang & selamat menghadapi SPM !


Tahniah Malaysia, well done !

Intro entry aku memang terbaik bukan? Memang, memang aku suka naik lif tekan sendiri. So what? Got problem? Tahniah Izzaq Faris, tahniah Badrul Bakhtiar, tahniah Badrul Bakhtiar, tahniah Wan Zaharul Nizam. Yes, mata anda memang tak salah. Memang aku sengaja taip dua kali nama Badrul Bakhtiar, sebab dia berjaya jaringkan dua gol. Tak kisah lah, siapa-siapa pun yang jaringkan gol, janji Malaysia tanah tumpah darahku menang. Kepada Indonesia si musuh tradisi, ku tunggu jandamu. Eh ! Kau tunggu lah hari khamis ni, muahaha.

Esok hari paling menakutkan untuk sesiapa yang berumur 17 tahun. Hah, gasak lah kau orang. Kau ingat SPM tu senang. Baru kau tahu yang air masak takde rasa sebenarnya. Okay okay, aku saje-je nak bagi takut. Haa, takut tak takut tak? Terperanjat gegirl tahu. Watlek je okay, tulah nasihat yang paling penting sekali aku rasa. Tak payah panik, over confident pun tak boleh. Eceh, macam aku pandai sangat je masa SPM dulu. Aku mampu dapat 6A je. Malam ni tidur awal. Prepare semua untuk esok, IC jangan lupa bawak, slip exam pun sama. Nanti susah, kelam kabut kelibut jadinya.
 
 Ini adik aku, esok dia nak SPM.
Doakan dia ye semua Thanks.


Muka dia dengan aku memang lain. Oh, ade orang pernah cakap kat aku, kesiannye adik lagi cantik daripada kakak. So? Got problem? Kau tak payah nak kesiankan aku sangatlah. Aku tak pernah mintak pun kesian kau tu. Shame on you #you know who you are. Aku selalu gaduh dengan dia ni. Gua tahu lah gua along paling tak guna dalam dunia tapi gua sayang adik-adik gua. Peh, ayat nak sadis je ! So, esok jawab exam betul-betul. Along tahu kak chik mesti boleh punya, InsyaAllah. Kalau dah tertulis nama untuk berjaya, rezeki takkan ke mana-mana. 


Dah lah, nak mandi. Nak siapkan tutorial tax. Bai, lots of love

Habis madu, sepah dibuang.


Assalamualaikum & good morning sunshine


Perasan tak perubahan dalam entry ni?  Tak perasan langsung keganjilan yang ade. Confirm, korang memang ganjil, bukan pembaca tegar blog Syaza Zul yang cool, muehehehe. Bukan ah, biasa aku guna font verdana tapi harini guna arial. Saja tukar angin giteww. Tajuk entry saya pada hari ini ialah habis madu sepah dibuang. Tajuk memang mengancam jiwa raga. Peh, mengancam !


Habis madu sepah dibuang? Ape susah, buat jela group baru Sepahtu. Okay, shattap, tahu tak kelakar. Bagi pasangan kekasih yang sedang enak dibuai asmara memang tidak akan menyedari perihal ini. Peh, perihal ! Untuk tulisan yang lebih cantik, lovey dovey. Ololo, so sweet. Oh tidak, entry ini bukan untuk mengecam pasangan-pasangan di luar sana. Tolong, tolonglah percaya.


Aren't they cute? Yes, inilah maksud sebenar aku tentang habis madu, sepah dibuang. Tiada kena mengena yang hidup atau yang telah mati. Hanya mengenai patung yang tidak pernah mempunyai nyawa untuk mengecap kenikmatan di dunia. Begini ceritanya tapi ini bukan bedtime story tapi wakeup story. Hey, bukan makeup story. Please bezakan w & m. Hoi, dah tu bila nak cerita ni ha? Okay, sabar. Semenjak ada kehadiran baru dalam family member kitorang ni, aku asyik menatang minyak yang penuh dekat yang putih tu je. Biasa ah, kata barang baru. Barang best. Kesian yang kuning, telah diperkotak-kotakkan (ayat Zarriq) oleh aku. Eww eww, tak malu upload gambar ni. Aku watlek je, ade aku kisah? BOO.


Itulah kau kuning, warna je kuning macam madu, tapi madu habis cepat sangat. Sebab itulah, kau diperkotak-kotakkan oleh tuan macam aku ni. Kepada Putih yang disayangi segenap pelusuk hati, ILOVEYOU ! Tolonglah simpan madu tu lama sikit, kalau tak nanti nasib kau pun akan sama seperti Kuning. Dialog aku ni dah macam ibu tiri dalam cerita Bawang Merah Bawang Putih pulak. Haa, nampak tak permainan dia dekat situ? Bila ada yang baru, yang lama terus dilupakan. Nanti Putih ada tuan yang baru, baru kau rasa, matahari tu tinggi ke rendah. Padanlah muka kau.


Tapi aku watlek je. Kadang-kadang kesian jugak dekat Kuning tu, selalu dipinggirkan. Ololo, kesian kesian kesian. Gua hati pink bhai, mana boleh tahan lama-lama. Lama ke baru ke, masing-masing sama. Dua-dua ada sentimental value yang sangat berharga. Sama jugak macam kawan, kawan baru ke kawan lama ke, sama je. Janganlah dah jumpa kawan baru, terus tanak kawan lama. Yela, kan tak hot. Mana sesuai kawan dengan kau. Itu contoh jela. Kesimpulannya, walaupun madu dah habis, jangan lupa beli yang baru.
 

Aku dapat Buffered Earnings baru, silalah jeles sepuas hati, muehehe.
Thanks Maybelline
Sebab dapat BE, baru lah kau lep lep lep dekat Maybelline kan?
Kalau nampak iklan ni, jangan lupa klik seikhlas hati, thanks :*



Thankyou. If you read this, you're awesome. Believe me.

Please, please, tolong puji saya boleh?


Assalamualaikum

11.11.11, apesal semua orang nak bagitahu pasal tarikh harini? Cantik? Iye, memang cantik. Tapi tak perlu sampai beria-ia sangat pasal tarikh harini. Apa, duit ade turun daripada langit ke? Ramai orang kahwin harini? Alhamdullilah, dah sampai jodoh, langsungkan aja deh. Mahu tunggu apa lagi? Prince Charming khayalan mu yang tidak pernah kunjung tiba? Shame on you. Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata dibutakan mata sahaja. Okay, apa yang aku carut marutkan ini. Sudah sudah, full stop. Mari beralih kepada agenda sebenar. Kalau aku update harini aku rasa comel lah, hihi. #lempang diri sendiri lelaju.


Sekarang, aku bawa anda semua kepada realiti kehidupan sebenar. Mungkin anda pernah mengalaminya. Mungkin sebagai mangsa & mungkin juga sebagai pemangsa. Aumm, so sexayyy !


Maaf, aku memang suka recycle gambar.
Jangan curi, ambik, sebab nanti dosa.
Bila dosa, masuk api neraka. Sekian.



Biasa tengok gambar ni? Apa biasa? Kat mana kat mana? Tell me. Okay, suka carut marut lagi. Full stop. Macam biasa, log in akaun Facebook & upload sebagai default picture or whatever. Bila dah siap, sila tulis caption macam ni, "saya tahu saya buruk, tak hot macam korang, huhu". Faham tak bapak-bapak, ibuk-ibuk? Kalau tak faham, sila copy paste je caption aku tadi. Confirm, yang ni memang aku guarantee akan ramai yang komen. Serius, aku cakap betul ni. Maka akan ramai lah yang akan cakap, "taklah, comel je. cute je macam Fasha Sandha."


#Fakta 1

Oh please lah, tolong lah jangan tulis caption macam tu. Serius, macam nak makan maki ke. Dah ambik gambar kali ke berapa, bila dah berpuas hati sanubari baru di-upload ke Facebook. Memang dah confirm-confirm comel la, lepas tu sesaje tulis caption macam tu. Memang mengundang tsunami dalam hati sesiapa yang membacanya lah kan. Kalau orang dah berniat nak komen, orang komen jugak. No worries bebeh. Semua orang mempunyai kelebihan masing-masing.



What's on your mind? Okay, memang itulah fungsi update status di Facebook. Luahkan apa yang bermain di minda kalian semua. Okay, contoh status yang terhangat lagi terhangit di Facebook.

#Ah kau jantan, baruku tahu rupa-rupanya kau gay- 10 hours ago

#Sayang, i love you so much. Semuanya hanyalah miskomunikesyen - a few seconds ago

The next day,

#Dia bukan gay, tapi kaki perempuan. Kau memang jahanam, tahu nak menghabiskan duit aku je time couple dulu - 10 minutes ago

#Block si jantan tersebut.

#Tak sampai 30 minit, buat fake profile untuk stalk lelaki tersebut.

#One notification, he already approved your request. Bila stalk puas-puas, sakit hati.

#Baru aku tahu perangai kau. Untung aku dah break up awal-awal dengan kau. Im officially single y'all. Kau bukan hensem sangat pun, muehehehe (lepaskan geram) - a few seconds ago


#Fakta 2

Apa yang kau dapat kalau cerita semua benda dalam kain dekat orang lain? Kau tak malu ke? Oh, lupa. Biasalah, berlagak innocent. Aku tahu aku tak patut selak kain orang lain, tapi kau yang dedahkan semua? Kesian, shame on you. Mesti hidup kau takde keistimewaan bukan? Bagi aku, aku lebih suka untuk simpan semua untuk diri sendiri & juga dia. Tak perlu rasanya nak bermanis-manisan di Facebook. Tak gitu? Aku suka baca tulisan Hanis Zalikha yang bertajuk, why I do not publish my love story to public. Tajuk tu aku main agak je, cer korang try godek-godek entry lama-lama beliau. Confirm jumpa.


Somehow, it happens.




Suka entry ini? Okay, pendamkan dalam jiwa sanubari anda. Itulah yang terbaik. Sintokkkkk, peace y'all !


Buffered Earning terbaru & Review Don't Be Afraid Of The Dark



Assalamualaikum


Alhamdullilah, nampaknya Nuffnang masih lagi bermurah hari nak bagi Buffered Earning, muehehe. Yelah, sebab aku punya Buffered Earning semua dah jadi Metered Ads. Itulah kau, malas lagi nak update. Bukan ape, kalau nak harapkan CPC tu, jangan harap lah kan orang nak klik. Aku pun jarang nak berblogwalkingkong, nak klik iklan orang lain lagi lah. What goes around comes around bebeh.



So, kalau nampak iklan DiGi tu paham-paham la ye.
Meh, cium sikit :*
Pandai bodek ye, ololo !


Paranormal Activity 3. Yes, I am looking forward to watch this movie. Tapi malangnya, semalam aku nak pergi tengok, cerita ni dah tak tayang weh. Nak tengok In Time, lakonan Just Don't Be Late (Setem), tapi macam lambat sangat je. So, tengok lah cerita Don't Be Afraid of The Dark.


Trailer.



Biar aku bagi sinopsis dalam bahasa melayu la dok? Senang sikit nak paham. Kan PPSMI dah dihapuskan #takde kena mengena. Cerita ni pasal Blackwood yang kematian anak lelaki dia yang masa tu berumur 8 tahun. Dalam rumah Blackwood ni ade hantu yang akan ambik gigi kanak-kanak. Gigi orang besar-besar dia takmau. Hantu ni muncul time malam je, sebab gelap & diorang takut kepada cahaya. Tapi diorang ni pandai, siap boleh tutup suis lampu lagi. Gila, hebak hebakk ! Lepas tu, rumah diorang ni ditutup & basement juga dikunci sebab tanak ade sesiapa yang akan mengalami nasib yang sama. Katie Holmes (isteri Tom Cruise) seorang Interor Designer yang sedang renovate rumah tu untuk dijual. Dia ade boyfriend & boyfriend dia bawak anak die untuk tinggal di rumah tersebut. Selepas itu, terjadilah peristiwa yang tidak sepatutnya terjadi. Jeng jeng jeng.


Nak tahu kesudahannya? Ha, pergi lah tengok sendiri, muehehe.



p/s : Terima kasih Nuffnang & DiGi.

Selamat hari raya aidiladha


Assalamualaikum

Selamat hari raya aidiladha :) Hari raya aidiladha sangat special kan? Kenapa? Sebab ade 3 nama panggilan, hari raya haji, hari raya korban & hari raya aidiladha lah. So, macam mana hari raya anda sekeluarga? Meriah? Alhamdullilah. Sekali lagi kita diberi peluang untuk mengecap nikmat sebagai makhluk di muka bumi ini.

Harini aku rasa, kehidupan aku sangat lah kena dengan tema hari raya iaitu korban. Kalau orang lain korban, tumbangkan lembu, kerbau, unta, aku korbankan perasaan, jiwa & raga. Amboi ayat, kelaass kau nyah ! Langit tak selalunya cerah, hujan pulak tak semestinya sampai ke petang. Kadang-kadang pelangi muncul untuk memberi sinar. Jangan risau, jangan bersedih. InsyaAllah, semuanya akan berakhir dengan kegembiraan.


Orang kata, pengalaman adalah guru terbaik. Orang lah yang kata, & aku berharap perumpaan tu betul. Tak mungkin aku akan ulangi kesilapan yang sama. Tak mungkin (kot). Cukup lah sampai sini, dah banyak kebenaran yang aku bongkarkan. Tak sanggup rasanya kalau ada banyak lagi benda yang tersirat, terselindung dek kerana personaliti luaran. Sometimes it's hard but we have to learn to accept the fate.



Selamat hari raya aidiladha :)
Semoga tahun ni dapat memberi seribu makna.
#muka belasan tahun, haha!


Entry ini khas untuk para loser(s)


Assalamualaikum


Okay, biar aku ulang lagi sekali. Entry ini hanya ditujukan kepada para loser(s) di luar, di dalam sana. Sekian.

Peh peh, aku memang tak suka lah kalau orang yang suka nak banding-bandingkan aku dengan orang lain. Whatthehellokitty?! Aku pun tak paham ape masalah dengan anda semua ni. Serius. Oh ye, memang aku dah berumur 21 tahun & ape masalahnye dengan tu? Aku tak nampak sebarang masalah pun. Serius. 





*Situasi 1*
"Eh, along ! Nak tahu dok? Kawan along tu dah beli kereta dah.
"Ohhhh", dalam hati (so, ape kena mengena dengan aku?)
#masalah ini terjadi apabila kawan aku tu pun sebaya dengan aku & dah pakai kereta. dah tu aku nak buat macam mane? aku ni kerja pun belum. belajar pun lambat lagi nak grad, 3 semester lagi. dia tu takpe lah, dah kerja & tak sambung belajar. alahai susah betul perangai ibu-ibu sekalian alam ni.


*Situasi 2*
"Eh, ni anak sulung kan? Buat ape sekarang? Sekolah lagi ke dah kerja? Sama lah kan dengan anak makcik yang tu kan?
"A'ah, sama dengan dia. Sekolah lagi, kat Kedah"
"Anak makcik tu dah kahwin, ade anak dah pun"
"Ohhh", dalam hati (lepas tu nak suruh aku kahwin jugak ke?)
#masalah ini terjadi apabila ramai ibu-ibu sekalian alam yang menganggap aku sepatutnya sudah menikah. memang aku mengaku yang ramai gila kawan-kawan yang sebaya aku dah kahwin. serius. ape, ingat aku pun tanak kahwin ke? nanti lah, aku pun ade banyak lagi komitmen lain. haa, jangan risau lah, nanti aku kahwin aku jemput semua orang ye. kadang-kadang ade jugak yang ingat kahwin lambat ni tak laku? ehem, yeke? biasalah, tipikal meleis.



*Situasi 3*
Pop up chat "Eh, kau berapa tahun? Ni sem berapa dah?"
"4 tahun, lagi 3 semester grad lah"
"Lama gilaa, lambat lah kau kahwin"
"Takpela, nak buat macam mane"
#masalah ini terjadi apabila mereka pikir aku hidup hanya untuk bertujuan mengembangkan zuriat. ape, aku ade tulis dalam biodata dulu-dulu ke yang cita-cita aku nak jadi surirumah berjaya? aku lupaa lah. demyu ! aku tersilap lah pulak sambung belajar, kan dah menyimpang jauh daripada cita-cita aku dulu.




Kesimpulan
Di sini aku dapat lah buat kesimpulan bahawa, diorang semua ni tak sabar nak tengok aku kahwin. Apesal eh? Nak taja ke? Kenapa takde siapa pun yang nak tanya, belajar macam mana, okay? CGPA above 3 ke tak? Tapi bila aku pikir-pikir balik, confirm lah semua orang nak bangga-banggakan anak masing-masing. Yang ni aku puji, puji sangat-sangat. Sampaikan aku rasa macam loser gila. Okay sekarang pilih, nak aku sambung belajar ke kerja/kahwin? Cepat, send sms yes or no to 32789. Booooo !


p/s : pernah tak kau orang rasa macam ni? betapa loser-nye diriku di mata ibu-ibu sekalian alam. nak suruh kahwin cepat, sponsor lah anak. Haha !



Ciao

Realiti kehidupan seorang pelajar


Assalamualaikum & salam 1 Malaysia
#rasa macam nak bagi ucapan pulak.


Amboi amboi amboi (gaya Azwan Ali), sekarang kalau on Facebook je, bukan main lagi ye kau orang semua. Tahniah untuk semua yang dah konvo. Jelesnye kiteww tengok kau orang semua. Congratulations once again :) Ape ape? Tak sabar nak tengok turn aku pulak yang konvo? Haha, perasan gila, padahal takde sesape pun tanya pasal kau. Haha ! Aku konvo tahun 2013, amacam, sanggup tunggu?

Tahukan anda yang sebenarnya mereka daripada luaran nampak sahaja bergumbira tetapi dalam hati? Haa, itu yang kita tak tahu. Kenapa ya aku cakap tulis macam tu. 


This is so true, am I right?


Baru je jadi fresh graduate, tapi hutang dah banyak dah. Kalau sikit setakat berpuluh-puluh takpe, masalahnye beribu-ribu woi. #Justanopinion, aku rasa interest tu tak patut ada pun takpe. Ke patut? Kalau orang kaya raya confirm lah takde masalah punya. Tapi kalau dah kaya, mesti tak ambik loan dengan PTPTN  punya kan? Confirm PAMA (papa&mama) ni !

Ha, yang tu baru satu masalah dengan PTPTN. Yang kedua, masalah kerja. Masa konvo ada kawan-kawan yang dah dapat offer kerja. Tapi kita? Terpaksa lah membohong ye dak? Kalau tak malu lah depan kawan-kawan. Dah cerita, gembar-gemburkan dekat semua ni, dapat first class honour. Last-last, dapat second class lower je. Malu woi, malu ! Mana nak letak muka ala-ala Selena Gomez tak pun Justin Bieber ni weh? Itulah, time belajar, belajar betul-betul. Sekarang ni, ramai gila fresh graduate. Macam mana nak bersaing dengan orang lain? Tambah-tambah, yang baru balik dari overseas. Tapi diorang ni nak ke balik Malaysia kalau dah dapat kerja kat sana? Hrmmm.

Itulah, aku pun tak tahu lah macam mana nak mengharungi masa depan nanti. Dah la kerajaan dah umumkan tanak ambik pekerja baru buat masa sekarang. Entah la, kalau aku tak silap, maybe in this 2 or 3 years kot. Macam budak-budak tajaan JPA pun sama lah. Kalau kerajaan tak bukak peluang pekerjaan pun sama je. Tetap tak dapat kerja, even dalam surat perjanjian cakap kena kerja dengan kerajaan selama 6 tahun. So at the end, sama je. Aku rasa masing-masing kena pandai untuk tonjolkan diri & yang paling penting sekali soft skill kena bagus. Sekarang ni memang ramai yang pandai, tapi biasanya, diorang cuma tahu teori je. Tak tahu macam mana nak praktikkan in real life. Tak gitu? Eceh, cakap pung pang pung pang, kau memang terer lah kan Syaza?

Jadi, marilah kita bersama-sama menuju kepada kehidupan yang lebih baik (ayat, skema habis). Chalo betei ! Takkan nak jadi blogger sampai tua? Berapa sangat lah earning yang boleh dapat? Kalau aku sikit lah, kalau CikEpal ke, RedMummy tu lain cerita lah. Oh please, aku, kau, kita semua tanak jadi penghutang seumur hidup. Tidak ! I hope this is just a nightmare. Yeah, you wish.



Selamat membaca entry yang matang (kot) daripada Syaza Zul. Sekian.



Hell-o November !


Assalamualaikum & hello


Please say hello to me. Please say hello to me, please. Cer teka, ni dialog cerita ape? Dah la, tak payah teka. Biar aku je yang bagitahu, cerita I Am Legend. Oh, time cuti ni memang aku dah bekalkan banyak stok-stok movies untuk mengisi masa lapang. Amboi, relaks je kau kan? Bila cuti habis, memang jadual aku pack gila. Tutorials, assignments & midterm exam. Kadang-kadang aku pernah jugak terfikir, bila lah nak habis belajar ni.


Can I?


Nak tahu 1 cerita? Semalam kan aku gatal tangan, minda, & semua lah, pergi tukar ke blogskin. Nasib baik aku dah back up template aku ni, kalau tak naiya aku. Fuh fuh, nasib baik #lega.


p/s : harini tarikh cantik kan? kalau aku, dah lama dah pilih tarikh ni nak kahwin, muahaha #gatal.



Goodbye October & Hello November !