Selamat Hari Wanita


Assalamualaikum

Okay okay, slow down. Aku tahu yang Hari Wanita sebenarnya semalam kan? Tapi aku nak update entry harini. Ape de hal? Okay, kalau tak silap aku tema Hari Wanita tahun ni "Wanita penjalin perpaduan". Eh ke salah? So, tak kisah la korang bangsa ape, kulit warna ape, duduk kat mane, janji korang wanita. Aku nak ucapkan, SELAMAT HARI WANITA *hugs*.

Inspirasi aku sebagai seorang wanita berjaya ialah J.K Rowling. Huh, tak kenal? Alaa, yang tulis buku Harry Potter tu. Kenapa aku cakap yang J.K rowling tu wanita berjaya? Firstly, definisi berjaya bagi aku bukanlah sebab dia dapat kutip duit berjuta-juta setiap kali keluar cerita baru Harry Potter. Bukan bukan. Sebab dia mengharungi pelbagai cabaran dalam hidup dia sebelum bergelar seorang penulis buku yang berjaya. Tak percaya? Sila scroll down lagi.




 She is J.K Rowling

Dulu J.K Rowling ni kerani je & tak pernah terfikir pun pasal kehidupan mewah yang dia ade sekarang. Dia mula jadi penulis sebelum mak dia meninggal & tak pernah bagitahu pun mak dia pasal cita-cita dia tu. Memang menyesal sebab tak share benda tu dengan mak dia, tapi sebenarnya benda tu jugak lah yang membuatkan dia kuat seperti sekarang. Lepas dia bercerai dengan suami pertama, dia pindah & hidup macam orang susah dengan nak tanggung anak dia lagi. Dia cuma dapat duit dengan mengharapkan bantuan je. Lagi menyedihkan, masa tu pulak lah dia alami kemurungan. Kemurungan ni sejenis penyakit aka Depression.

Kalau korang perasan, J.K Rowling ni buat watak dalam buku dia sebenarnya semuanya berasaskan pengalaman. Contoh, akibat kemurungan tadi, dia dah cipta satu watak yang bernama, Dementors. Dementors ni kiranya kuasa jahat lah & dia akan menyedut keluar roh siapa-siapa yang masa tu dalam kemurungan. Harry Potter pun pernah menjadi mangsa Dementors ni.

Bila buku Harry Potter dah BOOM !, maksudnye jadi hits, buku ni pun di-filemkan. Well, siapa sangka, Box Office di seluruh dunia. Harry Potter/Daniel Radcliffe, pernah menjadi remaja paling terkaya. Tapi sekarang tak lah, sekarang Justin Bieber. Harry Potter & the Deathly Hallows pulak jadi filem paling laris. Bila tengok cerita Harry Potter tu, rasa macam tengok perkembangan diorang daripada kecik sampailah besar. Dulu Emma Watson tu comel comot-comot je, sekarang cungggg woi !




Ha, Tom Felton tu sebenarnya pelakon cerita Harry Potter lah. Ala, yang jadi Draco tu. Saje je tukar Comments tu jadi Tom Felton. Tom Felton kan hot ! Ah, gedikk *muntah*




Dear J.K Rowling, we'll miss your story.

p/s : lepas sahur aku tak boleh tidur, so taip entry lelaju

Happy reading :)

Disclaimer : Lain orang lain inspirasi & definisi pasal wanita berjaya. Ini personal opinion aku. Sekian. 

2 comments:

- abdul hadi abdul muti - said...

kesian harry potter tu. justin bieber dah replace. dia. haha

Unknown said...

Haha, tulaa pasal. Bieber fever !