Ingat perempuan je pisau cukur?


Assalamualaikum & hai

Sebelum baca entry ni, bapak-bapak & ibuk-ibuk amatlah dinasihatkan supaya tarik nafas yang panjang. Oh kepada ibu yang sedang mengandung, jangan risau. Selamat baca content dalam blog ni.

Pisau cukur? Hrmm, aku bukan nak buat preview pasal cerita Pisau Cukur, lakonan Aaron Aziz, Fazura & Maya Karin tu. Bukan bukan. Okay, biasanya term pisau cukur ni mesti dikaitkan dengan perempuan je kan? Alah, jangan tipu lah. Kan kaum Adam? Betul tak? Tapi dalam entry kali ni, aku bukan nak cerita pasal kaum Adam yang jadik mangsa tapi sebenarnya pemangsa.

Memang jarang nak dengar yang lelaki pun ade sebenarnya yang kikis duit perempuan. Well, it happened. Tapi nak mention kat sini, bukan SEMUA lelaki macam tu kan? Alah, korang yang baca blog ni semua baik-baik je kan? :') Aku pun bukan main agak je, sebenarnya ada la sorang ni, kawan aku jugak. Masa birthday dia, dia ade lah call aku. Pelik kan? Sepatutnya aku yang call wish dia punya birthday, tapi dah terbalik. Nevermind, bukan nak cerita pasal tu pun.

Then, borak lah macam biasa. Sebab dia ni pun DiGi user. Yeay ! DiGi murah weh, serius aku cakap. 

S : Awek bagi ape?
I : Tak tahu lagi, aku jumpa dia lah ni.
S : Eh, kat Perak ke? Banyaknye duit pergi sana?
I : Ape pulak? Dia kan kerja, so dia lah yang patut tanggung aku.

*******************************************

Aku pun macam, whatthehell?! Lelaki ape macam ni, duk kikis duit awek dia. Memang lah awek dia dah kerja & lagi tua lah daripada dia. Lebih kurang 3, 4 tahun lebih tua lah. Lagi satu dia cakap, memang secara logiknya dia couple dengan awek dia sebab awek dia dah kerja & boleh tanggung dia. Macam hahahahharaaammmm ! Ape ni, serius aku tak boleh nak terima. Alah, masa couple, semuanya indah. Kalau kentut pun bau wangi.

Dalam entry kali ni, aku nak bawak sorang ni, yang pernah terjadi pengalaman macam ni dalam kehidupan dia lah.

Sorry ye, gambar terpaksa censored. =.='

" Dulu masa mula-mula kenal, dia memang selalu pinjam duit saya. Tapi bf kan, bagi jela. Kadang-kadang kalau keluar, dia mesti bagi alasan macam-macam. Kena samun lah, guna duit untuk assignment lah, mak sakit lah. Hrmm, takdelah nak expect ape pun. Kawan-kawan saya banyak nasihatkan saya, tapi saya buta dek cinta. Lama-lama dia makin berubah, rupa-rupanya dia dah ade yang baru. Lepas tu baru saya sedar, banyak duit saya habis sebab duit. Tu pun duit PTPTN saya yang dia kerjakan."

So, itulah pengalaman yang telah dikongsi bersama. Hrmm. Masa bercinta, memang kita tak akan nampak semua tu. Bila dah putus, ha barulah rasa betapa pedihnya. I don't know, maybe this entry is a wake up call. Jangan terus buta kerana cinta ye kaum Hawa. Kita pun ade hak & maruah. Jangan biarkan kita terus diperkotak-katikkan.

Aku rasa macam aku tengah bagi ceramah untuk pencalonan MPP je, muahahaha. Tapi tak sesuai lah tajuk ni, kalau masalah student okay jugak.

Thanks sudi baca :)

4 comments:

Cik Areen said...

kite pernah ade pengalaman lbh kurg cani gak.

Unknown said...

Yeke Cik Areen? Pastu cmne?

ade2mama said...

alalala..cian nye dye..
next time aty2 ok:)
laki ny kdg duit kedekut ckit..!!!

aku jew x:P
hoyeiii???
huhu

Unknown said...

Haha, yela. Iyekan aje :P