Kenapa penat bila berpuasa?


Assalamualaikum bapak-bapak ibuk-ibuk,

Kenapa bila berpuasa mesti rasa penat? Kenapa? Why? Porke? Yela, buat kerja sikit je, "Alah penatnya, dah la puasa arini". Penat je mesti nak dikaitkan dengan puasa. Okay, nak tahu macam mana taknak bagi penat bila berpuasa. Nak tahu nak tahu? Pagi yang indah lagi ceria ni, Dr. Syaza akan share dengan korang macam mana nak kekal bertenaga bila puasa. *bajet bagus nak jadik Dr., belajar pun Acct je !

1. Sahur
Sahur ni haruslah bangun ye. Kalau tak bersahur macam mana nak dapat tenaga batin? Dalam Islam pun memang menggalakkan kita bangun sahur, walaupun sekadar minum air masak je. Makanan apa yang sesuai untuk dimakan ketika sahur? Okay, antara makanan yang disyorkan adalah ayam, daging, soya & kekacang. Lagi satu, banyakkan pengambilan air ketika bersahur. Faktor penting kenapa penat ketika bersahur adalah sebab kekurangan air dalam badan & bukannya kerana perut yang berkeroncong meminta disedekahkan nasi ye ! Elakkan makan makanan yang mengandungi garam berlebihan / minum kopi kerana ini akan mengakibatkan badan lebih cenderung untuk menyingkirkan air dalam badan. Dalam erti kata lain, kencing. Haha.

Fakta : Aku memang jarang bangun sahur. Lepas ni memang kena bangun !

 

2. Berbuka puasa
Mulakan berbuka puasa seelok-eloknya dengan memakan buah kurma. Lagipun, ini kan Sunnah Nabi :'). Kalau boleh, elakkan makan makanan yang berat secara terus menerus. Beri masa kepada perut untuk ‘warm up‘, dan gunakan tempoh tersebut untuk menunaikan solat maghrib terlebih dahulu. Yang paling penting, jangan lupa minum air masak sekurang-kurang 2-3 gelas. Kalau makan banyak sangat masa berbuka, nanti MALAS nak pegi terawih. Ye dak?

So, ini jela tips daripada Dr. Syaza untuk bapak-bapak, ibuk-ibuk kat luar sana #poyonakmampos. Ape korang ingat ni semua main-main ke? Takpe takpe, tak percaya? Aku ade testimonial, muahaha.


 


"Hai, saya Syaza. Umur saya 21 tahun, tinggal di Kuantan & masih belajar di Kedah. Alhamdullilah, sejak saya amalkan tips daripada Dr.Syaza, kehidupan berpuasa saya sentiasa sihat & segar. Malah, keluarga saya juga turut mengamalkannya"

Hahaha, takde maknenye testimonial ke ape ke. Sorryyyyyy =.='

p/s : aku bukan reka je tips semua ni, aku tengok website Kevin Zahri okay.

Thanks sudi baca & selamat beramal.

4 comments:

ade2mama said...

arini aku xsahur!!..:( sdih..
abis law xsahur..cmne plax..xkire aku nk tip cmne xnk pnt law xsahur..xkire ,crik2...hehehe

Unknown said...

Alaa, kau buat la entry mcm mane nk bg tak penat kalau tak sahur :P

ade2mama said...

:P
xde mse la aku..hehehe
aku nk ko crik k:P

Nor said...

berbuka kat masjid...lepas solat maghrib tempat mkn dh clear...padah ikut nasihat awk!!!