Ciri-ciri blog yang baik


Assalamualaikum

Adakah aku berhak nak cakap pasal benda ni? Yela, macam lah blog aku bagus sangat kan #perasanbagus. Tapi takpela, aku nak bagitahu jugak, muahaha. First sekali yang paling penting, aku rasa setiap readers mesti akan tengok korang punya background/template. Betul tak? Jadi seelok-eloknya, janganlah background terlampau serabut. Ye, memang semua orang nak blog jadi cantik, comel, kawaii gituuu. Cuma, jangan serabut sangat. Nanti orang susah nak baca. Kalau simple kan lagi menarik?



Kedua pulak aku rasa, tulisan dalam blog. Maksudnya, font apa yang korang gunakan. Tak payah lah nak guna tulisan berangkai ke ape ke, yang orang memang susah nak faham. Lagi 1, janganlah buat tulisan tu jadi kecik sangat. Aku yang tak rabun ni pun, boleh rabun tahu tak? Ha, lagi satu, tak payah nak duk short form sangat. Sorry lah, aku tak faham. Kalau orang lain faham tu aku tak tahu lah.

A : Alala, titew windu awark.
B : Titew pun windu cangat-cangat.
.................................................................................................................  
(Whatsoever)

Isi kandungan blog kenalah menarik. Tak ramai yang suka baca pasal politik ke ape ke. Lagi 1, jangan bangkitkan isu sensitif. Ni kalau update je, mesti cerita pasal boyfriend/girlfriend. Percayalah tak ramai yang nak baca. Lain lah kalau kau orang tu, Elia si Jejari Runcing. Semua orang duk baca blog dia je, nak tahu ape jadi pasal dia dengan Khairul Fahmi. Kan?

 Blog janganlah terlampau berat, nanti lama nak loading. Bila dah lama loading, nafsu untuk baca blog tu terus mati tahu? Widget-widget dalam blog tak payah banyak sangat, dengan glitter-glitter lagi. Iye, aku tahu memang cantik, sangat cantik. Tapi nanti blog akan jadi berat. Lagu pun aku rasa better tak payah letak. Lagi lah kalau blog ni yang memang automatik bukak new tab, tanak bising pulak kan dengan lagu yang sama pastu clash. Bingit tahu?

Dan yang paling penting sekali aku rasa, berblog lah kerana minat. Bukan sebab nak kejar earning ke ape ke. Sebab nanti, tujuan untuk berblog tu akan lari. Memang lah sape tanak earning, BE semua tu kan? Tapi semua tu macam side income. Barulah lebih bermotivasi untuk berblog. Okay?

Lagi aku rasa takde dah lah kot. Ni je lah yang aku rasa buat masa ni. So, kepada sape-sape yang rasa baru lagi dalam dunia blogging ni, ni jela tips yang aku boleh bagi #bajetbloggerfemes. Teruskan berblog. Majulah bloggers untuk negara ! Tagline macam Advertlets pulak kan? Haha.


Thanks sudi baca & spread the

8 comments:

Ken Wooi said...

content paling important :)

Unknown said...

Betul betul betul :)

ade2mama said...

blog aku ok x????

Unknown said...

Tanya aku pulak, okay la tu bagi aku :)

the88 said...

ok xblog saya???

follow sy disini
http://the88photography.blogspot.com/

Ahmad Uzair said...

setuju!

Unknown said...

@the88 Okayyy ! Banyak gambar, suka. Eh, stay dekat Beijing ke? :)

Unknown said...

@Ahmad Uzair Yeay, ade geng ! :)