Selamat Hari Wanita


Assalamualaikum

Okay okay, slow down. Aku tahu yang Hari Wanita sebenarnya semalam kan? Tapi aku nak update entry harini. Ape de hal? Okay, kalau tak silap aku tema Hari Wanita tahun ni "Wanita penjalin perpaduan". Eh ke salah? So, tak kisah la korang bangsa ape, kulit warna ape, duduk kat mane, janji korang wanita. Aku nak ucapkan, SELAMAT HARI WANITA *hugs*.

Inspirasi aku sebagai seorang wanita berjaya ialah J.K Rowling. Huh, tak kenal? Alaa, yang tulis buku Harry Potter tu. Kenapa aku cakap yang J.K rowling tu wanita berjaya? Firstly, definisi berjaya bagi aku bukanlah sebab dia dapat kutip duit berjuta-juta setiap kali keluar cerita baru Harry Potter. Bukan bukan. Sebab dia mengharungi pelbagai cabaran dalam hidup dia sebelum bergelar seorang penulis buku yang berjaya. Tak percaya? Sila scroll down lagi.




 She is J.K Rowling

Dulu J.K Rowling ni kerani je & tak pernah terfikir pun pasal kehidupan mewah yang dia ade sekarang. Dia mula jadi penulis sebelum mak dia meninggal & tak pernah bagitahu pun mak dia pasal cita-cita dia tu. Memang menyesal sebab tak share benda tu dengan mak dia, tapi sebenarnya benda tu jugak lah yang membuatkan dia kuat seperti sekarang. Lepas dia bercerai dengan suami pertama, dia pindah & hidup macam orang susah dengan nak tanggung anak dia lagi. Dia cuma dapat duit dengan mengharapkan bantuan je. Lagi menyedihkan, masa tu pulak lah dia alami kemurungan. Kemurungan ni sejenis penyakit aka Depression.

Kalau korang perasan, J.K Rowling ni buat watak dalam buku dia sebenarnya semuanya berasaskan pengalaman. Contoh, akibat kemurungan tadi, dia dah cipta satu watak yang bernama, Dementors. Dementors ni kiranya kuasa jahat lah & dia akan menyedut keluar roh siapa-siapa yang masa tu dalam kemurungan. Harry Potter pun pernah menjadi mangsa Dementors ni.

Bila buku Harry Potter dah BOOM !, maksudnye jadi hits, buku ni pun di-filemkan. Well, siapa sangka, Box Office di seluruh dunia. Harry Potter/Daniel Radcliffe, pernah menjadi remaja paling terkaya. Tapi sekarang tak lah, sekarang Justin Bieber. Harry Potter & the Deathly Hallows pulak jadi filem paling laris. Bila tengok cerita Harry Potter tu, rasa macam tengok perkembangan diorang daripada kecik sampailah besar. Dulu Emma Watson tu comel comot-comot je, sekarang cungggg woi !




Ha, Tom Felton tu sebenarnya pelakon cerita Harry Potter lah. Ala, yang jadi Draco tu. Saje je tukar Comments tu jadi Tom Felton. Tom Felton kan hot ! Ah, gedikk *muntah*




Dear J.K Rowling, we'll miss your story.

p/s : lepas sahur aku tak boleh tidur, so taip entry lelaju

Happy reading :)

Disclaimer : Lain orang lain inspirasi & definisi pasal wanita berjaya. Ini personal opinion aku. Sekian. 

Bertudung sekadar fashion?


Assalamualaikum

Aku tergerak hati nak tulis entry ni lepas baca blog Maria Elena. Siapa tak kenal Maria Elena? Semua orang kenal, dengan perangai dia yang gila-gila tu kan. Tapi takde lah sampai kenal in person macam tu. =.=' Entry dia yang terbaru tu aku memang suka gila, korang dah baca belum? Better korang baca lah, kalau nak baca klik SINI.

Okay, ini fakta ye. Sebelum ni aku jadik dia punya silent reader je & follow pun tak. Lepas aku baca entry dia yang tu, aku terus jadik follower dia. Bayangkan 5k orang like. Gila woohhhh ! Its was beautifully written by her & I couldn't agree more. Ni aku punya personal opinion lah, kalau korang aku tak tahu. Ape yang dia tulis tu semua betul. Pasal nak berfashion, photoshoot, then upload dekat laman sosial, pastu ramai orang duk puji-puji.

Well, sekarang kan macam trend berselendang-selendang bagai. Ehem, termasuk lah aku pun. Tapi kalau nak lihat daripada sudut positif, lebih ramai orang yang bertudung. Tapi sebenarnya, bertudung tu untuk ape? Sekadar berfashion? Okay la aku bagi contoh, kalau time nak ke kelas ke, dah macam jadi competition tau. Nak tahu sebab ape? Sebab time ke kelas lah nak dijadikan platform siapa lagi fashionista, style, cantik. Dalam Harian Metro pun pernah tulis pasal benda ni, "pelajar IPT berlumba-lumba dalam berfashion".

Gaya aku cakap, macam aku bagus sangat je kan? Aku mengaku, aku pergi kelas pun berselendang jugak. Tapi kalau lambat & aku malas nak iron, aku pakai je tudung Syria. Alamak, aku dah meng-kantoikan diri aku sendiri. Ye, aku memang malas iron pun. Bluekkk !






Bukti, aku pun pakai jugak selendang ke kelas.


Biasanya kalau takde kelas ke cancel ke, takpun ponteng, aku duduk je ah dalam bilik pastu online. Bukannya online ape, semuanya blogshop. Konon-konon nak jadik up-to-date lah sangat *tangan didada mata ke atas*. Tapi bila aku baca blog Maria Elena tu buat aku pikir balik. Kenapa nak jadi cantik dekat mata manusia yang lain? Kan lagi bagus jadi cantik di mata Allah. :)

Aku pun manusia biasa & selalu alpa. Kadang-kadang tak sedar ape yang kita buat tu sebenarnya salah. Bila dah berfashion sangat pun, boleh bawak kepada riak & takabur. Yelah, macam "Hello, aku up-to-date okayyy !. Kau mana layak kawan dengan aku"." Dah la pakai baju entah ape-ape." Sebenarnya aku tak layak pun nak tulis entry ni, sebab aku pun buat salah. Tapi takde salahnye kalau kita saling ingat-mengingati kan?

p/s : aku malas nak watermark ke ape ke, sebab takde sape nak ambik gambar aku punya. Bajet blogger femes ah, euuuwww euuuwwww.

p/s/s : I love Maria Elena.

Happy reading :)

Wordless Wednesday






A letter to myself


Dear Syaza,

I don't know what happened to you lately. Seriously. You seems so down. I know you have problem, don't you? Syaza, you know what is the hardest part in life? True, making decision is the hardest. We don't even know what is the best for us. In your problem, you don't know whether to be or without him is the best.

Time passes, people leave. But please, bear in your mind. Allah is always with you & same goes to me. Don't you ever lose your faith in Him. He knows what the best is for all of us. There is no time to regret. Life is too short to regret. Enjoy your youthful life because you'll never be at this age again. Just take the challenge no matter how hard it is. Do you want to know what your problem really is? Your problem is, you like to think too much.



Before you love other, you need to loves yourself. I know, you're good at hiding your feelings. Sometimes, we have to be honest with ourselves. Syaza, please do not lie to me. I know you always cry in your sleep & while taking a shower. Yes, I know the best place to hide our tears is in shower. Why? It is because that is the only place we can't differentiate whether it is tears or water.




I don't know, maybe this is the best way to tell you that, you're worth it. Don't treat yourself likes this. Whatever happens, stay strong. I'll support what path that you'll takes after this. InsyaAllah, everything gonna be fine. Trust yourself. Sometimes we need to do wrong, so that it can teach us what life really is


Regards,
The old Syaza.


p/s : I know my grammar is bad. Sorry.

Doodle untuk raya


Assalamualaikum




Comel tak doodle kite?


Sedar tak sedar, tinggal lagi seminggu je lagi kan nak puasa. So, aku rasa, tak la cepat sangat nak cakap Selamat Hari Raya ! :) Jeles tak dengan doodle kite? Tolonglah percaya yang aku buat sendiri. Bluekkk ! *muntah* Takdelah, sebenarnya apit ni bagi doodle free kat semua followers dia. So, ape lagi cepat la jadi followers apit & boleh dapat doodle free. Bukan ade doodle perempuan je tau, lelaki pun ade. Korang boleh pilih colour ape korang nak. Sebab ade colour, pink, merah, biru, oren & etc. Amacam teruja tak? Kalau korang nak doodle macam aku punya, korang boleh klik SINI.


Thankyou for reading :)

Jom ping blog anda


Assalamualaikum

Ping ping ping, pingu pingu ! Okay, pingu tu iklan je. Tahu tak ping tu ape? Ping tu kiranya macam, bila korang ade update entry dekat blog korang & korang nak bagi orang lain tahu yang korang dah update. Paham tak? Ayat aku macam berbelit-belit je kan? Whatever lah. Kenapa perlu nak ping ping pom pom semua ni?


Okay, sebab ape blog kurang komen. Kalau nak baca entry tu, sila ke SINI. Secara logiknye lah kan, kalau orang tak tahu korang update, macam mana diorang ni nak ke blog korang & baca ape yang korang update? Haa, betul tak? So, antara solusi masalah ni adalah ping blog anda ! Selain daripada tu, korang pun boleh dapat trafik jugak. Okay, meh la aku list-kan beberapa website yang aku tahu lah eh.


1. GengBlogger
Ramai yang guna platform ni nak ping blog. But guess what? At least ade lah orang yang blogwalking datang ke blog kita ni kan. Daripada tak dapat ape.

2. Oh!Belog
Oh!Belog ni pun okay jugak. Tapi korang kena letak widget dalam blog korang. Alah, letak je pun. Takkan nak suruh orang je datang blog korang, orang lain pun sama jugak.

3. Apesal.com
Apesal.com ni lebih kurang macam Oh!Belog aku tengok. Aku pun tak pasti sama ada diorang ni sama ke ape ke? Jangan lupa jugak, letak widget dalam blog korang. Korang boleh lah tengok contoh dalam blog aku, yang dekat hujung sekali tu.

4. IluvBlog
IluvBlog/Woot woot ni pun medium sama yang selalu blogger gunakan. Tak rugi pun kalau ping blog ni

5. Blogged.my

6. Komuniti-blogger

7. Kelab Ben Ashaari
Kelab Abg Beng beng boom ni sebenarnya dekat Fb. Korang boleh lah share korang punya blog dekat sana. Tapi Abg Ben dah tegaskan awal-awal dah, dekat situ takde istilah 'Artis', semua blogger sama je. Cayalah Abg Ben kita ni.

8. Innit
Innit ni sebenarnya program daripada Nuffnang. Tapi sebelum korang ping blog korang tu, korang kena dapat Glitterati status. Semua pun dah tahu kan maksud Glitterati tu ape kan? Maksudnye kat sini, tak boleh ade iklan lain selain Nuffnang dalam blog korang tu? Okay?



Aku dengan bangganye nak bgtahu aku punya earning 75 sen.
Hahahaha, BOOOOOO !

9. Busuk


Erm, tu jela kot yang tempat biasa yang aku ping. Tapi aku rasa medium yang paling berkesan sekali Fb lah. Tapi aku tak suka sangat ping dekat Fb sebab entah. Tapi aku rasa, mesti banyak lagi tempat yang korang selalu ping blog kan? Aku bukannye tahu sangat pun.


Kalau korang rasa nak blogwalking tapi tak tahu nak ke blog siapa, korang boleh klik SINI. Ade senarai blog kat Malaysia ni sebanyak 1400 blog. Ha, tak ke banyak tu? Senang nak blogwalking. Aku punya blog nombor 1165 :)


Okay, tu jela kot entry pasal ping blog ni. Ha, puasa tu jangan lupa. Jangan curi-curi makan pulak.


Happy reading :)

Template untuk blogger


Assalamualaikum

Nak dapat blog yang cantik, siapa taknak kan? Korang dah try macam-macam tutorial dah, tapi still tak dapat ape yang korang inginkan. Confirm penat kan, duk tukar code tu lah, ni lah, tapi bila preview lain jadinye.
Okay, dalam entry ni, aku nak bagi contoh website yang bagi template cantik-cantik plus FREE.


Aku tahu, ramai antara blogger yang guna template daripada website ni. Dekat sini, korang boleh pilih template macam mana yang korang nak & boleh pilih sama ada nak 2 column/ 3 column.






Website ni pun ade jugak sediakan template yang cantik-cantik. Senang je, korang kena download code & install.

p/s : nak copy gambar, tapi tak boleh sebab copyright.


Aku suka template daripada website ni. Semua comel-comel, geram je tengok.





Kalau template yang ni, comel gitu, sebab ade burung. Untuk korang yang suka benda comel lote, okay lah website ni.






Ni jela antara website yang membekalkan template yang comel plus FREE gitu. Senang je, tak payah pusing-pusing kepala, download code & install. As easy as facebook-ing :)

Happy reading & selamat berbuka.