Pesta Konvokesyen UUM


Assalamualaikum

Seperti yang kau orang tahu, aku tahu kau orang mesti akan cakap kau orang tidak tahu. Tapi kalau kau orang dah tahu, confirm aku tak akan menaip entry ni sekarang. Ah, apa yang aku carutkan ni? Ayat macam nak makan kaki je. Okay, serius. Sekarang dah bermula pesta konvokesyen. Aku pun join tapi bukanlah sebagai student yang memakai jubah berwarna biru sambil memegang sebuah skrol di tangan. Aku pergi pun sebab aku masuk perarakan konvo. Kalau kau orang nak tengok aku konvo, kau orang kena stay tuned dengan blog aku. Okay? Nah, cium sikit :*

Macam biasa lah, bila konvo haruslah ade special guest, VIP. Oh, tersangatlah henseng orangnya. Muka licin, bersih & asyik senyum je. Siapa lagi kalau bukan Datuk Mukhriz Tun Mahathir. Lepas tu, ada lah pertunjukkan tarian, abang-abang motor besar, kawad & perarakan. Part yang paling best masa pertunjukkan payung terjun la. Gila cool abang-abang ni bawak payung terjun. Biasanya, kalau konvo, kitorang akan ada pertunjukkan kapal terbang. Tapi bahaya kot, sebab dah 2 kali ada insiden kapal terbang terhempas. Trajis bukan?

HUJAN pun ada datang buat persembahan masa malam pembukaan. Fuh, gila woi ! First time gua tengok HUJAN live depan mata ! Lu ada? Haha, bajet cool ah cakap gua-gua ni? Okay, sungguh tak cool perempuan bertudung cakap gua lu #pendapat aku. Aku pergi lambat sikit lah tengok diorang perform. Maksudnya aku duduk dekat belakang-belakang jela. Tapi disebabkan ketinggian aku 153cm & berat aku 42kg aku & kawan-kawan aku memang senang lah nak menyelit. Motif nak bagitahu tinggi & berat #booooo ! Tapi kau orang boleh bayangkan tak, bila aku dah sampai depan sekali, budak-budak lelaki ni dah macam histeria tahu takk? Duk terloncat-loncat, macam ape je. VIP semua duduk je kat atas stage, student je yang macam nak gila tengok HUJAN. Diorang ni pun, padahal dekat stadium je pun, ingat ni kau orang punya gig lah? Aku dapat bertahan kejap je, tak sanggup lah nak tengok lama-lama. Fanatik sangat masalahnye =.='

Eh, Wordless Wednesday tiba-tiba?
Bagi aku kalau takde gambar macam tak menarik je entry, ye dak?
Tapi tak jugak, yang penting content, barulah menarik.

Gambar hujan ada kalau kau orang nak tengok, pergi google sendiri lah senang. Sebabnya susah tahu nak ambik gambar, dah lah keadaan tak selesa. Dengan suksis lagi yang control tempat tu. So, tu jela karangan aku untuk harini. Yang bertajuk, jika aku berada di pesta konvokesyen. Sekian.


Nay or Yay?

6 comments:

puteraduyong said...

kat malaysia ni...senang nak tengok "hujan"... hampir sepanjang tahun... ;)

Syaza Zul said...

Hahaha, sama lah kat sini. hari-hari pulak tuu. :P

ROJAK said...

alo lo comelnya senyum macam tu

Syaza Zul said...

Haha, comel la sangatttt.

ade2mama said...

hujan tu eheh
ade mintak sains dye x..eheheh

Syaza Zul said...

Takde pun, jauh la nak mintak. suksis yang jaga tak bagi dekat dengan diorang.