Assalamualaikum
Hujan-hujan ni best jugak nak layan perasaan sendiri. Oh, sepatutnye aku ade kelas harini, tapi first week biasanya minggu untuk add drop so kelas pun tak official lagi lah. Entry aku kali ni akan lebih untuk menyentuh perasaan korang. Entah, mungkin akan lebih kepada pengalaman aku sendiri. & disebabkan aku perempuan, persepsi aku untuk menjadi setia adalah lelaki.
Kenapa lelaki perlu setia? Perlu ke nak setia untuk perempuan yang belum tentu halal bagi dirinya? Tapi apa lah salahnye untuk belajar dari sekarang. Oh, aku lupa. Kau mempunyai 4 kouta. Itulah alasan kau, lagipun bagi kau , sekarang muda lagi. Kau belum puas merasai nikmat dunia. Tak begitu? Ah lelaki semuanya sama, aku bukan nak jadi stereotype tapi kebanyakkan lelaki memang macam tu. Tapi bukan semua.
Contoh sekarang lah, sekarang kan zaman kemajuan teknologi. Social network yang paling femes, Facebook, untuk yang ber-couple, lovey dovey ni, semestinya nak tahu password masing-masing. Tak gitu? Macam dah jadi ritual yang wajib untuk yang mempunyai pasangan. Tapi bila dah tahu password, mula lah kau hari-hari stalk facebook si dia. Tengok dia chat dengan siapa, message & wall post. Kalau kau tengok dia add perempuan, mula lah kau melenting. Konon-konon dia dah ade yang lain. Tapi ade jugak yang bagi password facebook & facebook dia tu memang clean. Maksudnye takde lah berlaku ke-curang-an. Rupa-rupanya, si dia ade 2 akaun untuk Facebook. Mungkin dia fikir aweknya tu buta IT. Well, it's wrong my dear. Kau fikir sekarang zaman kuno yang mana perempuan langsung tidak tahu ape-ape? Okay, ini tips, nak tahu password, sila klik options>options>security>show password. Tapi ini untuk Firefox je.
Akaun yang kedua, Ya Allah, terperanjat boboy. Siap ade janji temu semua, nak jumpa dekat tempat ni, siap ajak suruh kawan temankan lagi. Pakwe yang selama ni ter-sangatlah baik di mata si awek, kawan si awek & jugak keluarga si awek, rupa-rupanye sangatlah berbeza, 360 degrees of different. Can you imagine how it feels?
Itu baru satu contoh pasal social network. Kalau untuk yang long-distance relationship lagi lah susah. Kalau rasa kepercayaan & kesetiaan tu masih belum menebal baik tak payah lah. Kau tahu ke ape yang dia buat masa kau takde? Kau percaya semua yang dia cerita dekat kau? Mungkin bukan 100% tipu tapi berapa percent je yang betul? Kau tahu? No, you didn't know. Sampailah semuanya dah terbongkar.
Kepada pakwe-pakwe sekalian, kau sampai hati ke nak tipu awek-awek kau orang ni? 1 jela yang aku nak bagitahu, kalau dah ter-kantoi semua tu, mengaku jela. Kan senang, bukan susah pun. Ni tak, nak jugak tegakkan benang yang basah kuyup tu ha. Tak paham betul aku, ade jugak manusia macam ni.
So, the best way, masa belajar ni belajar betul-betul. Jangan nak duk gatal sangat nak ber-couple lah ape lah. Nanti kang effect study pulak dengan bermacam-macam masalah. Betul dak
p/s : Im not a stereotype person. Thankyou.
Thankyou for reading :)
6 comments:
law xsetia..cmne nk rse kenikmatan bercinta n kasih syg:)
*xgune law setia pda cinta law xsetia pada yg ESA:)
Betul betul :)
kalau akak syg tu org, tp tu org syg org lain, apa akak buat? )': Hmmm
Erm, tak tahu. Tapi confirm sedih kan? Tapi the best way, just let him go. Nanti kang lagi sakit.
Sgt sedih. But then itu kemarin dulu. Haha. And now, I have to move on :'3 Even it's hard for me. Kalau ada jodoh takkan ke mana kan? Eseh :D
@Farah Syafiqah So, how do you feel right now? Lagi okay kan? :)
Post a Comment