Sambutan Hari Malaysia peringkat UUM


Assalamualaikum

Semalam telah diadakan sambutan Hari Malaysia bagi peringkat universiti. Dekat UUM ni, ade 14 DPP ( Dewan Penginapan Pelajar), so semua DPP ini mengambil bahagian. Antara aktiviti yang dianjurkan semalam, kawad, kereta berhias, sorakan, pentomen, sajak & koir. Walaupun aku dah 3rd year, sem 5, tapi aku still lagi join aktiviti dekat universiti. Yela, kalau aku tak aktif nanti, aku kena buang kolej. Gilaa, taknak aku !

Aku join aktiviti sorakan tu jela. Oh, tolong jangan tanya kitorang menang ke tak. Sebabnya, DPP kitorang cuma MENANGgung kekalahan je. Sedih tahu, punya lah semangat semalam. Tapi takpela, masuk pun suka-suka je. Apa yang bestnye, dapat conteng-conteng muka. Aku rasa macam pergi tengok World Cup pulak. Yela, excited punya pasal.

Entah kenapa, aku rasa muka aku macam alien.
Panjang semacam je =.='

Itulah yang aku maksudkan conteng-conteng muka tu. Macam nak tengok World Cup je kan? Tapi World Cup lambat lagi, Euro 2012 jela. Aku lupa kan nak bagitahu nama DPP aku? Okay, aku mewakili DPP Tradewinds.




 Harus lah ade muka yang membajet comels dalam alam semesta !


Senang je jadi tukang sorak ni, duduk aje dekat kerusi. Bila perbarisan Tradewinds agak-agak nak jalan, kitorang punya buat la sorakan. Go Tradewinds Go, Go Tradewinds Go, Oh yeah Oh yeah Oh yeah.


Antara kereta berhias yang bertanding malam tadi.

Yang ini paling menarik & mendapat anugerah khas juri.
Diorang ni semua foreigner & stay di DPP Maybank.
Walaupun diorang ni foreigner, tapi still jugak join aktiviti macam ni.
Siap kibarkan bendera Malaysia & Negeri Kedah lagi.
Memang patut mendapat pujian :)

Oh, ini maskot DPP TM.

So, tu jela yang aku nak share dengan korang macam mana kitorang sambut Hari Malaysia semalam. Kalau korang pulak macam mana? Mesti lagi patriotik bukan?


p/s : credit kepada Zila untuk semua gambar.



Happy reading

6 comments:

Rara. said...

waaaa,bestnya. dah lama raasanya tak merasakan suasana macam tu. ada kereta berhias lagi tuuu :)

Unknown said...

Tulaaaa, best kan? :)

Anonymous said...

nampak macam best arr ^^

Unknown said...

Bukan nampak, tapi memang bestttt ! hehe :)

ade2mama said...

emmm aku xdpt pown nk rse cm ny sob3 heeh

Unknown said...

Nak rasa macam ni, meh la datang U aku. haha