Happy Merdeka & Malaysia Day !


Assalamualaikum

Alhamdulillah, sekali lagi kita dapat mengecap kemerdekaan di bumi yang bertuah di Malaysia ini. Oh, sepatutnya kita menyambut kemerdekaan pada 31 Ogos yang lepas, namun pada tahun ini kita menyambutnya sekali dengan Hari Malaysia pada hari ini, iaitu 16 September. Korang tahu kenapa hari ini digelar Hari Malaysia? Hari ini digelar Hari Malaysia sebabnya, pada tanggal inilah Semenanjung Tanah Melayu bergabung dengan Sabah & Sarawak. Paham?


 Aku rasa kita sepatutnya bersyukur sebab dapat tinggal di bumi yang cukup aman ni. Kenapa aku cakap macam tu? Yela, kita semua dapat keluar rumah dengan senang hati, dengan lenggang kangkung tanpa ada perasaan takut dibom atau ditembak dengan peluru sesat. Tak gitu? Selain tu, kau orang dapat lepak-lepak dekat kedai mamak, sambil menyaksikan perlawanan bola Malaysia vs Indonesia. Masa tu, korang kawan ke tak kawan ke, tapi disebabkan korang orang Malaysia, semua pun bersama-sama. Bersorak untuk kemenangan Malaysia. Ape tak cukup bertuah lagi ke tu?

Bagi aku, Malaysia dah mempunyai sejarah yang cukup menarik untuk dikongsi di pentas dunia. Bukan maksud aku, aku bangga kita dijajah. Tapi sekurang-kurangnya, itu sebagai satu titik hitam, agar rakyat Malaysia bersama-sama mempertahankan kedaulatan negara. Tapi satu jela yang aku nak pesan, jangan pernah menukar sejarah Malaysia. Lainlah kalau kau nak tukar masa depan yang belum pernah berlaku. It's acceptable lah kan. *hint hint*

 

Dekat Malaysia kita ada variety of foods. Tak kisah lah kau Melayu, Cina, India & lain-lain, semua orang makan Nasi Lemak for breakfast. Itulah yang menariknya, iaitu apabila ada perbezaan. Makan guna tangan ke, sudu ke, chopstick ke, kita semua sama. We are all Malaysian. Sebenarnya, banyak lagi kan perkara yang menarik dekat Malaysia ni, tapi hari ni aku fokus dekat makanan jela. Kalau aku fokus dekat semua aspek, confirm entry aku akan jadi super panjang & korang pun malas nak baca. Kan?

So, tak kisah lah kita ni kulit warna apa, cakap guna bahasa apa, makan guna apa, kita semua tinggal di Malaysia. All we need is to give some respect to others. Kalau tak boleh nak hormat sesama kita, macam mana nak aman? Lastly, Happy Merdeka & Malaysia Day ! *hugs*

p/s : Ooh, dah rasa cukup Malaysia ye? Jom jawab kuiz ni, ade bran? Klik SINI.


Thankyou for reading, much love

No comments: