Pesta Konvokesyen UUM


Assalamualaikum

Seperti yang kau orang tahu, aku tahu kau orang mesti akan cakap kau orang tidak tahu. Tapi kalau kau orang dah tahu, confirm aku tak akan menaip entry ni sekarang. Ah, apa yang aku carutkan ni? Ayat macam nak makan kaki je. Okay, serius. Sekarang dah bermula pesta konvokesyen. Aku pun join tapi bukanlah sebagai student yang memakai jubah berwarna biru sambil memegang sebuah skrol di tangan. Aku pergi pun sebab aku masuk perarakan konvo. Kalau kau orang nak tengok aku konvo, kau orang kena stay tuned dengan blog aku. Okay? Nah, cium sikit :*

Macam biasa lah, bila konvo haruslah ade special guest, VIP. Oh, tersangatlah henseng orangnya. Muka licin, bersih & asyik senyum je. Siapa lagi kalau bukan Datuk Mukhriz Tun Mahathir. Lepas tu, ada lah pertunjukkan tarian, abang-abang motor besar, kawad & perarakan. Part yang paling best masa pertunjukkan payung terjun la. Gila cool abang-abang ni bawak payung terjun. Biasanya, kalau konvo, kitorang akan ada pertunjukkan kapal terbang. Tapi bahaya kot, sebab dah 2 kali ada insiden kapal terbang terhempas. Trajis bukan?

HUJAN pun ada datang buat persembahan masa malam pembukaan. Fuh, gila woi ! First time gua tengok HUJAN live depan mata ! Lu ada? Haha, bajet cool ah cakap gua-gua ni? Okay, sungguh tak cool perempuan bertudung cakap gua lu #pendapat aku. Aku pergi lambat sikit lah tengok diorang perform. Maksudnya aku duduk dekat belakang-belakang jela. Tapi disebabkan ketinggian aku 153cm & berat aku 42kg aku & kawan-kawan aku memang senang lah nak menyelit. Motif nak bagitahu tinggi & berat #booooo ! Tapi kau orang boleh bayangkan tak, bila aku dah sampai depan sekali, budak-budak lelaki ni dah macam histeria tahu takk? Duk terloncat-loncat, macam ape je. VIP semua duduk je kat atas stage, student je yang macam nak gila tengok HUJAN. Diorang ni pun, padahal dekat stadium je pun, ingat ni kau orang punya gig lah? Aku dapat bertahan kejap je, tak sanggup lah nak tengok lama-lama. Fanatik sangat masalahnye =.='

Eh, Wordless Wednesday tiba-tiba?
Bagi aku kalau takde gambar macam tak menarik je entry, ye dak?
Tapi tak jugak, yang penting content, barulah menarik.

Gambar hujan ada kalau kau orang nak tengok, pergi google sendiri lah senang. Sebabnya susah tahu nak ambik gambar, dah lah keadaan tak selesa. Dengan suksis lagi yang control tempat tu. So, tu jela karangan aku untuk harini. Yang bertajuk, jika aku berada di pesta konvokesyen. Sekian.


Nay or Yay?

Wordless Wednesday - The correct way to use the toilet



Assalamualaikum



Easy to understand right?
But it's too hard to do.

Heart it? Like it.

Manusia tidak pernah bersyukur


Assalamualaikum

Ramai antara kita yang sebenarnya masih belum bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang. Tak gitu readers? Kenapa lah aku ni hidup miskin, tak kaya macam Mizz Nina? Kenapa lah aku ni tak cantik macam Lisa Surihani? Kenapa lah aku ni tak pandai macam kawan-kawan yang lain? Kenapa lah aku ni kaki bangku, tak pandai main bola macam Safee Sali? Kenapa lah aku ni takde kereta Ferrari macam Tony Fernandes? Manusia memang begitu. Tidak pernah bersyukur dengan nikmat yang ada. Ye, juga sama seperti aku yang hanya insan biasa. 

Okay, sekarang ni aku nak tanya kau orang soalan & mesti jawab soalan ni.

1. Who is the top 5 richest in the world?
2. Who is the latest Miss World?
3. Who is the winner for Nobel Prize?



***************************************************


So, macam mana? Boleh jawab tak ketiga-tiga soalan tersebut? Tak boleh, susah sangat? Eh, tadi cakap kisah sangat nak jadi cantik, nak jadi kaya & nak jadi pandai? Tapi kenapa sekarang tak boleh jawab soalan yang aku tanya? Speechless?

Okay, sekarang aku tukar pulak soalan tersebut & mesti jawab jugak.

1. Who is the person that will always by your side?
2. Give me the 3 name of your teachers?
3. If you sick, who will take care of you?




**************************************************


Soalan yang ini lagi mudah kan? Bila baca soalan je confirm there is a name that popped up in your mind. Kan? Faham tak apa yang aku cuba nak sampaikan? Winners soon will be forgotten, title & money wouldn't last forever but good memories does. Kenapa kita tak pernah nak menghargai diri sendiri & orang disekeliling kita? Self esteem haruslah tinggi & jangan terlalu merasa rendah diri dengan apa yang kita miliki sekarang. Iye, aku tahu, tiada salahnya nak menjadikan mereka sebagai idola. Sebagai penanda aras untuk kita berjaya. Tetapi jangan sampai kita melupakan siapa sebenarnya yang telah memberi kita dorongan sehingga berjaya ke tahap tersebut.




 
Manusia memang sering melakukan khilaf & itu memang lumrah. Tetapi manusia dikurniakan akal untuk berfikir. 





Heart it? Like it.

Happy Birthday Ajun

Assalamualaikum

I know, it's a long hiatus since my last update. Well, I'm kinda busy with study thingy #alasan. Sebenarnya aku tak tahu nak update pasal ape. Lagipun aku kelas pukul 8 sampai pukul 5. Kalau gap kejap-kejap tu, aku malas lah nak balik bilik. Membazir masa je nak jalan kaki segala. Ha, semalam birthday roommate aku, Ajun. C'mon guys, wish her a very Happy Belated Birthday :) So, kitorang pergi Alor Star nak sambut birthday dia semalam. Oh btw, Johnny English is a must-watch movie & I really mean it. Ter-sangatlah kelakar okay. So, aku pun malas nak taip panjang-panjang, bajet kau orang semua rajin pulak nak baca. Enjoy the pictures because I believe a picture worth a thousand words. Ayat nak sedap hati je, padahal aku malas.



Our birthday girl, Ajun.


This is what we called \FRIENDSHIP/



Ape, menyampah gambar banyak sangat? Semuanya bersaiz Extra Large. Kau ingat kau Memey Suhaiza lah, bajet artis? Okay, whatsoever, bluekkk :P



Walaupun rupamu tidak ku kenal, 
tatapi lubang hidungmu tatap menjadi pojaan hatiku

Kthanksbai.

Wordless Wednesday - Angry Birds





Ape kau orang ingat Angry Birds ni tak wujud dalam real life?
Hah, memang wujud pun sebenarnye.


Mintak maaf bapak-bapak ibuk-ibuk


Assalamualaikum

Seperti yang korang semua dah sedia maklum, aku dah start kelas. So, memang payah ah kan nak update blog. Lagipun, I don't even think that I have my own loyal reader(s) =.='. Macam lah blog kau ni best Syaza oi? Okay okay, lupakan jela. So, bila dah start kelas maknanye assignment pun beratur lah kan. Hari Khamis ni, kena hantar assignment Account, Audit & latihan untuk subjek Ekonomi Gunaan. 

Kalau lah Blogspot ni macam Tumblr kan best? Reblog je semua post, 24/7 boleh update blog. Bila tak update blog, mulalah visitors berkurang, Buffered Earning pun gerak ciput je. Tapi takpela, Alhamdullilah :)

Gambar blur, ye aku tahu.

Siapa-siapa ade Tumblr bak mai URL sini cepat. Aku nak follow korang punya Tumblr.

p/s : kalau korang nampak iklan Darlie tu, yang tu iklan Buffered Earning. *hint hint nak suruh kelik* hehe

This is a short entry. Thankyou so much.

Loghat / Mother Tongue


Assalamualaikum

Untuk pengetahuan korang, aku stay di Cherating. Alah, Cherating tu pun dah dekat dengan border Kemamang. Bak kata Zizan, "I came from Taxes, Kemamang ! ". Oh, kenapa Taxes? & kenapa bukan Texas? Sebab ada tempat yang namanya Chukai. So, bila di-google translate-kan oleh Zizan, jadilah Taxes. Paham?

Dah nama duduk dekat dengan Kemamang, takde ah nak cakap luar semua kan. Setakat pinggang, ikang, tu semua perkara biasa je. Takde yang luar biasa. Bukan aku je, tapi semua orang yang duduk kat situ menggunakan loghat yang sama. Okay, aku tahu, Cherating tu dalam Pahang. Tapi disebabkan persekitaran kitorang yang selalu bergaul dengan orang setempat di situ, maka jadilah loghat Ganu Kiteee. Malu? Oh, kenapa perlu malu? Takde ape pun yang nak dimalukan. Sama jugak, kalau dekat sini, ade kawan-kawan dari Terengganu, aku cakap loghat Ganu je. Tapi yang susahnya diorang ni, kadang-kadang loghat diorang pekat sangat & susah nak hilang. Ini ada cerita yang adik aku cerita dekat aku.

***************************************

Lokasi : UMP, Gambang

Rahman (bukan nama sebenar) : Assalamualaikum, nama saya Rahmang.
Lecturer : Rahmang ke Rahman?
Rahman : Rahmang.

Paham tak apa yang aku cuba sampaikan? Kadang-kadang kalau ade presentation ke ape ke, loghat tu still ade. Tapi takpela, barulah special. Ape kau ingat semua orang pandai cakap Ganu?

 People laugh at you because you are different, 
but you laugh at them because they're all the same.


Tapi bila aku dah start masuk asrama, form 1 sampailah form 5, aku pun cakap macam biasa je. Tapi orang Kuantan pun sama je, diorang pun sebenarnye ade jugak guna perkataan Ganu ni. Contoh; Koya glemer lah tu. Kalau dekat asrama aku tu, aku rasa takde sape pun yang cakap Bahasa Pahang. Lagipun aku tak reti lah. Ape yang aku tahu pun perkara basic je. Kalau ;

Koi = Saya
Aok = Awak

Haha, pathetic sungguh. Sia-sia IC lahir di Pahang kan? Takpelah, nanti lah aku akan cuba untuk meng-improve-kan diri aku. Moh la kita, sape-sape yang rasa dia orang Pahang tu. Aku kabor mende betul ni.

Okay cukup pasal Pahang & Terengganu. Aku pernah stay dekat Melaka setahun. Yela, sebab aku ex KMM (Kolej Matrikulasi Melaka). Dalam kelas aku ni ade lah orang Melaka. Ape yang aku perasan, diorang ni kat hujung-hujung perkataan mesti letak u. Contoh; eh kau, tak kuau ke harini? Takpun, surat khabau, kurang ajau. Tu jela yang aku tahu orang Melaka cakap macam mana. Lagipun, setahun je kan duduk kat sana. Nak mencapai taraf expert tu belum mampu.

Kalau sekarang pulak, tudiaaaa, aku stay dekat Utagha hampa tahu. Yelah, dah 3rd year, takkan tak memandai lagi cakap Utagha. Aku rasa faktor yang paling penting, environment kot. Mostly kawan aku kat sini, semua asal dari Utara. Biasa lah, dah lama-lama kawan, mesti nak terikut cara percakapan diorang. Sama macam aku. Aku rasa hari-hari aku disini memang dihabiskan dengan cakap loghat Utagha. Kadang-kadang kalau pergi cafe, " Abang, air tige eh? " "Tige ke tigaaaa?". Aku pun, ha yela, TIGAAAAAA ! 

Kesimpulannya, tak kisah lah kita ni loghat ape pun, masing-masing mempunyai keunikan tersendiri. Kan? Macam aku cakap sebelum ni lah, apabila ada perbezaan barulah menarik, tak gitu? Duduk kat mana pun, sama je, yang penting ;

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung




Thankyou :)

Sambutan Hari Malaysia peringkat UUM


Assalamualaikum

Semalam telah diadakan sambutan Hari Malaysia bagi peringkat universiti. Dekat UUM ni, ade 14 DPP ( Dewan Penginapan Pelajar), so semua DPP ini mengambil bahagian. Antara aktiviti yang dianjurkan semalam, kawad, kereta berhias, sorakan, pentomen, sajak & koir. Walaupun aku dah 3rd year, sem 5, tapi aku still lagi join aktiviti dekat universiti. Yela, kalau aku tak aktif nanti, aku kena buang kolej. Gilaa, taknak aku !

Aku join aktiviti sorakan tu jela. Oh, tolong jangan tanya kitorang menang ke tak. Sebabnya, DPP kitorang cuma MENANGgung kekalahan je. Sedih tahu, punya lah semangat semalam. Tapi takpela, masuk pun suka-suka je. Apa yang bestnye, dapat conteng-conteng muka. Aku rasa macam pergi tengok World Cup pulak. Yela, excited punya pasal.

Entah kenapa, aku rasa muka aku macam alien.
Panjang semacam je =.='

Itulah yang aku maksudkan conteng-conteng muka tu. Macam nak tengok World Cup je kan? Tapi World Cup lambat lagi, Euro 2012 jela. Aku lupa kan nak bagitahu nama DPP aku? Okay, aku mewakili DPP Tradewinds.




 Harus lah ade muka yang membajet comels dalam alam semesta !


Senang je jadi tukang sorak ni, duduk aje dekat kerusi. Bila perbarisan Tradewinds agak-agak nak jalan, kitorang punya buat la sorakan. Go Tradewinds Go, Go Tradewinds Go, Oh yeah Oh yeah Oh yeah.


Antara kereta berhias yang bertanding malam tadi.

Yang ini paling menarik & mendapat anugerah khas juri.
Diorang ni semua foreigner & stay di DPP Maybank.
Walaupun diorang ni foreigner, tapi still jugak join aktiviti macam ni.
Siap kibarkan bendera Malaysia & Negeri Kedah lagi.
Memang patut mendapat pujian :)

Oh, ini maskot DPP TM.

So, tu jela yang aku nak share dengan korang macam mana kitorang sambut Hari Malaysia semalam. Kalau korang pulak macam mana? Mesti lagi patriotik bukan?


p/s : credit kepada Zila untuk semua gambar.



Happy reading

Happy Merdeka & Malaysia Day !


Assalamualaikum

Alhamdulillah, sekali lagi kita dapat mengecap kemerdekaan di bumi yang bertuah di Malaysia ini. Oh, sepatutnya kita menyambut kemerdekaan pada 31 Ogos yang lepas, namun pada tahun ini kita menyambutnya sekali dengan Hari Malaysia pada hari ini, iaitu 16 September. Korang tahu kenapa hari ini digelar Hari Malaysia? Hari ini digelar Hari Malaysia sebabnya, pada tanggal inilah Semenanjung Tanah Melayu bergabung dengan Sabah & Sarawak. Paham?


 Aku rasa kita sepatutnya bersyukur sebab dapat tinggal di bumi yang cukup aman ni. Kenapa aku cakap macam tu? Yela, kita semua dapat keluar rumah dengan senang hati, dengan lenggang kangkung tanpa ada perasaan takut dibom atau ditembak dengan peluru sesat. Tak gitu? Selain tu, kau orang dapat lepak-lepak dekat kedai mamak, sambil menyaksikan perlawanan bola Malaysia vs Indonesia. Masa tu, korang kawan ke tak kawan ke, tapi disebabkan korang orang Malaysia, semua pun bersama-sama. Bersorak untuk kemenangan Malaysia. Ape tak cukup bertuah lagi ke tu?

Bagi aku, Malaysia dah mempunyai sejarah yang cukup menarik untuk dikongsi di pentas dunia. Bukan maksud aku, aku bangga kita dijajah. Tapi sekurang-kurangnya, itu sebagai satu titik hitam, agar rakyat Malaysia bersama-sama mempertahankan kedaulatan negara. Tapi satu jela yang aku nak pesan, jangan pernah menukar sejarah Malaysia. Lainlah kalau kau nak tukar masa depan yang belum pernah berlaku. It's acceptable lah kan. *hint hint*

 

Dekat Malaysia kita ada variety of foods. Tak kisah lah kau Melayu, Cina, India & lain-lain, semua orang makan Nasi Lemak for breakfast. Itulah yang menariknya, iaitu apabila ada perbezaan. Makan guna tangan ke, sudu ke, chopstick ke, kita semua sama. We are all Malaysian. Sebenarnya, banyak lagi kan perkara yang menarik dekat Malaysia ni, tapi hari ni aku fokus dekat makanan jela. Kalau aku fokus dekat semua aspek, confirm entry aku akan jadi super panjang & korang pun malas nak baca. Kan?

So, tak kisah lah kita ni kulit warna apa, cakap guna bahasa apa, makan guna apa, kita semua tinggal di Malaysia. All we need is to give some respect to others. Kalau tak boleh nak hormat sesama kita, macam mana nak aman? Lastly, Happy Merdeka & Malaysia Day ! *hugs*

p/s : Ooh, dah rasa cukup Malaysia ye? Jom jawab kuiz ni, ade bran? Klik SINI.


Thankyou for reading, much love

SPONTANEOUS THURSDAY



Assalamualaikum


Allah tak pernah memberi apa yang kita mahukan,
tetapi sentiasa memberikan apa yang terbaik untuk diri kita.



p/s : tepuk tangan lelaju, ini adalah entry aku yang paling 'rajin' dalam alam semesta !



Okthanksbai.

Wordless Wednesday


Assalamualaikum



p/s : suka tengok kucing tapi aku takut sebab pada sangkaan aku kucing tu jelmaan rimau. #booooooooooooooooooooooooooo !

p/s/s : wordless yang tak berapa nak wordless.


TLC PROMISE ME - RUMAH AMAN


Assalamualaikum

Rumah Aman ni sebenarnya satu badan yang bukan berteraskan keuntungan yang telah ditubuhkan pada 2005. Rumah Aman ini terletak di Shah Alam dan merupakan rumah untuk anak-anak yatim yang berumur dari 5 hingga 11 tahun. & sekarang terdapat 30 orang kanan-kanak yang telah tinggal di sana. Apabila umur mereka mencecah 18 tahun, mereka akan membawa haluan masing-masing. Misi untuk Rumah Aman mudah, untuk memberikan apa yang kanak-kanak lain miliki.



Mungkin ada yang masih tidak mengetahui tentang TLC. TLC merupakan 1 brand yang telah mengeluarkan banyak produk tentang personal care & household product.

products of TLC 

Sebenarnya ini merupakan musim kedua yang telah dilancarkan oleh TLC.There are 12 wishes in this PROMISE ME campaign. & yes, Rumah Aman is one out of 12 wishes, which is the first wish. I'm sure, there is a question that stuck in everybody head, what is the reason to help Rumah Aman? Actually is not reason but reasons. The reasons are, the current electricity wiring is already about 15 years old & the 2 phase electric system & lightning has damaged the property before. If they upgrade the wiring system, it will give Rumah Aman a better protection.So, they wish to replace the current wiring & lightning breaker from 2 phase to 3 phase.

 This is how Rumah Aman looks like.

TLC telah bekerjasama dengan Nuffnang untuk menyebarkan tentang kempen ini kepada orang ramai. Mereka memerlukan sebanyak RM20,000. So, Nuffnangers & bloggers let's spread the word. Okay, this is how we can do to help them.

1. Donate to the fund

 

- Online: You can make a direct donation to Rumah Aman via online banking to Maybank2U, with the remark: “Nuffnang TLC Promise Me S2”. Donations should be directed to Rumah Aman (Shah Alam), with the account number 562106720433 (Maybank).

- Via Milkadeal: Our sister company Milkadeal has generously offered to join us in fulfilling this pledge, and you can also donate via the deal at this page!

- Via cheque: Cheques can also be issued to Nuffnang Sdn. Bhd. and sent to our KL office at the address below:
12B5 & 12B6, Heritage House
33 Jalan Yap Ah Shak
50300 Kuala Lumpur.
All donations are tax deductible, and Rumah Aman will be able to issue a receipt for your kind donation :) 

2. Spread the word

 

- If you’d love to help but don’t have the means, please do blog about this and spread the word – maybe someone else who reads your blog can help! :) It's just take a minute to blog about it. Let's support this campaign people ! There is a simple way, you can simply put the widget of TLC campaign on your blog.


Spread the word peeps

Good Luck adik-adik yang ambik UPSR esok !


Assalamualaikum

Harini sepatutnye dah hari kedua tau kelas bermula tapi selama dua hari berturut-turut aku tak pergi. Alah, takpela, first week ni tak official lagi kelas. Banyaknye alasan kau kan Syaza. =.=' Okay, sebenarnya ade cerita lain di sebalik harini tau. Kalau nak baca cerita tu, sila klik SINI.



Oh, ini owner blog tersebut & merangkap roommate aku. So guys, say Hye to her. :) Btw, kalau korang tengok blog dia tu sebenarnya aku yang edit. Kiranya fully edited by me lah, except for header. Header tu buat sendiri. Agak-agak korang lah kan, aku boleh tak buat service edit blog? Ade ke orang yang nak? Haha, tapi better jangan lah. Aku takut nanti kang hancur pulak blog korang semua tu.

Esok dah start exam UPSR kan? So good luck adik-adik sekalian. Jawab exam elok-elok. Kalau tak nanti confirm menyesal. Bukan ape, nanti bila korang masing-masing dah besar, mesti korang akan cakap, alah setakat UPSR tu senang kacang peas je. Sekarang bukan macam dulu. Nak ape, semua dah dihujung remote control Astro je. Yela, tuned to channel 601, macam-macam adaaaa. Sekarang budak-budak semua dah pandai. Setakat dapat 5A tu perkara biasa je kan?


 Sorry, gambar blur. Yang tu aku punya slip result UPSR tapi yang salinan punya lah. Yang original punya hilangggg lah. Agak-agak penting tak eh slip result UPSR ni? Oh aku upload bukan nak show off ke ape, tapi sekurang-kurangnya sebagai perangsang untuk adik-adik ni nak jawab UPSR esok. Tapi ade ke adik-adik ni yang nak baca blog aku? Whatever laa =.='.

Haa, harini birthday kawan aku. Nak tau sape, klik SINI. Happy Birthday Zarf, semoga semakin cantik, cantik, cantik & cantik. :)



p/s : aku tahu korang mesti annoying sebab gambar besar gila.

Happy reading :)

Kenapa perlu setia?


Assalamualaikum

Hujan-hujan ni best jugak nak layan perasaan sendiri. Oh, sepatutnye aku ade kelas harini, tapi first week biasanya minggu untuk add drop so kelas pun tak official lagi lah. Entry aku kali ni akan lebih untuk menyentuh perasaan korang. Entah, mungkin akan lebih kepada pengalaman aku sendiri. & disebabkan aku perempuan, persepsi aku untuk menjadi setia adalah lelaki.

Kenapa lelaki perlu setia? Perlu ke nak setia untuk perempuan yang belum tentu halal bagi dirinya? Tapi apa lah salahnye untuk belajar dari sekarang. Oh, aku lupa. Kau mempunyai 4 kouta. Itulah alasan kau, lagipun bagi kau , sekarang muda lagi. Kau belum puas merasai nikmat dunia. Tak begitu? Ah lelaki semuanya sama, aku bukan nak jadi stereotype tapi kebanyakkan lelaki memang macam tu. Tapi bukan semua.


Contoh sekarang lah, sekarang kan zaman kemajuan teknologi. Social network yang paling femes, Facebook, untuk yang ber-couple, lovey dovey ni, semestinya nak tahu password masing-masing. Tak gitu? Macam dah jadi ritual yang wajib untuk yang mempunyai pasangan. Tapi bila dah tahu password, mula lah kau hari-hari stalk facebook si dia. Tengok dia chat dengan siapa, message & wall post. Kalau kau tengok dia add perempuan, mula lah kau melenting. Konon-konon dia dah ade yang lain. Tapi ade jugak yang bagi password facebook & facebook dia tu memang clean. Maksudnye takde lah berlaku ke-curang-an. Rupa-rupanya, si dia ade 2 akaun untuk Facebook. Mungkin dia fikir aweknya tu buta IT. Well, it's wrong my dear. Kau fikir sekarang zaman kuno yang mana perempuan langsung tidak tahu ape-ape? Okay, ini tips, nak tahu password, sila klik options>options>security>show password. Tapi ini untuk Firefox je.

Akaun yang kedua, Ya Allah, terperanjat boboy. Siap ade janji temu semua, nak jumpa dekat tempat ni, siap ajak suruh kawan temankan lagi. Pakwe yang selama ni ter-sangatlah baik di mata si awek, kawan si awek & jugak keluarga si awek, rupa-rupanye sangatlah berbeza, 360 degrees of different. Can you imagine how it feels?



Itu baru satu contoh pasal social network. Kalau untuk yang long-distance relationship lagi lah susah. Kalau rasa kepercayaan & kesetiaan tu masih belum menebal baik tak payah lah. Kau tahu ke ape yang dia buat masa kau takde? Kau percaya semua yang dia cerita dekat kau? Mungkin bukan 100% tipu tapi berapa percent je yang betul? Kau tahu? No, you didn't know. Sampailah semuanya dah terbongkar.

Kepada pakwe-pakwe sekalian, kau sampai hati ke nak tipu awek-awek kau orang ni? 1 jela yang aku nak bagitahu, kalau dah ter-kantoi semua tu, mengaku jela. Kan senang, bukan susah pun. Ni tak, nak jugak tegakkan benang yang basah kuyup tu ha. Tak paham betul aku, ade jugak manusia macam ni.

So, the best way, masa belajar ni belajar betul-betul. Jangan nak duk gatal sangat nak ber-couple lah ape lah. Nanti kang effect study pulak dengan bermacam-macam masalah. Betul dak

p/s : Im not a stereotype person. Thankyou.



Thankyou for reading :)

Keyword bulan ini


Assalamualaikum

Okay, pagi ni aku nak share beberapa keyword untuk blog aku. Tapi ade satu keyword ni, adui, pelik sungguh.



Tuuuddddiiaaaa tuan-tuan puan-puan, siapa dia yang duk pi search Amirul Hadi Zainal with girlfriend pun aku tak tau lah. Tolonglah jangan nak cross line #perasan. Aku tak boleh lah, nak marah mula lah nak cakap Kedah. Hampa tak tau, aku ni minat gilaa dekat Amirul Hadi Zainal. Aku suka dia ni sebab dia ni tinggi, kurus & kaki panjang. Tapi yang paling penting, rambut dia lah. Macam Korea gitewwww, haha :)

Ke nak sangat tengok Amirul Hadi Zainal with girlfriend? Boleh boleh, takde masalah. Tapi satu jela yang aku nak pesan, tolonglah sediakan baldi. Bukannye untuk ape, sebagai persediaan lah kan. Tapi gambar yang aku nak share ni bukan bersama-sama lah, tapi girlfriend dia jela. Okay? So, sila scroll down ye *drum roll*






**************************************




















Haha, blueekkkk. Sila muntah sekarang.


Alah, Amirul Hadi pun tak kenal aku sape. Aku cuma orang yang menyokong dia je, bukan suka lebih-lebih pun. Oh, kalau tak kenal Amirul Hadi Zainal tu sape, korang boleh tengok pemain Selangor, jersi no 20. Kalau aku tak silap lah, sebab aritu aku ade tengok yang masa Selangor lawan TTM tu. Tapi yang tak bestnye masa tu Selangor kalah. Alah chill lah, tak kan asyik nak menang je kan. Ayat nak jaga hati je kan?

p/s : entry ni adalah entry suka-suka je.

Selamat sampai ke destinasi


Assalamualaikum

Akhirnye, aku sampai jugak dekat UUM ni ha. Ape yang tak bestnye, sepatutnye bas aku pukul 8 malam tapi kena tunda pukul 11 malam. Tak ke haru weh? Dah la beg aku besor ya rabbi. Ke kau orang nak tengok besor mana beg aku tuh?


Oh, sila abaikan muka aku.
Sila fokus dekat beg je.
Beg aku yang aku duduk je, bukan kat sebelah itu ye.
Biasa ah, kata cuti 3 bulan.

Dah la 1 hal, nak kena tunggu dari pukul 8 malam sampai pukul 11 malam. Gila ape mak aku nak kena tunggu aku? Aku kan dah besar, dah 21 weh ! Tak paham aku, ade yang datang beraya rumah aku, siap boleh tanya aku tingkatan berapa. Wachaaa ! Aku dah lama dah ambik SPM lah. =.='

Aku sampai pagi tadi dalam pukul 9 lebih-lebih lah. Lepastu nasib baik ade kawan aku yang tolong angkatkan beg aku yang besar gilaaa tu. Alaa, tapi barang-barang semua belum kemas lagi weh. Ade sape-sape yang volunteer tak yang nak kemaskan? Aku bukan ape, aku ingat nak tukar roomate. Sebab selama 4 sem, memang aku roomate dengan dia. So, dah biasa kan. Tiba-tiba sem ni nak kena tukar pulak kan. Demyu !

Alaa, aku dah rindu dah dekat adik beradik aku. wuwuwuw T______T. Agak-agak diorang rindu tak dekat along diorang ni ek?


Meet the girls


Okay, ini adalah pesanan yang sangat penting kepada semua wanita/perempuan kat luar sana. Tolonglah belajar untuk defend diri sendiri. Janganlah lemah sangat. Kalau kau orang rasa, terdapat gangguan-gangguan yang tak diingini, maksud aku sexual harassment. Tolonglah beranikan diri untuk beritahu orang lain masalah yang kita alami. Ehem, untuk aku jugak lah sebenarnye. Aku tak reti nak defend diri sendiri & aku mesti biar je. Takut nak bersuara. :(

p/s : amboi, syok ye semalam. sesedap kuih almond london je kau kan, duk sandar-sandar kepala kat bahu aku. siap pegang-pegang tangan lagi. eii, tumbuk kang?!

Thankyou for reading :)

Cuti sudah habis broooooo


Assalamualaikum

Sebenarnya, erm sebenarnya, aku menaip entry ni dengan air mata berjuraian. Wuwuwu T_________T. Haha, tu semua lakonan je tu. Okay, harini bersamaan 9/9, aku dah nak kena balik UUM dah. Sekejap gila aku rasa cuti, padahal aku cuti 3 bulan.




Alaa, nanti mesti ramai orang yang rindukan aku kan? Ya Allah, ayat macam nak bagi penampor kat diri sendiri je kan? Haha, sorry, aku memang naik lif tekan sendiri. Entah lah, aku takde lah rasa sedih sangat pun, sebab aku dah biasa kot. Maybe bukan sedih lah, tapi exact word MALAS. Malas nak kemas barang. Kau orang tak tengok beg aku besar mana weh. Kalau tengok, confirm ah semua pun geleng-geleng kepala. BESAR GILA AKU CAKAP.

Aku mesti rindukan tv dekat rumah aku nanti. Yela, bangun-bangun dah tengok tv. Bukannye maksud aku kat sana takde tv, ade, tapi, takkan ah aku asyik nak melepak dekat bilik tv je weh? Agak-agak lah kan. I'll miss you, oh my tv.

Lagi ape eh? Mesti lah aku rindukan semua orang. Yela, semua orang, termasuk awak awak awak & awak :) Takkan ah aku nak tulis semua nama kan? Nanti kang panjang gila pulak entry aku kali ni. Alaa, malasnye nak balik malam ni. Eh, ha, sape yang naik 1 bas dengan aku? Tiket aku 9/9, Shamisha, pukul 8.00 malam. Destinasi Changlun. Ade sape-sape sama tak? Kalau sama, cepat contact aku. Eh, nak contact buat ape? Aku naik bas pun tidur je. Tak jadi lah, tak payah contact. Ape aku ni, cakap berbelit-belit #dang.

p/s : kepada sayang-sayang sekalian, lepas ni tak payah msg aku tahu. call je terus, aku malas nak topup lah sebab nanti topup pun kena tax. kbai.

Review - Samsung Corby II


Assalamualaikum

Pernah tak korang nak merasa pakai Android tapi masalahnye semua mahal-mahal? Mana tak mahalnye, korang duk fokus dekat Iphone & BlackBerry memang ah mahal kan. So, harini aku nak buat review pasal Samsung Corby II yang memang terhangat tak hengat lah.

Okay, kenapa aku nak buat review pasal Samsung Corby II ni? First sekali mesti lah kita nak tengok features dia kan. Samsung Corby II ni ade wi-fi. So, korang boleh online kat mana-mana tempat yang ade wi-fi. Yela, aku tahu sekarang ni semua orang gila Facebook, twitter. Bukan orang muda je, orang tua pun sama je kan? So, dalam phone ni, memang dah ade application untuk Facebook, twitter, email & Youtube. Amacam cool kan?





Kalau macam kau orang tengok gambar yang kat atas ni warna kuning kan? Sebenarnye, Samsung Corby II ni, ade warna pink, putih & hitam. Ololo, pink comel lote :)

Selain ade wi-fi, phone ni ade banyak widget yang menarik hati Qalbu masing-masing. Contoh, ade widget untuk Buddies. Maksudnye, korang boleh set contact lepastu add dekat favorites. So, bila-bila masa korang nak call/message senang je. Ade lagi widget untuk feeds & updates. Feeds & updates ni maksudnye, bila-bila korang online, korang boleh tengok kawan-kawan update status dekat Facebook/twitter. Bukan setakat boleh tengok je, nak update pun boleh.

Kalau korang rasa widget tu tak cukup umpphhh, alah korang boleh download sendiri. Untuk kamera pulak, 2.0 megapixel je. Tapi okay lah tu, gambar okay je. Bagi aku lah, korang aku tak tahu. Yang tak best 1 je, takde 3g. Dia punya sound pulak, okay bagi aku. Kalau kau orang rasa penerangan aku tak cukup bagus, korang boleh tengok video ni. Haa, lupa nak cakap. Harga dia RM299 je. Muraaaaaaaaaahhhh gila kan? Android paling murah aku rasa. Ke ade lagi murah?

p/s : kenapa aku nak buat review sangat? sebab ni phone yang aku guna sekarang, muahahaha.

p/s/s : maaf atas segala kesulitan, dah lama tahu tapi malas nak edit post ni. well, sebab dah lama kan. Corby memang bukan android pun sebab takde OS 2.0. Alah chill lah, salah sikit je pun adoi !
Happy reading :)

Selamat hari Raya


Assalamualaikum

Fuh, lama gila tak update blog. Biasa ah, kan raya. Busy woi !  So, korang punya raya camne, okay? Mesti beraya sakan ni kan? Ah mannn, aku punya cuti dah nak habis. =.=' 3 bulan aku duduk rumah je. Mesti kau orang cakap, ek eleh cuti 3 bulan kerja lah, ni duduk rumah buat ape hah? Jangan pandang aku sebelah mata je, aku jadi housekeeper okay ?! Yang bezanya housekeeper kat rumah dengan hotel adalah gaji. Sobsobsob, orang lain cuti sem semua kaya. Aku miskin. Takpelah, aku ikhlas jadi housekeeper dekat rumah sendiri.
Disebabkan aku dah lama gila tak update blog, aku pun bukak lah aku punya Nuffnang. Wah wah wah, masa aku tak update, dapat pulak kan Buffered Earning. 

Thanks Nuffnang & Darlie :)


 

Ni kawan aku, Nik.
Nanti dia sambung degree dekat UiTM Arau.
Harini dia dah otw ke sana dah.
Semoga selamat lah semuanya :)

p/s : Apesal aku rasa aku macam gemok je hah?


Aku ade banyak benda nak update sebenanrnya, tapi entah lah, otak aku ni lembap ah. Memang nak kena upgrade nih, kena tambah RAM lah jawabnye. Oh, aku tak ucap lagi Selamat Hari Raya kan? Selamat Hari Raya korangggg ! Sorry, ayat cliche. Bluekk ! :P



Dah 2 orang cakap muka aku macam Najwa Latiff.
Gila ke ape?


Okthanksbai.