Soalan hangat lagi hangit


Assalamualaikum


Saja, upload gambar mem-bajet comels dalam alam semesta.
Demyu Syaza, locker kau tak tutup weh ! Erkk.



Harini aku bukan nak update pasal kekalahan Terengganu semalam. Whathehellokitty weh?! Semua orang publish entry yang sama, update status Facebook & Twitter pun benda yang sama. Biarlah, barang yang lepas usah dikenang. Ni semua salah Sharbinie lah ni, geram sungguh aku. Kau kalau tak jaga gawang gol betul-betul tak boleh ke?

Okay, sekarang aku nak jawab soalan yang telah di-tag oleh blog yang super duper comels gitewww, nak tahu siapa? Klik SINI. Mempersembahkan soalan-soalan tersebut *drum roll*


1.Perkataan yang anda selalu gunakan?
 
Ini soalan kacang bhai. Perkataan yang selalu aku guna "SEBEL". Tanya lah kawan-kawan aku, confirm diorang pun akan cakap benda yang sama. Biasa ah, dulu addicted sangat lah dekat cerita Indon. Sekarang tidak lagi, aku dah tak tengok SINETRON ape jadah tu semua. Muahaha, hidup Malaysia !

2.Jika anda dapat memegang duit sebanyak jutaan ribu...apa yang anda nak buat dengan duit itu??
 
Jutaan ribu? Apekah? Ribu atau jutaan ni? Hahaha, cari salah orang kemain cepat lagi kau kan Syaza. Kalau dapat pegang eh? Entah lah, aku pun tak tahu. Lain lah kalau duit itu aku yang punya.

3.sila beritahu nama selebriti yang mirip dengan anda(tak kisah la muka atau perangai ker...)
 
Haruslah macam Kilafairy ! Badan mantaps, bibir seksi, mata cantik, suara sedap #sarcasm. Entah lah, orang lain cakap aku macam Najwa Latif. Tang mana sama pun aku tak tahu la weh. Sampaikan mak aku pun panggil aku Najwa *blur* Kalau tengok wall dekat Facebook lagi lah, suka nak samakan aku macam Najwa Latif. Mencik tau (sambil hentak-hentak kaki).

4.Di rumah anda selesa memakai baju???
 
Sangat selesa sampaikan tidak selesa kalau tidak memakai baju. Bodoh lah, orang tanya lain, kau jawab lain. Selesa pakai baju biasa je, T-shirt.

5.antara Hollywood dan K-pop??Kenapa?
 
Hollywood yay & K-pop nay. Sorry la weh, aku tak layan K-pop amende ni semua. I love Jantans, awwww ! Tak main lah laki-laki jambu ni. Takde lah, aku memang tak layan lah Korea, sorry.

6.Your favourite song and why??
 
Alaa, ni susah ni. Banyak sangat favorite(s) lah. Aku suka lagu Krisdayanti -  menghitung hari, Bruno Mars - just the way you are, Celine Dion - my heart will go on, Micheal Jackson - heal the world & banyak lagi lah. Kalau aku list semua confirm ah kau orang boring nak baca. & now you ask me why? Alah, sebab best lah sebab tu jadi favorite all the time.

7.Your caller ringtones now??
 
Sayang, hikhik #gedik - Neyo, One In A Million
BFF - Bruno Mars, Count on Me
Family - Adam Levine & Gym Class Heroes, Stereo Hearts
Ordinary people - Maroon 5, Moves like Jagger
 

8.Lirik lagu yang memberi inspirasi kepada anda?
 
Jika kau fikirkan kau boleh, 
Kau pasti boleh melakukan,
Jika kau fikirkan ragu-ragu,
Usahamu tidak menentu !
 
sila sambung
 

9.Tempat yang ingin anda tuju di dunia ini?
 
 Banyaknye kalau nak list-kan semua. Serius banyak gila & tak tahu akan tercapai atau tidak. Lagipun malu la nak cakap, ahaks.


10.Bencana alam yang paling anda takuti?
 
Takde yang paling, semua jenis bencana alam pun aku takut weh. We always think that we are more powerful than mother nature, but the truth is they are way more powerful than us.

11.Benda cute yang anda suka??
 
Aku suka semua benda yang warna pink, macam Hello Kitty. I think I sound like a kiddo =.=' 
 
p/s : ayat dalam blog macam ganas tapi dalam hati warna pink weh. yang tu memang tak menahan.
 
 
Oh, aku malas la nak tag kat sesape. So, kalau kau orang pun teringin nak bergiat dalam aktiviti tag menge-tag ni, silalah rajinkan diri anda untuk menjawab soalan yang ttertera di atas. Jangan risau, takde betul atau salah.


Ciao.