Review : Al-Hijab


Assalamualaikum

Harini aku ada 1 kelas je, Hubungan Etnik. Aku pun memang ada niat yang tertanam di dalam hati sanubari nak keluar harini. Nawaitu sebenar nak beli tiket ke Kuantan je, tapi alang-alang pergi Jitra terus tengok wayang. Oh, lupa nak bagitahu, UUM nanti cuti mid sem 2 minggu. Jangan jeles u'olls, kahkahkah. Okay, so aku & ajun tengok cerita Al-Hijab. Hijab? Apakah? Tudung kah? Atau tudung saji kan? Tetttt, none of the answers correct ! Hijab ni sebenarnya mata manusia. Tetapi telah ditutup pandangan oleh Allah supaya tidak dapat melihat makhluk-makhluk alam ghaib. Allah itu maha adil kan?



Tadaaa, trailer untuk Al-Hijab. 
" Rafael merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama  untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin. Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu. Teman wanita Rafael, Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka. 

Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka. Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan. 

Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya. Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya.  Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan ‘anugerah’ itu?"

Untuk pengetahuan tuan-tuan & puan-puan, sinopsis ni bukan aku yang tulis. Aku copy je, sebab aku tak reti ah nak buat-buat sinopsis ni. Kalau dulu masa SPM boleh lah sikit-sikit. Rafael adalah lakonan Pierre Andre & juga merupakan pengarah untuk cerita ni. Qiss pula adalah lakonan Nur Fathia sebagai girlfriend Rafael. Tak kenal Nur Fathia tu siapa? Tengok tak cerita Stanza Cinta? Haa, yang heroin tu lah Nur Fathia. Aku suka tengok dia, sebab cantik sangat. Tapi masa Memey & Norman kahwin, Nur Fathia jadi bridesmaid lepas tu seksi lah. Tak sukaaa. Ya Allah, 90% aku tengok cerita ni tutup mata. Pigiidaaahhh ! Tengok sangat cerita hantu lepas tu penakut. Booooo ! Okay, fine fine. Merajuk ah gini. 

So, kepada sesiapa peminat ghostbuster harus lah menonton cerita ni di pawagam yang berhampiran dengan anda. Duh, apa kaitan ghostbuster?! Tengok lah, tak rugi pun kalau tengok cerita ni. Confirm suspen gila aku cakap. Tapi cerita Three Musketeers pun macam best jugak kan? Hrmm, next time.


Astalavista bebeh !

2 comments:

Che akira said...

same! aku tengok pon 90% tutup mata wakaka kantoi plak #"#

Syaza Zul said...

Takut gilaa kan? Hantu dia sumpah seram !