Assalamualaikum
Blog ni aku buat masa tahun 2009, kira hujung tahun lah. Lepas tu, dah banyak kali jugak tukar url. Hurmm, konon retiss lewteww ! Tapi takde lah aktif sangat nak ber-blog ni. Tahun lepas, aku private-kan blog ni. Lagipun, aku punya entry semuanya mengarut, rubbish ! So, aku pun delete lah semua entry & mulakan hidup yang baru. Lastly, they lived happily ever after #booooooooo ! Iklan pertama yang aku letak, Nuffnang. Tapi aku tak tahu apa masalah, sebab earning aku dari awal sampai lah pengakhiran RM0.00 je. Tak paham aku. So, aku pun beralih lah kepada Advertlets. Advertlets ni pun okay jugak, sebab hari-hari naik walaupun sikit. At least, puas lah hati sanubari daku ini.
Kan blog aku dah mulakan kehidupan yang baru, aku pun kembali bersama Nuffnang. Nak tengok lah perkembangan macam mana. Kalau macam dulu, serius ah aku tak tahu nak cakap apa dah. Aku sign up balik dengan Nuffnang 24 Julai tahun ni lah kiranya. So, kira baru lagi lah kan? Tapi, ada banyak improvement yang berlaku, tak caya? Tengok ni.
Gila lah woi, tak sangka aku. Blog aku yang followers ciput, trafik pun tak tinggi boleh dapat Buffered Earning. Alhamdullilah. Semua BE masih lagi berjalan sampai sekarang. Yang Nescafe tu dah jadi Metered Ads. Aku tak sedar pun masa bila dapat, tengok-tengok dah jadi Metered Ads. Rugi rugi. Darlie tu pulak masih setia bersama aku, dari awal bulan lepas lagi. Digi tu aku baru dapat untuk bulan ini. Alhamdullilah.
Oh ye, blog aku ni bukanlah blog yang berorientasikan keuntungan. Tapi, siapa tak suka, dengan menulis pun boleh dapat duit. Tapi takde lah banyak macam RedMummy yang mencecah sehingga ke RM30k. Yang tu, memang starlight lah weh. Otai dalam dunia blogger ni. Siapalah aku ni, aku pun masih berdikit-dikit. Kalau nak tanya aku apa rahsia, aku sendiri pun tak tahu. Nak kata trafik tinggi, memang haraaammmm lah. Sehari UV aku dalam 50 macam tu je. Yang penting aku rasa, letakkan iklan di tempat yang betul & berbuat baik dengan Nuffnang kot. Serius aku rasa macam poyo gila. Bajet blogger femes yang dapat earning beribu-beribu sebulan. Booooooo ! Tapi tak salah rasanya nak berkongsi, ye dak?
So, tu jela yang aku nak share dengan kau orang. Ape lagi, jom ah kaya-kan diri kita semua weh ! Haha, ingat orang lain takde keje ke? 24/7 duk mengadap laptop/PC update blog, lepas tu blogwalking je ke haa? Untuk sesiapa yang memang blogger sepenuh masa okay lah kan. Ish ish, kau ni Syaza. Cuba lah fokus dekat study tu. Kau ingat accounting senang ke? Mid term dah tak lama dah ni Syaza oi. Dah-dah, bila aku dah start monolog dalaman memang tak boleh nak stop ah.
Bye guys, cium sikit :*
4 comments:
Belog cik Yana pun ciput je earning Nuffnang. Tapi ok la dari tak de langsung kan? :)
Tula, ok la daripada tak dapat :)
usaha lagi.. nanti boleh dapat earning 30k... mana tahu rezeki... huhu..
Blog Bukan Sekadar Tulisan | by Aqmil Lambung
hebatla, saya x pernah lagi dapat be..traffic 700-1000 UV http://www.puteranazran.com
Post a Comment