Tahukah anda aku dah lama tak update blog? Tahu? Tahu? Tak tahu, sila lempang diri sendiri supaya berada di alam yang nyata. Serius, inilah intro paling boring. Nak bersara ah macam ni.
Sebagai wanita yang mempunyai karier sendiri, menguruskan suami & anak-anak, manalah ada masa nak layan semua benda ni. Dunia ni dunia ! Haha ! Minggu ni aku terpaksa settlekan semua benda awal, sebabnya esok aku akan mendaki Gunung Jerai. Peh, hebat tak hebat seorang yang bernama Syaza Zul. Sebab tu, mak aku bagi aku nama Syaza, maksudnya hebat. Okay, sila jangan percaya. Tapi siapa percaya, memang aku sayang :*
Yaaaa, inilah orangnya yang akan mendaki Gunung Jerai besok.
Yihaaaa !
Tahukah anda, yang mak aku selalu panggil aku lembik? Kalau dia tahu ni, mati gwa ! Confirm-confirm tak bagi. Oh, bukan mak sahaja, tapi Zarriq juga sama. Kalau membebel, mengalahkan mak tahu? Eh, tengah baca eh? Sorry :) Bukan setakat lembik daripada segi fizikal sahaja, malahan mental juga. Aku form 1 sampai form 5, memang duduk hostel. Mak aku pernah buat pengakuan yang tak berapa nak mati sangat, dia cakap dia paling risaukan aku. Risau macam aku anak bongsu je. Padahal, aku sulung okay. ALONG.
Entah, aku pun kurang arif tentang diri aku. Eh, ade tak yang nama Arif tengah baca? Tolong describe diri kita boleh? Aku rasa aku takde lah baik sangat, tapi kadang-kadang macam selalu dipergunakan. Kau paham tak ape yang aku rasa? Mesti tak paham, sebab aku belum terangkan hujah-hujah aku berserta contoh yang bakal menggoyahkan benteng pertahanan pasukan lawan. Eii, kuat melalut lah !
Contoh 1;
Aku dekat U ni, baik lah dengan semua orang. Tak kisah perempuan ke lelaki. Mesra rakyat kot ! Okay, kadang-kadang ada di antara mereka ni yang suka SANGAT ambik kesempatan di atas kebaikan kita. Oh, aku bukan maksudkan sexual harassment. Aku pun bukannya student yang rajin sangat, tapi aku akan pastikan aku siapakan tutorials/assignments. Dan bukannya aku tak pernah tak tiru orang lain punya kerja. Pernah. Kalau kawan-kawan nak pinjam, aku tak kisah sangat pun. Tapi kalau dah selalu? Okay, mari berbalik kepada contoh lagi;
M : Hello Syaza comel, cantik, rajin, hang dah siap tutorial?
F : Dah, awat weh?
M : Esok time Audit hang bawak eh? Aku nak tiru.
F : Okay.
Todiaa, time nak pinjam aku punya, kemain baik, puji semua lah. Aduhai. Well, kalau dia tak puji pun biasanya memang aku akan bagi. Tapi haritu dia boleh tak hantar aku punya tutorial. Sakitnya hati Ya Allah, menangis aku ! Yelah, kita buat penat-penat, dia boleh tak hantar. Lepas dah kena bebel-bebel oleh Zarriq, aku pun berani berkata tidak. Cewah ! Akhirnya aku maju lagi setapak ke dapan. Harini dia nak pinjam tutorial aku, aku cakap dah hantar, Wek wek wek, padan muka hang !
Contoh 2;
Dah la malas ke kelas, ada hati pulak tu nak suruh aku sign? Whatthehellokitty?! Okay ah, siapa yang tak pernah tiru sign orang lain, tak pernah suruh orang lain signkan, memang tipu ah. Aku dah lama bergiat aktif dalam bidang ni sejak dari Matrik lagi. Oh, dulu aku Matrik Melaka. Haha ! Bodoh pulak bagitahu dulu belajar kat mana, malas ah nak backspace. Tapi siapa yang tak pernah buat-buat kerja terkutuk ni, syabas saya ucapakan. Dulu masa aku sem 1, aku pernah kantoi dengan lecturer tahu sebab signkan untuk kawan aku. Demmit, malu gila ! Dah la, kena mintak maaf dekat depan kelas. Dah la freshie, aduhai. Okay, sejak pada tu aku macam takut sikit lah, tapi berani jugak sikit-sikit. Okay, sem ni, ade lah sorang ni. Selalu tak datang kelas, selalu nak suruh aku signkan. Ape ingat aku ni takde kerja nak signkan untuk kau? Ha?! Aku memang pergi kelas sebab nak signkan untuk kau pun. Yela, selama ni aku ikut je kan ape kau suruh. Harini kau suruh aku sign, aku tak balas pun message kau & aku tak sign pun. Wek wek wek, padan muka mung !
Bai bai eberibodi !
Please find some other girl okay? :*
Walaupun aku tak kuat daripada segi fizikal, mungkin aku dah kuat daripada segi mental. Hmm, mungkin. Oh, jangan lupa doakan kami selamat pergi & pulang. Mintak-mintak ah, aku dapat sampai ke puncak, please please.
2 comments:
bangge jap ade kawan baek cengini..:D
Yeke? Haha ! Gelimat.
Post a Comment