Sekali lagi blog terabai. Nice try nice try. Kadang-kadang lebih baik kita biarkan kerajinan itu datang sendiri. Heh? Itu falsafah ciptaan diri sendiri. Bila bersendirian, jauh daripada segala bahan hiburan, kawan-kawan, mulalah rasa macam-macam. Ini bukan cerita hantu k. Bila terfikir siapa yang paling penting dalam hidup kita. Maksudnya, siapa yang paling kita perlukan. Time susah time senang, semua sama-sama.
· Kawan
Kawan ni kawan-kawan biasa. Macam kawan-kawan 1 sekolah. Memang schoolmate, tapi bukan kawan sangat pun. Duk panggil weh weh je. Kau pernah? Pernah tak tahu nama sampai sudahnye lah duk panggil weh weh. Ni ada 1 cerita, time aku nak balik cuti sem hari tu. Ada lah sorang ni, peramah kemain lagi. Aku pun layan jela, sebab belajar tempat sama. Sampai sudah aku duk panggil dia weh, budak sebelah aku tanya nama dia baru aku tanya nama dia siapa. Hahaha, kesian kau kan. Aku memang macam ni. Masalahnye sekarang, aku dah lupa nama kau siapa. Kita weh-weh jela eh? Kawan-kawan macam ni, takde lah sampai nak cerita semua masalah kau. Setakat kawan-kawan biasa, huu haa je. Aku bukan jenis cerita masalah dekat semua orang, orang yang betul-betul rapat baru baru cerita.
· Bestfriend
Do you know that there is a cycle of bestfriend? Mula-mula tak kenal, bila tengok muka “ek eleh, sombong nak mampos”. Bila lama-lama, kawan macam biasa. Lepas tu baru sedar rupanya dia tak sombong & then perhubungan semakin rapat sampai jadi bestfriend. Bila dah jadi bestfriend ke mana-mana semua sama-sana. Bila sampai satu tahap, entah kenapa macam ada masalah je nak rapat macam dulu. Lastly sekali, jadilah stranger. Aku percaya hampir semua orang ada bestfriend. Entah, aku kalau nak mengaku kawan tu sebagai bestfriend nanti kang dia tak ngaku pulak. Haha, kang syok sendiri tak pasal-pasal. Susah senang sama-sama ke ha? Aku rasa better kawan je dengan semua orang, takde susah-susah nak jaga hati sesiapa.
Cycle of friend
· Boyfriend
Me as a girl, confirm la akan cakap boyfriend takkan nak cakap girlfriend pulak. Tapi tak semestinya kalau tulis girlfriend tu maksudnya ehem ehem. Maksudnya boleh jugak kalau bestfriend. Aku tak rasa kalau susah senang sentiasa bersama-sama. Kalau kau susah, apa dia boleh cakap, “takpela sayang, sabar jela”. Kadang-kadang bila kita ada masalah, kita bukan nak orang bagi nasihat, cari solution ke ape. Kita cuma nak meluahkan & ada seseorang yang sanggup dengar. Kalau kau takde duit, kau mintak dekat boyfriend kau ke? Kalau dia tanya aku ade duit ke tak, kadang-kadang aku jawab tak. Bila aku jawab tak, dia bukan nak bagi pun. Hahaha!
· Family
This should be the first one. Kau takde duit ke, ada masalah ke, diorang still ada bersama-sama. Kalau aku cakap takde duit, esoknye or lusa or minggu depan, duit mesti masuk ka ching ka ching ( bunyi macam duit syiling puleekkk ). Lambat atau cepat mesti dapat punya, gerenti. Kalau kau cakap kat boyfriend kau, ka ching ka ching adaa? Yelek! Cerita kat mak, gaduh-gaduh dengan kawan sampai nangis-nangis, mak jugak yang terpaksa dengar. Orang lain kau ingat nak dengar? Ada masalah jerawat, adik-adik jugak yang tolong membuat rawatan muka. Tapi kadang-kadang kita ni selalu lupa, time susah time takde duit time ade masalah, baru ingat nak call mak. Kalau tak? Haram. Ahh, heaven rasanya bila dapat balik rumah. *sambil hirup udara segar* Kau ingat kau baru bangun ke hape?
· Musuh
Actually, it is not a musuh but hater. Bagus jugak diorang ni wujud dalam muka bumi ni. Function diorang ni nak bagitahu apa yang buruk pasal diri kita. Kau ingat kawan-kawan kau nak bagitahu ada tahi mata berketul-ketul, badan kau bau busuk, gigi kau jongang, kaki kau pehh ada cagu. Kau ingat diorang nak bagitahu? No way man, diorang akan bisu seribu language. Daripada itulah, kita dapat detect apa masalah diri kita sebenarnya.
Mengambil gambar ketika orang tidak menyedarinya, haha!
p/s : masih belum terlambat untuk mengucapkan, Salam Maulidur Rasul
p/s/s : mengantuk, mengantuk benar tengok bola semalam. takpela kalah pun, cari pengalaman kan? *tangan di dada mata ke atas* takpe takpe, aku memang support team olimpik.
No comments:
Post a Comment