Permulaan bagiku


Bismillahhirahmanirahim
Harini aku masuk kelas Specialized Accounting, tak pasal-pasal aku kena baca doa. Serius, rasa macam blur gila & lupa terus doa nak belajar. Tanjat gegurl tahu, ape lah lecturer ni. Dah lah 1 kelas ade 6 orang students je. Kelakor kelakor ! Oh lupa nak buat introductory paragraph. Tiba-tiba terus masuk content. Ngak papa lah, janji tulis. Jadinya, tamatlah minggu pertama yang mana turut dikenali sebagai add drop week. Tapi sem ni aku macam hairan sikit lah. Nak tahu kenapa? Ini jawapannya.

Syaza : Kite pelik lah, kenapa sem ni semua kelas lecturer suruh perkenalkan diri. Kamu pelik tak?
Kecik : Todia, padahal kita semua tak pernah pergi add drop week ! Memang lah tak tahu ade sesi perkenalkan diri.
Syaza : Eh, a'ah kan. Patut lah *malu*
( Lepas ni kalau aku hairan ke ape ke, aku takkan tanya dah. Nanti kang malu setepek )


Jadual untuk semester 6.


Tengok lah jadual aku pack ke tak pack ke memang terpaksa. Sebab semester depan dah last dah lepastu practical. Memang kalah orang pergi kerja engko orang tahu. Dari pukul 8 sampai pukul 6 petang. Gasak ! Nasib badan lah, nak buek acano? Takpelah praktis praktis, nanti nak kerja senang. Dah biasa bangun pukul 8. ( kononnye lah kan )

Okay, sekarang kita masuk ke perenggan seterusnya. Sepatutnya kena tab sikit lah, tapi takpelah boleh diterima. Perihal hostel pulak ( ecece, perihal ), untuk semester ke 6 ni, aku still lagi roommate dengan Ajun. Dia pun ade blog, pergilah cekidaut blog dia.


Tempat tidur, tempat online, tempat berguling, tempat study, tempat buat assignment & segala-galanya.
Tu tuu, ade sayang & yogi.

Aku ade satu penyakit yang suka membeli tapi tak suka memakai.
Kalau keluar memang takkan pulang tangan kosong.
Jadi solution dia, please stay at home.
Tapi bila ada internet, tengok blogshop boleh tergugat iman.
* syaitan melompat kegembiraan *
Ni pun dah banyak bagi baju dekat Ana.



Buku tak banyak lagi, takpe engko orang sabor.
Baucher Buku tu aku belum guna lagi, tunggu tunggu.


Bangunan kat belakang tu cafe sebenarnya.
Konon bilik kitorang ni kondusif lah, dekat dengan semua tempat.
Tapi dari sem lepas tutup cafe tu, sebab tu lah aku kurus.
Asyik tak makan je ( okay, tipu :P )

 

Jadi, itulah permulaan bagi aku untuk semester ini. Korang macam mana, okay? Berjalan dengan lancar? Satu je aku tak puas hati, apehal lah UiTM daftar lambat ha? Padahal habis exam sama je. Haha, nampok bebenor jeles tengok orang lain still lagi cuti.

p/s : tengok cbox, ade orang tu letak nama hanis zalikha. haha ! cool story bro !

2 comments:

zuk zuhaiza said...

takyah jeles. kite dah minggu ke 3 dah start sem baru. eheee

Syaza Zul said...

Haha, yg ni lagi kesian.