Assalamualaikum u'olls. Harini I kembali lagi, whazzup whazzup? Aww, terasa sangat urban bila cakap ai ai yu yu. Hikhik. Cuti cuti ni memang ramai lah ambik kesempatan nak kahwin. Oh mama, saya mahu kahwin. Kahwin dengan siapa? Dengan siapa sajaaaaa. Sebenarnya satu majlis kahwin je yang aku pergi. Tang over and over again tu saja ja, bajet macam banyak sangat pergi majlis kahwin.
Anak dara dan mak dara juga tidak ketinggalan untuk join mengangkat barang hantaran
I pun mesti la ada, hikhik.
Tapi macam mengelat sikit lah, aku pilih barang yang paling ringan.
Yes, betul paling ringan.
Kenduri ni sebenarnya abang sepupu yang kahwin. Alhamdulillah, akhirnya abang long kahwin jugak. Bukan apa, banyak sangat alasan nak kahwin. Sekejap dengan awek ni, sekejap dengan bini orang ni, opss. Hahaha. Walau apapun, dah kahwin, dah selamat, dah halal dah pun.
I suka gambar ni.
Aku macam, 'ops stop, lampu merah tak boleh jalan'
Keseluruhan majlis ni, boleh lah. Meriah sangat * tangan di dada mata ke atas* Hahaha. Sepanjang 3 hari dekat kampung, aku terima soalan yang sama je. Nak tahu? Let's cekidaut.
Kawan Amir : Dah awak tingkatan berapa?
Syaza : Ha? Dah lama dah habis sekolah.
Kawan Amir : Dah tu, umur awak berapa?
Syaza : 22.
(ini serius dong, bukan rekaan)
Okay, 3 kali orang yang berbeza tanya soalan ni. Amir tu sepupu aku. Aku macam, homaaii, do I look so mudaaaa? Kahkahkah, bagi aku peluang nak perasan okay. Diam semua. Mungkin saiz badan yang kecik kot, tapi takde lah sekecik Yuyu Zulaikha si kupu kupu tu. Untuk pengetahuan semua, aku sudah berumur 22 tahun yang sudah layak untuk mengundi pada PRU 13 ini tapi belum mendaftar. Nak tengok wayang yang 18sx pun boleh, hahaha.
Budak perasan muda. Whatsoever.
Semalam aku tengok cerita UnderWorld. Hm, boleh lah tapi tak puas sebab cerita sekejap sangat 1 jam lebih je. Nak buat review ke ha? Tengok la kalau I rajin okay. Serius, geli bulu kaki bila tulis macam ni.
K la, that's all for today. Class dismiss.
No comments:
Post a Comment