Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Siapalah kita untuk mengetahui apa yang telah direncanakan untuk kita. Pada 9 Februari yang lepas, semuanya telah terluah. Alhamdulillah sekali lagi. Untuk semester yang kelima ni, pointer aku 3.18. Walaupun takde tinggi mana, tapi kita mesti bersyukur. Mungkin aku perlu lebih berusaha. Yeah, fighting! InsyaAllah, ade lagi 2 semester di UUM dan 1 lagi semester untuk praktikal. Gila, bapak cepat masa berlalu.
Hidup di universiti ni lain. Tak sama macam sekolah takpun matrik. Kat sini bebas, kau nak pergi kelas ke, nak keluar ke takde siapa pun nak kisah. Ini serius okay. Kalau di sekolah/matrik, mana boleh suka-suka tak datang. Nak outing pun kena tunggu sabtu ahad. Kalau kat hostel dulu, kena pakai baju batik lah, kat matrik pulak kena pakai baju kurung. Baju kurung dengan Syaza memang cukup sinonim. Kalau di universiti, kitorang ade dress code & setiap kali ke kelas memang kena pakai baju kurung. Pagi-pagi mesti runsing nak pilih baju. Kalau dulu senang, hari-hari memang uniform putih.
Kalau kau dulu top student dekat sekolah, matrik, tak semestinya kau boleh jugak jadi top student dekat universiti. Kau ingat apa yang aku tulis ni main-main? Nehe babuji. Sekali kau ponteng kelas, mampos kau nak jawab exam. Kau kena baca buku tebal-tebal, tengok example yang complicated, contact orang ni contact orang tu. Mana satu pilihan kalbu? Baik kau datang kelas, lecturer bagi example yang senang lepastu save terus dalam kepala otak. Lainlah kalau kau Amalina, genius nak mati. Memang lah sekarang orang cakap, lecturer ajar 1 sem, tapi student belajar 1 malam je. Siapa lagi hebat? Confirm ke yang kau baca tu ingat? Masuk dewan exam yang sejuk beku, otak blur.
Selama aku hidup dekat universiti ni, hidup aku pun ade turun naik. Bukan setiap semester pointer aku 3 and above. Sem 2 & 3 aku banyak main sampai pointer merundum. Andai dapat ku undurkan putaran dunia, ingin ku ulang semula. Ah, dalam dunia ni memang takde kalau! Menyesal toksah cakap. So, i'm back on track. Aku taknak ulang kebodohan yang sama. Kalau aku berjaya sekarang, bukan usaha aku 100%. Kita kena bina hubungan yang baik dengan lecturer. Barulah ilmu yang kita dapat tu diberkati. ( cewah, aku pun bukan baik sangat tapi tak salah kalau saling ingat-mengingati )
letak gambar, mana tahu kot-kot bosan baca panjang-panjang
hahaha
hahaha
Aku taip panjang-panjang bukan nak melemahkan semangat bakal-bakal student yang nak sambung degree. But believe me, doing a degree is like a hell! Kalau setakat nak lulus je, baik kau orang pikir balik. Lagi-lagi kalau masuk UUM, C- aka 50 % dah kena repeat. Jadi, marilah kita semua ingat tujuan kita belajar ni untuk apa. Untuk universiti lain, aku tak confirm pulak grade kitorang sama ke tak. Tak kisah lah ape pun, janji belajar betul-betul. K?
p/s : peh, panjang jugak aku taip kan? hahaha!
p/s/s : untuk pembaca baru, aku berumur 22 tahun ini & sedang mengambil ijazah dalam perakaunan.
2 comments:
sye student final sem dip..
Insya-Allah de rezeki smbg dgree..
rse sgt beza zaman sekolah dn universiti~
Kan? Good luck awak :)
Post a Comment