Assalamualaikum
Untuk terakhir kalinya, aku akan update blog ini. Nak pergi mana woi?! Nak pergi mana?! Haa, mesti nak pergi obersi ni. Mentang-mentang ah boxing day. K dah, suka mengarut. Bukan mencarut ye. Tahun depan aku akan berperang. Ya. Berperang dengan kertas peperiksaan. Jadi, ini adalah entri yang terakhir kalinya. Jangan bimbang ah weh, habis exam aku akan kembali dengan lebih panas, hangat yang kurang hangat berbanding lina hangat & lebih menggiurkan. Macam bodoh je menggiurkan, kbye.
Please ah tengok, ni gambar fresh ni. Kahkahkah !
Sebelum aku melangkah keluar daripada alam maya yang penuh auta ini, aku nak cerita sikit. Meh abam-abam akak-akak semua dengar cerita saya. Masa aku pergi library tadi, ada sorang foreigner dari China ni. Tiba-tiba datang meja aku, "excuse me, are you an Indonesian?" Aku tengah blur-blur, HA? "Are you an Indonesian?". Aku pun geleng-geleng kepala.
Motif cerita ini ialah, adakah kalau aku pakai tudung Dian Pelangi ni aku Indonesia? Aku rasa, memang tudung ni dah sinonim dengan orang Indonesia. Sampai-sampai foreigner pun dah syak aku orang Indonesia. So, let me clarify everything, Imma Malaysian bebeh ! Siapa-siapa yang tak tahu tudung tu, please ah. Kau orang duk bawah tempayan mana ni haa?! K k, Dian Pelangi je pun, bukan Lisa Surihani ye dak?
Okay lah, doakan saya berjaya dalam peperiksaan. Maafkan segala salah yang berlaku sama ada secara waras mahupun tidak. Semoga saya sentiasa tenang di dalam dewan peperiksaan. Jangan lupa doakan saya ye korang semuaaaaaaaaa ! ♥ Lagi satu ingatkan saya supaya sentiasa beringat-ingat untuk tidak meninggalkan slip exam dan juga kalkulator.
P/S : nyampah k nyampah. jerawat ni tak pernah nak biarkan muka aku suci tahu? hal jerawat lagi stress daripada exam. mungkin aku layan kau baik sangat kot, sampai kau tak reti nak blah.