Trip to Hatyai


Jam sudah menunjukkan pukul 12 malam. Nampak tak yang aku sengaja stay up semata-mata nak update blog yang sudah lama tak ber-update? Uhuk uhuk *cough*. Okay, hari jumaat haritu kitorang join trip ke Hatyai. Tapi untuk 1 hari jela. Sebenarnya Thailand ni dekat gila je dengan Bukit Kayu Hitam tapi disebabkan lama gila dekat Imigresen tu yang bikin spoil semuanya. Please dong, aku pergi sehari je nak la pergi banyak tempat. But baby don't chu cry tonight. Banyak jugak gambar untuk dikongsi bersama. Wah gituu.


Percubaan pertama pakai skirt gitu.
Gila feminin, rasa macam nak hantuk kepala je laju-laju.

 Rombongan ini juga boleh dikenali sebagai rombongan Pak Mail.
Sebab apa? Dah tu asyik Cik Kiah aje yang femes.
Pak Mail bila lagi? 5 buah bas okay. 5 buah.

RM100 = 1000 baht.
Pergi sana aku bawak 2500 baht.
Mak boleh lagi cakap, alaa kalau 2500 tu RM takpe jugak.
Takpe ma, takpe. Kang along takmau balik bagi handbag baru tahu.
Haa, tahu takut.


Pit stop pertama adalah ke Nora Plaza. Please don't ask me why Nora. I think they should change it to Syaza. Kehkehkeh! Dekat situ ada jual barangan kulit, tapi ada diskaun 20%. Tapi harga macam mahal sikit la, sebab kulit kan.


Wah wah wah, macam MakCik dah u'olls.
Tapi tak beli pun, haha!

Ya yaaa, ini dia. Yihaaaa!
Topi je yang mampu beli T_______T


So our next pit stop, tak tahu nama tempat tu apa. Tapi tempat tu jual macam kerepek, asam, kacang dan macam-macam lagi. Murah okay, muraaahhhh gila. Tapi toilet kat tempat tu macam eww eww sikit. Haha, sorry. Nanti kang cerita siapa-siapa yang tengah makan tu muntah hijou lagi.
 


Gambar Syaza lagi, mana gambar orang lain?!!

Okay lepas tu pergi makan. Makan dekat Pantai. Kitorang order nasi goreng ayam, nasi putih daging merah. Last but least, pergi Thailand mesti lah nak makan TomYam. Masalahnya, TomYam dia tak macam TomYam okay. Seriously. Rasa macam Asam Pedas. Dekat Malaysia TomYam lagi power. Ecece, Malaysia lah sangat. Padahal pergi Thailand je pun.

 TomYam yang rasa Asam Pedas.

Seterusnya pergi ke Pantai. Yang konon-kononnya ada Ikan Duyung. Kehkehkeh! Ikan Duyung patung aje deh. Best pantai tu, cantik gila. Jom cekidaut those pictures!


Kesian Ajun, muka tak nampak.
Itule semangat bebenor.

Love is in the air

Ololo, suka gambar ni.
Sebab apa? Sebab ada ikan duyung!
kahkahkah.

Lepas tu jalan-jalan lagi, sebab diberi masa sejam aje kan. Kat sini serius banyak gila anjing. Confuse, semua watlek watcool je jumpa anjing. Ape korang tak takut ke ha? Eiiii, takut lah.


Air kepala madu, nyumnyum.
So refreshing. 

Lepas tu pergi Floating Market. Sebenarnya dekat Changlun ni barang-barang dia sama je macam dekat Thailand. Maybe korang yang tak pernah beli barang kat sini tak tahu lah harga, trend baju macam mana. Kalau korang pergi Floating Market mesti rasa macam, Ahh murahnyeee ! Percayalah, kau orang beli baju mahal-mahal, branded orang tahu ke? Orang nak datang dekat nak pergi check ke kau punya tag kat belakang baju tu? Kalau aku, aku tak sanggup nak habiskan RM200 untuk baju semata.


Dah habis shopping shopping dekat Floating Market, kitorang menuju ke Lake Garden. Hamboi hamboi, mementang ada sales, semua macam nak gila. Yang si pakwe pun belikan seluar untuk awek dia. Ololo, so sweet. Tahukah anda, McD dan KFC tidak halal di Thailand?

Yang ini semua yang orang pesan.
Gila kau kalau semua ni aku sorang je yang beli.
Balance ada lagi 370 baht, acane ni?
Jom pergi Thailand lagi?


1 je yang ralat, Night Market semua orang pergi. Apesal bas kitorang satu-satunya yang tak pergi? Porque? Kiu? Apa ingat aku tak jeles ke tengok diorang semua ni borok pasal Night Market. Dia ingat aku tanak join ape. 

p/s : sekarang berat meningkat dengan sangat mendadak. 44kg okay, 44kg!

p/s/s : pakai selipar untuk menyenangkan perjalanan, konon takde penat sangat. baru nampak macam tourist!

p/s/s/s : kalau pakai skirt memang nampak tinggi eh? kahkahkah.


2 comments:

ZAIDAHTUL AKMAL said...

nampak sweet pakai skirt gitu..wahwahwah, berjalan sakan yer... tapikan rase mcm nak tlg tarikkan cikit jer inner merah tudung tu.. Tak nampak kecantikan wajah tu...kulup ke depan sangat...wahwahwahwah.

Unknown said...

HAHAHA! Itulah, bila tengok balik pun rasa macam nak tarik je. Apalah syaza ni?!