Lelaki.


Haritu masa kelas Advanced Tax, lecturer ni cerita la yang ni dia sebagai husband, dia lah yang cuci baju plus sidai sekali, lepas tu pergi pasar cuma masak je dia tak buat ( tu pun sebab tak gheti, haha )#likeaboss. Eh eh, terus nak cerita. Macam bukak pintu rumah orang terus masuk walaupun tak dipersilakan. Oleh itu, petang-petang begini, memang elok sangatlah kalau nak cerita atau berangan perihal bakal suami. Hikhik, malu la gini.

Aku pun macam, lecturer ni muka kemain lagi garang tapi romantik gila nak mati. So, don't judge a book by it's face. Bila digabung-in, jadilah FACEBOOK! Okay, tak lawak. Lecturer tu pun pesan, nanti nak cari suami, carilah macam dia. Ecece, sempat lagi promote tu, hehe. Ajaran cikgu mesti lah kena dengar, jangan jadi derhaka. Bila cakap pasal kahwin-kahwin baru nak dengar kau ye? Cool man, cool. That's the main attraction sekarang ni. Ek eleh, semua orang pun nak tahu lastly they ended up with who kan? Sama la weh!

Jadi, marilah kita meng-list-kan sifat our future husband ( gatal nak mampos, tahu dah ).

*sambil pasang lagu, Single Ladies by Beyonce* Sangat mengena okay, sila jangan bantah Yang Arif.

1. Paling penting sekali aku rasa kena jujur ah. Kalau tak jujur lepas tu selalu ade prasangka macam mana nk hidup bahagia ye dak? *angguk kepala semua*. Apa guna berjanji, bersumpah kalau tak ditepati? Kau nak kena sumpah jadi sesumpah? Kalau lah aku Hermoine dah lama dah aku sumpah orang macam ni. Eh, aku cakap sungguh ni. Kau ingat perempuan ni untuk dipermainkan? Bullshit! Masa couple ni lah untuk belajar cara untuk setia. Ye ah, dah kahwin pun ade lagi yang curang, yang couple ala-ala monkey love story ni lagi dah. Percaya ah cakap aku, kalau depan-depan lain kat belakang lain. Jadi aku berharap kepada aku punya future husband ( if you read this, lagi better kot ), yang aku memang totally takde idea langsung dia sedang berada di mana sekarang ni. Awak awak, kalau awak tengah couple dengan siapa-siapa sekarang ni kan, awak please lah break. Sebab kita memang dijodohkan bersama. Haha, bodoh!

2. Kedua pulak aku rasa, dia ( which is refer to my future husband ), kena lah hargai aku. Bukannya maksud aku, mandikan ( 18 sx ), cuci baju, siapkan breakfast, iron baju untuk pergi kerja. It's a BIG no okay awak. Maksud kita, kalau time birthday kita, anniversary kita ke, awak surprisekan kita ke? Well, cakap dengan future husband mesti kena sopan. Kita suka lelaki yang full of surprises. Tapi kalau awak tak macam tu pun okay, biar kita yang selalu surprisekan awak? Nak, hehe? Mesti bulu kaki korang semua luruh kan bila baca perenggan ni? Kahkahkah, padan muka lu!

 Dear future husband, I'll kill you!
Haha, joking.

3. Buat ape nak kahwin kalau tak sayang? Jadi sebelum kahwin, kena buktikan dulu kau sayang aku. Belikan hmm, belikan ape eh? BMW latest punya series. Kahkahkah! Mampos sampai tua tak kahwin la gamaknye. Maksudnya terima aku, sayang aku apa adanya. Tu je yang aku mintak. Boleh kau berikan sehingga ke akhir hayat kita bersama? Boleh? Tak payah cerita satu dunia kau sayang aku, tak payah. Biar aku je rasa, biar aku je tahu. ILOVEYOU bukan barang mainan yang boleh dijaja ke sana ke sini. Kau dah salah guna perkataan tu dan layak dihukum di bawah Akta Cinta 2012 kau tahu? Awak, nanti dah kahwin cakap ILOVE tu kat kita je eh?

4. Hormat. Walaupun aku takde depan dia 24/7, tapi aku nak dia hormat aku. Hormat aku sebagai seseorang yang bertakhta di hati dia. Tanak ah nanti kang, chat dengan orang lain cakap single, "i'm still searching for the right person". Still searching?! Still?! You are so dead meat man! Seriously. Kepada para aweks, kalau anda rasa anda punya future husband ada yang berperangai macam ni please give him another chance. Tapi kalau perangai tak pernah berubah, blah ah. You're so worth it. Mungkin anda belum ketemu lagi dengan jodoh anda. Jangan risau, jangan bimbang. Kita di dalam kelompok yang sama.

5. Lastly, aku nak kesemua ciri-ciri daripada 1 sampai 4 ( kalau boleh ) ada pada dia. Hopefully lah. Heart is not meant to be broken. Heart is so fragile, kenapa bila dah ambik lepastu nak pecah, robek, musnah, punah? Eii, sakit hati, tumbuk kang baru tahu? Suka tengok pasangan yang dah tua pun tapi still lagi bahagia. Keluar pegang-pegang tangan. Ahh, so cute kan? Jelly much. Tak perlu ade duit yang banyak, muka yang hensem tapi perangai macam harem. Tak perlu k, dunia sangat tidak mengalukan anda. Please go die now.

 Tersirat sungguh gambar ni.


Weh, baca ke tak ni? Aku punya lah taip panjang-panjang. Biasa ah, balas dendam lama tak update punya pasal. Ha, sebelum kahwin langsaikan dulu hutang PTPTN, nanti kang tak pepasal dicop muflis. Heh


2 comments:

thaqibzaki said...

Tambahan, nawaitu. Apa nawaitu dia itu penting. :D

Unknown said...

Okay, nawaitu first.