Assalamualaikum
Aku tahu, aku tahu. Memang ramai yang rindukan penulisan aku. Kahkahkah! Bukan, sebenarnya aku yang rinduuuu nak tulis. Tapi, hm, kekangan masa selalu menghantui. Kalau Doraemon betul-betul wujud kan best. Aku nak mintak, dia tukar sistem pendidikan negara ni. Tak payah pergi kelas, study sendiri. Bila nak final exam, baru datang, ambik papers. Peh, berangan lah kau. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh terfikir nak update blog dalam saat-saat yang genting seperti sekarang. Mungkin minda aku berada dalam keadaaan yang kurang waras.
Aku bukan nak update nak mengadu yang kerja banyak, bertimbun, berlonggok macam ulat gonggok. Aku cuma, cuma, hm, nak update je. Walaupun takde satu pun isi yang penting dalam penulisan aku sekarang. TAPI TOLONG LAH PAHAM YANG KERJA AKU SEMEMANGNYA BANYAK NAK MAMPOS!! (sila baca sambil menjerit). Okay, legaa sikit sambil tarik nafas yang panjang. Takpe takpe, minggu ni je. Minggu depan ada lah rahsia sikit. Kihkihkih. Oh, kepada semua wanita di luar sana Happy Women International Day (semalam). Who run the world?? We do! Everybody is beautiful in their own way. Hehe
Muka memang selalu semangat.
Pantang lah kalau lecturer suruh buat discussion, mula lah "Bella, nak main game". Ajuunn, "nak main game boleh?". Suka ah main game, lagi lagi kalau game yang susun susun tu. Angry Bird ke hape ke, aku tak suka. 2, 3 level pastu bosan. Bila cerita pasal Angry Bird ni macam annoying sikit lah. Kejadah ape semua barang nak Angry Bird? Ingat comel ke Angry Bird tu? Biasalah remaja, jiwa memberontak.
Dah kenapa mata stim semacam je ha?!
Mungkin penat kot. Ya ya, betul.
Seriously, aku tak tahu bila lagi aku berkesempatan nak update. Jadinya, jangan rindu-rinduan malah follow lah saya di twitter. Faking! Promote twitter sendiri. Mungkin minggu depan saya akan ke, akan, ADALAH! Kalau jadi nanti kita update.
Bye, much love ♥
No comments:
Post a Comment