Pagi ini berlaku kejadian yang sangat mendebarkan. Kenyataan ini serius. Aku tak rasa pun nak bergurau dalam entry kali ini. Hari Selasa sangat ohsem sebab takde kelas, mahupun discussion. Tapi kalau assignments? Berlambak! Sekarang aku baru siapkan 3 case study. Hmmmm *tarik nafas lepas tu hembus*
Okay, macam ni, pagi tadi aku bangun lepas tu pergi ken ken. Kalau cakap ken ken, nampak macam comel sikit. Kan? Haha! Aku pun sambil berlenggang kangkung keluar daripada toilet lepas tu nampak 2 ekor monyet dekat area bilik aku. Aku pun dengan langkah yang perlahan, konon nak masuk balik toilet. Tiba tiba, 2 ekor monyet tu menyeringai dekat aku. Gila, demmit demmit! Aku pun duduk senyap senyap dalam toilet.
Entah siapa la duk halau monyet tu, tiba-tiba terus masuk dalam toilet. Aku pun apatah lagi, terus menjerit. AHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH! Sumpah, kuat gila. Yang ni memang aku tak tipu. Kalau dah biasa dengar aku gelak kuat, tapi jeritan ni lagi kuat mengalahkan semuanya. Aku makin lama makin ke belakang, monyet tu makin ke hadapan menghampiri aku. Dah la tunjuk tunjuk gigi, dia ingat aku ni orang Colgate ke apa nak ambik diorang jadi model iklan?! Okay, tu tipu. Situasi sebenarnya aku makin galak menjerit sampaikan dah tak boleh nak undur lagi.
Untung ada orang pejabat dengar jeritan aku. Power tak power aku punya jerit sampai dengar dekat pejabat. Aku pun dah tak tahu nak buat apa, terus masuk toilet paling hujung sambil berdoa dalam hati supaya tak jadi benda-benda yang tidak sepatutnya. Aku takut. Sangat. Tiba-tiba keadaan jadi senyap. Rupa-rupanya dia panjat dekat dinding. Sekali lagi aku jerit AHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH! Dah la 2 ekor, bayangkan kau orang duduk tempat aku. Serius aku takut gila. Nasib baik pakcik pejabat tu sampai tepat pada masanya dan dia pun halau 2 ekor monyet tu.
Keluar keluar je, semua orang keluar dari bilik masing-masing. Aku pun cepat-cepat lari nak cover nangis punya pasal. Time tu serius aku rasa macam aku tebusan, dan monyet tu penjenayah. Pakcik tu pulak Hero yang menyelamatkan aku. Wah wah wah! Masuk bilik terus nangis call Zarriq call mak. Memang nangis yang sedu sedan tu. Kau orang kalau baca ni jangan gelak. Harini hari aku, mana tahu esok lusa hari siapa? Aku dah fobia nak pergi toilet sensorang.
Kau hingat kau comel?
Aku tak kacau kau, kau kacau aku.
Tak payah buat muka tak bersalah sangat.
Sekian luahan perasaan aku. Terima kasih kerana sudi membaca. Chiao.
No comments:
Post a Comment