Masalah lelaki punggung tonggek



Blog aku kategori dalam umum, please jangan segan-segan nak baca. Walaupun tajuk sepanas Melodi zasss, tapi hmm. Eii, tak tahu lah nak cakap macam mana, tak reti. Tengok jela senang cerita.


Masalah lelaki punggung tonggek. 
Bermasalah atau tidak? Hm. Mari kita tinjau.

Seingat aku lah kan, sebagai seorang je admin blog yang monitor blog ini, aku tak pernah lagi tulis pasal punggung tonggek or whatsoever. Hm. Mungkin ada orang berminat pasal tajuk ni barangkali. Patutkah aku kupas? ( kupas, kupas, kupas, kalau tak kami buat demo! ). Amboi, ingat aku takde kerja tengok punggung lelaki ke ha?

Kalau masa tengok bola tu lain lah. Bukannya maksud aku tengok bola tu sebab tengok punggung lelaki. Tapi maybe sebab diorang pakai baju macam fit, lepas tu nampak macam tonggek kot. Hahaha! Contoh, macam Nor Shahrul ke Mahali ke. Hoho! Bukan aku je yang cakap, orang lain pun cakap benda yang sama eh. ( ayah aku pun cakap ). Dialog dia lebih kurang macam ni ah " Patut ah malas kejar bola, punggung besar ". Haha, entah aku tak tahu. Aku tak terlibat dalam hal cinonit ni.

Alaa, tonggek ke flat ke ape ke, takde masalah pun. Benda ni small matter je kan? Aku pun tak paham macam mana keyword ni boleh sampai ke blog aku. Kalau dulu macam ni, saya suka cewek kentut kuat. Ha? Mampos! Ada jugak orang yang suka dengan perempuan yang kentut kuat-kuat ni rupanya kan? Tapi keyword Amirul Hadi lah paling banyak. Alahai, sikit sikit Amirul Hadi. Amirul Hadi sikit sikit. Satu je aku nak pesan dengan Amirul Hadi ni, please lah tukar style rambut. Nampak macam hm, macam, buruk kot. Ni ikhlas ni aku kabor.

Ngehehe, semalam baru update, harini update lagi. Kelas kau Mak Jemah! Bukan ape, sepatutnya harini ade gotong-royong blok tapi malas nak pergi. Hahaha! So, online jela jawabnye, berkurung dalam bilik. Mentang-mentang senior katakan, ewah-ewah! Tadi bukak Nuffnang, jarang update pun boleh dapat Buffered Earning. Thank youuuuu! :*


p/s : Lisa nikah sangat cantik kan? Dah tengok? Kalau belum, tengok SINI.


Permulaan bagiku


Bismillahhirahmanirahim
Harini aku masuk kelas Specialized Accounting, tak pasal-pasal aku kena baca doa. Serius, rasa macam blur gila & lupa terus doa nak belajar. Tanjat gegurl tahu, ape lah lecturer ni. Dah lah 1 kelas ade 6 orang students je. Kelakor kelakor ! Oh lupa nak buat introductory paragraph. Tiba-tiba terus masuk content. Ngak papa lah, janji tulis. Jadinya, tamatlah minggu pertama yang mana turut dikenali sebagai add drop week. Tapi sem ni aku macam hairan sikit lah. Nak tahu kenapa? Ini jawapannya.

Syaza : Kite pelik lah, kenapa sem ni semua kelas lecturer suruh perkenalkan diri. Kamu pelik tak?
Kecik : Todia, padahal kita semua tak pernah pergi add drop week ! Memang lah tak tahu ade sesi perkenalkan diri.
Syaza : Eh, a'ah kan. Patut lah *malu*
( Lepas ni kalau aku hairan ke ape ke, aku takkan tanya dah. Nanti kang malu setepek )


Jadual untuk semester 6.


Tengok lah jadual aku pack ke tak pack ke memang terpaksa. Sebab semester depan dah last dah lepastu practical. Memang kalah orang pergi kerja engko orang tahu. Dari pukul 8 sampai pukul 6 petang. Gasak ! Nasib badan lah, nak buek acano? Takpelah praktis praktis, nanti nak kerja senang. Dah biasa bangun pukul 8. ( kononnye lah kan )

Okay, sekarang kita masuk ke perenggan seterusnya. Sepatutnya kena tab sikit lah, tapi takpelah boleh diterima. Perihal hostel pulak ( ecece, perihal ), untuk semester ke 6 ni, aku still lagi roommate dengan Ajun. Dia pun ade blog, pergilah cekidaut blog dia.


Tempat tidur, tempat online, tempat berguling, tempat study, tempat buat assignment & segala-galanya.
Tu tuu, ade sayang & yogi.

Aku ade satu penyakit yang suka membeli tapi tak suka memakai.
Kalau keluar memang takkan pulang tangan kosong.
Jadi solution dia, please stay at home.
Tapi bila ada internet, tengok blogshop boleh tergugat iman.
* syaitan melompat kegembiraan *
Ni pun dah banyak bagi baju dekat Ana.



Buku tak banyak lagi, takpe engko orang sabor.
Baucher Buku tu aku belum guna lagi, tunggu tunggu.


Bangunan kat belakang tu cafe sebenarnya.
Konon bilik kitorang ni kondusif lah, dekat dengan semua tempat.
Tapi dari sem lepas tutup cafe tu, sebab tu lah aku kurus.
Asyik tak makan je ( okay, tipu :P )

 

Jadi, itulah permulaan bagi aku untuk semester ini. Korang macam mana, okay? Berjalan dengan lancar? Satu je aku tak puas hati, apehal lah UiTM daftar lambat ha? Padahal habis exam sama je. Haha, nampok bebenor jeles tengok orang lain still lagi cuti.

p/s : tengok cbox, ade orang tu letak nama hanis zalikha. haha ! cool story bro !

Menghitung hari

Assalamualaikum


Miss me?! Nobody gonna miss me & realized that am no longer a facebooker.
Trust me baby. ( until now, im blog about this )



Facebook. Hm. Ape yang kita boleh cakap pasal Facebook eh? Facebook tempat meluahkan masalah, perasaan, cari skandal, suami isteri gaduh cemburu membuta tuli  . Maybe I am not a social person, so sebab tu aku dah tak paham kat mana keseronokan Facebook. Utiliti dah menurun aku rasa. Welcome to the club Syaza #forever alone.


Lagi 2 hari, aku akan balik ke uum. Hm. Selama 3 minggu cuti, sehari je aku keluar. Keluar tu maksudnya tengok wayang, pergi mall. Hari-hari yang lain aku habiskan duduk terperuk dekat rumah. Kau tak bosan ke ha? Jawapannya, tak bosan ! Sebab aku bukan duduk sorang-sorang dekat rumah. Aku ade ana. Kitorang hari-hari selalu main sama-sama. Main mekap-mekap, pakai bulu mata palsu, main geletek-geletek, and the best part is kitorang tidur sama-sama. 2 malam je aku tidur bilik aku, yang lain semua tidur dengan ana. Aku tak pernah rasa taknak balik uum, biasanya memang tak sabar gila nak mati sebab nak balik. Sebab kat sana seronok, ramai kawan #forever alone. Disebabkan ana tengah tunggu result spm, sebab tula dia pun ade je dekat rumah. Tapi cuti kali ni lain, kitorang selalu sama-sama. Hm, sedih la pulak bila taip perenggan yang ini.


Sepatutnya aku balik malam esok, sebab hari sabtu aku still ade ko-k. Jadah apa dah sem 6 ade ko-k lagi ni woi? Hahaha ! Benda ni sangat memalukan, jadi aku takkan tulis. Sem depan aku tak sama bilik dengan ajun. Ajun sayang, mari kita tukar bilik secara haram?  Dah la roommate sem depan junior, confirm dia takkan tahan dengan aku. Bukan sebab aku tidur berdengkur ke ape ke. Tapi aku ni kadang-kadang gilanya tu tak tertahan dek akalmu tahu? Bila aku dah start karaoke guna minilyrics tu habis ah bilik, bising nak mampos. Lagi-lagi kalau part rap, kalah pitbull ! Kalau on call pun sama, bilik lain boleh dengan sebutir-butir apa yang aku bualkan. Tensi woi tensi ! Ajun roommate sejati je yang paham. Paham ke, ntah-ntah buat-buat paham je ye dak ajun? Hihi ( gelak malu-malu kucing ).







Untuk budak yang 3 tahun, sem ni last. Gilaa, cepatnye masa berlalu ! Nanti turn kitorang pulak. Dalam hidup ade ups & downs. Sama jugak dalam persahabatan. Solution dia 1 je, buang yang keruh, ambik yang jernih. Confirm, hidup bahagia. K lah, nak main fashion show dengan ana. Asyik-asyik main fashion show dengan ajun dan kecik je. Sekarang dengan ana pulak. Oh, ana tu adik kite.

Bubye, tata, titi, tutu, muahh ! EH?!!

Alhamdulillah, rezeki daripada Allah



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Siapalah kita untuk mengetahui apa yang telah direncanakan untuk kita. Pada 9 Februari yang lepas, semuanya telah terluah. Alhamdulillah sekali lagi. Untuk semester yang kelima ni, pointer aku 3.18. Walaupun takde tinggi mana, tapi kita mesti bersyukur. Mungkin aku perlu lebih berusaha. Yeah, fighting!  InsyaAllah, ade lagi 2 semester di UUM dan 1 lagi semester untuk praktikal. Gila, bapak cepat masa berlalu.

Hidup di universiti ni lain. Tak sama macam sekolah takpun matrik. Kat sini bebas, kau nak pergi kelas ke, nak keluar ke takde siapa pun nak kisah. Ini serius okay. Kalau di sekolah/matrik, mana boleh suka-suka tak datang. Nak outing pun kena tunggu sabtu ahad. Kalau kat hostel dulu, kena pakai baju batik lah, kat matrik pulak kena pakai baju kurung. Baju kurung dengan Syaza memang cukup sinonim. Kalau di universiti, kitorang ade dress code & setiap kali ke kelas memang kena pakai baju kurung. Pagi-pagi mesti runsing nak pilih baju. Kalau dulu senang, hari-hari memang uniform putih.

Kalau kau dulu top student dekat sekolah, matrik, tak semestinya kau boleh jugak jadi top student dekat universiti. Kau ingat apa yang aku tulis ni main-main? Nehe babuji. Sekali kau ponteng kelas, mampos kau nak jawab exam. Kau kena baca buku tebal-tebal, tengok example yang complicated, contact orang ni contact orang tu. Mana satu pilihan kalbu? Baik kau datang kelas, lecturer bagi example yang senang lepastu save terus dalam kepala otak. Lainlah kalau kau Amalina, genius nak mati. Memang lah sekarang orang cakap, lecturer ajar 1 sem, tapi student belajar 1 malam je. Siapa lagi hebat? Confirm ke yang kau baca tu ingat? Masuk dewan exam yang sejuk beku, otak blur.

Selama aku hidup dekat universiti ni, hidup aku pun ade turun naik. Bukan setiap semester pointer aku 3 and above. Sem 2 & 3 aku banyak main sampai pointer merundum. Andai dapat ku undurkan putaran dunia, ingin ku ulang semula. Ah, dalam dunia ni memang takde kalau! Menyesal toksah cakap. So, i'm back on track. Aku taknak ulang kebodohan yang sama. Kalau aku berjaya sekarang, bukan usaha aku 100%. Kita kena bina hubungan yang baik dengan lecturer. Barulah ilmu yang kita dapat tu diberkati. ( cewah, aku pun bukan baik sangat tapi tak salah kalau saling ingat-mengingati )

letak gambar, mana tahu kot-kot bosan baca panjang-panjang
hahaha


Aku taip panjang-panjang bukan nak melemahkan semangat bakal-bakal student yang nak sambung degree. But believe me, doing a degree is like a hell! Kalau setakat nak lulus je, baik kau orang pikir balik. Lagi-lagi kalau masuk UUM, C- aka 50 % dah kena repeat. Jadi, marilah kita semua ingat tujuan kita belajar ni untuk apa. Untuk universiti lain, aku tak confirm pulak grade kitorang sama ke tak. Tak kisah lah ape pun, janji belajar betul-betul. K?


p/s : peh, panjang jugak aku taip kan? hahaha!

p/s/s : untuk pembaca baru, aku berumur 22 tahun ini & sedang mengambil ijazah dalam perakaunan.

Kau, mereka atau dia yang paling penting?


Sekali lagi blog terabai. Nice try nice try. Kadang-kadang lebih baik kita biarkan kerajinan itu datang sendiri. Heh? Itu falsafah ciptaan diri sendiri. Bila bersendirian, jauh daripada segala bahan hiburan, kawan-kawan, mulalah rasa macam-macam. Ini bukan cerita hantu k. Bila terfikir siapa yang paling penting dalam hidup kita. Maksudnya, siapa yang paling kita perlukan. Time susah time senang, semua sama-sama.

· Kawan

Kawan ni kawan-kawan biasa. Macam kawan-kawan 1 sekolah. Memang schoolmate, tapi bukan kawan sangat pun. Duk panggil weh weh je. Kau pernah? Pernah tak tahu nama sampai sudahnye lah duk panggil weh weh. Ni ada 1 cerita, time aku nak balik cuti sem hari tu. Ada lah sorang ni, peramah kemain lagi. Aku pun layan jela, sebab belajar tempat sama. Sampai sudah aku duk panggil dia weh, budak sebelah aku tanya nama dia baru aku tanya nama dia siapa. Hahaha, kesian kau kan. Aku memang macam ni. Masalahnye sekarang, aku dah lupa nama kau siapa. Kita weh-weh jela eh? Kawan-kawan macam ni, takde lah sampai nak cerita semua masalah kau. Setakat kawan-kawan biasa, huu haa je. Aku bukan jenis cerita masalah dekat semua orang, orang yang betul-betul rapat baru baru cerita.

· Bestfriend

Do you know that there is a cycle of bestfriend? Mula-mula tak kenal, bila tengok muka “ek eleh, sombong nak mampos”. Bila lama-lama, kawan macam biasa. Lepas tu baru sedar rupanya dia tak sombong & then perhubungan semakin rapat sampai jadi bestfriend. Bila dah jadi bestfriend ke mana-mana semua sama-sana. Bila sampai satu tahap, entah kenapa macam ada masalah je nak rapat macam dulu. Lastly sekali, jadilah stranger. Aku percaya hampir semua orang ada bestfriend. Entah, aku kalau nak mengaku kawan tu sebagai bestfriend nanti kang dia tak ngaku pulak. Haha, kang syok sendiri tak pasal-pasal. Susah senang sama-sama ke ha? Aku rasa better kawan je dengan semua orang, takde susah-susah nak jaga hati sesiapa.


Cycle of friend

· Boyfriend

Me as a girl, confirm la akan cakap boyfriend takkan nak cakap girlfriend pulak. Tapi tak semestinya kalau tulis girlfriend tu maksudnya ehem ehem. Maksudnya boleh jugak kalau bestfriend. Aku tak rasa kalau susah senang sentiasa bersama-sama. Kalau kau susah, apa dia boleh cakap, “takpela sayang, sabar jela”. Kadang-kadang bila kita ada masalah, kita bukan nak orang bagi nasihat, cari solution ke ape. Kita cuma nak meluahkan & ada seseorang yang sanggup dengar. Kalau kau takde duit, kau mintak dekat boyfriend kau ke? Kalau dia tanya aku ade duit ke tak, kadang-kadang aku jawab tak. Bila aku jawab tak, dia bukan nak bagi pun. Hahaha!

· Family

This should be the first one. Kau takde duit ke, ada masalah ke, diorang still ada bersama-sama. Kalau aku cakap takde duit, esoknye or lusa or minggu depan, duit mesti masuk ka ching ka ching ( bunyi macam duit syiling puleekkk ). Lambat atau cepat mesti dapat punya, gerenti. Kalau kau cakap kat boyfriend kau, ka ching ka ching adaa? Yelek! Cerita kat mak, gaduh-gaduh dengan kawan sampai nangis-nangis, mak jugak yang terpaksa dengar. Orang lain kau ingat nak dengar? Ada masalah jerawat, adik-adik jugak yang tolong membuat rawatan muka. Tapi kadang-kadang kita ni selalu lupa, time susah time takde duit time ade masalah, baru ingat nak call mak. Kalau tak? Haram. Ahh, heaven rasanya bila dapat balik rumah. *sambil hirup udara segar* Kau ingat kau baru bangun ke hape?

· Musuh

Actually, it is not a musuh but hater. Bagus jugak diorang ni wujud dalam muka bumi ni. Function diorang ni nak bagitahu apa yang buruk pasal diri kita. Kau ingat kawan-kawan kau nak bagitahu ada tahi mata berketul-ketul, badan kau bau busuk, gigi kau jongang, kaki kau pehh ada cagu. Kau ingat diorang nak bagitahu? No way man, diorang akan bisu seribu language. Daripada itulah, kita dapat detect apa masalah diri kita sebenarnya.


Tadaaa, gaya terbaru "tikus mondok"
Mengambil gambar ketika orang tidak menyedarinya, haha!


p/s : masih belum terlambat untuk mengucapkan, Salam Maulidur Rasul

p/s/s : mengantuk, mengantuk benar tengok bola semalam. takpela kalah pun, cari pengalaman kan? *tangan di dada mata ke atas* takpe takpe, aku memang support team olimpik.