This is important


I don't know where else to go. 
And I ended up here. I mean....... my blog
This is the toughest week for me. Everything seems so wrong. I know it is my fault. Saying sorry is just not enough. I put an effort to get things come back to normal. But it is useless. Everything messed up! Haih

Hang in there, only 2 months left and hopefully everything will be fine. I'm going to shut down my blog due to unexpected circumstances. I think I can handle all of this shit, but I am wrong. Unfortunately, I am weak. Let's start fresh and forget about everything. 

Bismillah, bless me Ya Allah.
Goodbye, see you when I see you

22 November 2012.
10.33 pm.

Memuji makwe lain selain makwe sendiri.


Awak yang lelaki ni ada makwe? Ada?
Awak tahu tak yang makwe awak tu tak suka kalau awak memuji makwe lain?
Tapi kalau setakat nak memuji Megan Fox, Nora Danish, makwe mana-mana pun tak kisah. Hahahahahhaaha. 

Okay, ni salah satu benda yang makwe paling tak suka. Salah satu jela.

1) Memuji makwe lain selain makwe sendiri

Kalau ye pun makwe tu cantik, awak tak perlu la nak puji makwe tu. Lagi-lagi kalau makwe awak tu kurang cantik (macam saya). Insecure habis you know, hak hak! Awak tak perlu la buat perkara tu, lepas tu compare perangai makwe lain dengan makwe sendiri. Biasa la tu, bila tengan in relationship dengan orang lain, apa yang ada dekat makwe lain semua cantik. Tak giteww?

Ini ada nasihat ringkas, kalau rasa nak puji makwe lain, puji je dalam hati. InsyaAllah, dapat mengelakkan sebarang pergaduhan, sakit hati, terasa. Hik hik. (Malaikat siber spotted!)




Sebagai seorang makwe (mungkin versi lebih ganas), saya kurang gemar ada seorang pakwe, (which is in the future) yang suka memuji, yang suka compare, yang selalu ada masa kalau makwe lain mengadu masalah. Ek eleh, banyak cakap pulak. Nak pakwe macam tu la, ni la. Baik forever alone je kau (monolog dalaman). Okay, tsk tsk.


Mungkin ada makwe yang tidak kisah. Mungkin dia terlebih genetik lelaki dalam badan. Hak hak!

Masalah saya ialah awak.



Macam ni, saya ada masalah sekarang.
bila saya ada masalah, saya mulalah nak mengadu dekat internet.
Ya, internet!
Maksud saya, tak kira la Facebook, Twitter, blog atau apa lagi jenis social network.
Hello, awak ada masalah awak tak pernah mengadu dekat diorang (refer kepada perenggan di atas) ni ke?
Hahahahahahhahaahaha, kesian sungguh.

Awak tak tahu ke dekat sana ada ramai Tuhan tau?
Diorang semua boleh selesaikan masalah awak. Hm, hebat bukan?
Iye, saya tahu. Hik hik!

Dan sekarang ni saya ada masalah.
Tolonglah, tolonglah selesaikan.
KEYBOARD LAPTOP TAK BOLEH TEKAN, BABUN BETUL!
Sekarang taip pun dengan cara copy and paste abjad.
Gigih betul saya bukan?
Siapa baca post ni, harap dia mampu bantu.
Mohon Tuhan makbulkan doa saya.


p/s : berapa banyak pahala dah awak kumpul hari ini? Cepat lah tweet/update status. Nak baca please, nanti pahala awak habis.

Mari menikah?


Dah lama benar tak update. Entah. I think I've lost my magic. I should go to Hogwarts. Yeah, soon! Macam mana, awak suka blog kita versi baru? Awak tak suka awak boleh pergi meninggal. Dah masuk bulan November rupanya. Awak dah bagi ucapan "November, please be nice to me belum?". Kalau belum, elok lah awak buat sekarang. Takut ditimpa bala. Masuk bulan sebelas ni, ramai la yang menikah ye dak? Saya ni jarang sekali lah nak bagi ucapan tahniah, hari jadi adik saya pun belum tentu saya wish.

Ramai betul teruja dengan pernikahan awal (muda) sekarang. Update sana, tweet sini, instagram sana, twitpic sini. Hikhik, sweet sangat. Saya bukan apa, awak ingat ada ke orang nak cerita masalah seluar dalam dekat blog, twitter, facebook? Mestilah nak cerita benda manis je. Tak gitu? Kadang-kadang terfikir jugak ada ke makwe yang teruja sampai bagitahu mak ayah nak kahwin? Dalam hal-hal macam ini, biasanya golongan makwe jela yang terbabit. 

Bukannya niat saya nak mengecam pernikahan awal. Bagus, mulia sekali niat awak. Dapat mendirikan masjid, ikut suruhan Nabi. Amboi, dalam cerita ni baru nak mengikut agama? Kalau saya dah kahwin pun, saya nak tweet pasal husband saya je. Yela, nak jugak bagi kawan-kawan jeles. Hakhak. Kalau ada masalah? Saya simpan dalam diari- hati- saya- di- pelusuk- dalam- qalbu- je. Ish, malu lah kalau orang tau. Kita ni bukan golongan artis yang bagi statement, "nak buat macam mana, dah takde jodoh. saya redho". Maksud saya, pengalaman orang bernikah tak semuanya sama. Masa bercinta memang la elok perangai, kalau di ranjang? Tahu ke power ke tak power? Awak tahu tak salah satu sebab orang bercerai kenapa? Kerana kurang kepuasan di ranjang. Jadi, nak kena practice ke acane ni? Hakhak. Sex is like drug. You can be addicted. So, please stay away from it. 

Yang spm belum start tu pun dah tweet pasal cinta. Mesti imaginasi korang power kan? Karangan mesti power. Yang paling memualkan, panggil hubby. Otak awak berjambul. Nak break tapi guna ayat ceraikan saya. Perangai serupa orang takde otak. Kita hidup bukan untuk menikah je. Fikir masak-masak, ini bukan permainan masak-masak, kahwin-kahwin yang awak pernah main dulu tu. Kepada sesiapa yang bakal menikah, tahniah, "till jannah" la hendaknya. Bila guna "till jannah" ni rasa macam hijabsters pulak. Hm

p/s : " Tak kahwin awal bukannya mati pun. Bela lah kucing." - ER, 2012.




Saya bukan penggemar kucing. Takut kucing katanya.


01 November 2012. 




Premenstrual syndrome (PMS)


Ingat lelaki je confuse pasal PMS? Perempuan pun sama. According to Wikipedia, Premenstrual syndrome (PMS) (also called PMT or premenstrual tension) is a collection of physical and emotional symptoms related to a woman's menstrual cycle. PMS berlaku sebelum anda period dan biasanya akan go away selepas 1-2 hari selepas period. Sebab apa perempuan pun confuse? Sebab selama ini aku ingat PMS ini terjadi sewaktu kita period. Wkwkwkwkw. PMS start during the second half of the menstrual cycle (14 days or more after the first day of your last menstrual period). Okay, setakat ini faham?

Okay, next siapa yang biasanya ada sindrom PMS ini. Up to 3 out of every 4 women experience PMS symptoms during their childbearing years. Basically, wanita yang berumur 20 hingga 40 tahun menghadapi symptoms PMS. Different people will react differently because of their hormones. Masa aku sekolah menengah, memang teruk. Sampai muntah-muntah, pening kepala. Lucky me, sekarang cuma senggugut. I dont think there is something that should be proud of. Whatever. 

The most common symptoms are, floating or feeling gaseous, breast tenderness , clumsiness, constipation or diarrhea, food cravings, headache, less tolerance for noises and lights. Bagi aku, sebelum period memang makan banyak. Sehari sampai 4 kali makan nasi. Lepas baca artikel pasal PMS, baru aku tahu. Patut la makan banyak, tapi bila period tak rasa langsung macam nak makan. Selain itu, ada la symptoms macam loss of sex drive, mood swings, sleep problems, poor self image and etc. Para lelaki yang ingin berkahwin, you better be prepare. For now, there is no specific treatment to treat PMS. Macam biasa, drink a lot of water, exercise, live a healthy lifestyle and eat a balanced diet.

Loss of sex drive.
Need to build a good communication.


Im not even in this field but I think it is important to share with you guys. Tak kira perempuan mahupun lelaki. Aku yang sendiri perempuan pun tak tahu sebenarnya. Wkwkwkwkw. So, I decided to read an article. Lepas baca baru faham dan berkongsi bersama. Wah gitewww! Yang lelaki pulak, tak payah la ada perasaan takut dekat perempuan. Perempuan takde la complicated mana pun, comel-comel je macam Sailormoon. "Dengan kuasa bulan, aku akan menghukum mu". Hm, comelnya rasa tulis ayat Sailormoon.

Entry pertama bulan September. Eh, tak buat pun entry "September, please be nice". Fakiu. Amboi, September tu orang ke? Usaha diri sendiri sudah la, tak payah nak bagi pesanan dekat September.

Mendeka mendeka mendeka!


Kahkahkah!

Amboi gembira sungguh ya sampai pendahuluan pun diiringi dengan gelak-gelak pondan. Saya ada masalah ni, ada sesiapa boleh membantu? Seluar saya semakin ketat, apakah bala yang melanda? Hmm, bala raya mungkin. Tak dapat la nak pakai skinny jeans menari Oppa Gangnam Style!

Inspirasi nak tulis entry petang lagi dingin bersama hot chocolate dan duduk di beranda sambil menyaksikan itik pulang petang. Ya, saya berada di US. Tidak syak lagi. Tadi aku baca blog Fatin Liyana yang makcik tu letak harga mahal. Situasi macam tu pernah la terjadi tapi bukan pasal makanan. Tapi tiket bas! Oh My Gucci, pergi US mana boleh naik bas. Whatevah, lupakan!

Aku biasa naik bas Durian Burung. Take note okay semua. Beli tiket bas untuk balik final. Aku baru call mak cakap, along dah beli tiket apa semua. Suddenly, wah suddenly, akak kaunter tu call balik cakap tiket tu takde dalam sistem. Wtf?! Dia suruh aku datang balik kaunter pastu beli tiker baru. Hello kakak, tiket saya bukan RM10 tapi RM62.10. Amboi, sedaknya cakap suruh beli tiket baru. Saya akan beli tiket baru lepas suami kakak kahwin baru. Aku call ah mak balik pastu bagi no telefon kakak tu. Mak gua gangster bhai, ugut nak buat laporan polis. Kahkahakahkah!

Lepas tu baru reti nak msg, cakap boleh je naik bas tu. Takde masalah. Kat sini aku nampak satu je perbezaan aku dengan Fatin Liyana tu. Kakaka. Dia tu berani sikit, aku pulak takut sikit. Awak, haa kalau awak kacau ittew, ittew call mak itteww haaa. Cuti macam ni, mak aku patut turunkan ilmu gangster dia tu. Yaa, tidak syak lagi. Merdekakan diri kita untuk mendapatkan hak kita!




Ramai ke yang berzina semalam? Amboi, genap 9 bulan nanti dapat la baby. Congratulations in advance! Btw, mendeka its just a troll! Ciao.

Selamat Hari Gemok!



Selamat Hari Raya! Ek eleh, Ek eleh! Amende entah. Seminggu raya baru rasa nak bagi ucapan kepada semua orang. Biar ah, raya sebulan la awak. Pejam celik pejam celik, baru 1 saat berlalu. Kakaka, tak kelakar. Cerita dia sekarang ni, bila dah masuk raya maksudnya cuti tinggal 2 minggu je lagi. Apehal entah uum ni, bagi ah cuti ikut sesedap raya student. Ni nak ikut dia je. Eiiii!


Macam mana raya? Seronok? Raya memang, memang takkan bermakna kalau tangan tak meletup kerana mercun, pipi menjadi pau jadian, dan perut. Ya perut! Perut serupa kena santau. Mana taknya, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi, kita memakannya pun! Raya ni memang paling sedih. Nak cerita pun sedih. Malas nak bukak aib orang tapi ahh kisah ape?! Dah la baju raya tak siap. Masa raya lah nak pakai baju raya, kalau pakai pergi kelas tu maksudnya baju kelas bukan baju raya. Sama juga erti dengan baju pj. Baju pj pakai masa pj!


Raya, raya jugak woi, bawak kereta atas jalan raya tu hati-hatilah dengan hantu raya. Hantu kopek cuti kot, jangan risau. Setakat ni je, dah 2 accident dah aku dengar. Ni yang aku musykil, bawak kereta ke racing ni? Nasib baik aku takde lesen, kakaka. Aku tahu, aku tahu, korang ni reti bawak kereta tapi please dong berhati-hati. Ingatlah aku yang tersayang ni. Apa dah taknak jumpa ke? Hm. 


2 minggu lagi habis la cuti. Selamat berparti di rumah woi!




Ampun maaf dipinta, daripada hujung rambut hingga kaki. Muah!

Persiapan untuk praktikal


Assalamualaikum

So, im gonna share something pasal internship. No no! Saya belum intern lagi. Masih lagi belajar di universitas tercinta, ahaks! But, i think it is important untuk seseorang pelajar yang bakal mengikuti praktikal. Tambahan tak pernah kerja. Seumur hidup. Ahh, memalukan!

Sekarang sem 6, praktikal sem 8. Atau dalam erti kata lain, praktikal secara rasmi bermula tahun depan. To be specific, awal February. "Lek ah lek ah, tahun depan. Lambat lagi." Aku selalu rasa macam, ek eleh apesal semua orang kecoh-kecoh hantar resume/cover letter bagai? Padahal lambat lagi kot. Serabai, haha! Padahal dalam hati cuak, ingat diri sendiri je yang ketinggalan. Orang lain semua dah dapat tempat. Kawan-kawan pun ada ingatkan, baik cepat nanti tempat full. Nanti dapat tempat cikai, etc etc.

Nasib baik la masih ada kawan-kawan yang disayangi disisi. Diorang bagi resume/cover letter buat rujukan. Mohon perenggan ini bagi perhatian lebih! Aku syak semua orang dah tahu pasal resume. Resume ni lebih kepada academic background, strengths, objective nak apply for intern/full time job. Sebab tu la perlu aktif masa dekat universiti! Nanti kang bila sampai part penglibatan, kosong je. Haa, rasain lo! Cover letter pulak macam official letter untuk company tu. Tapi ingat lain company, lain cover letter. Yela, takkan semua company guna alamat sama?

Terima kasih sekali lagi untuk kawan-kawan di twitter. Bagi suggestion nak praktikal dekat tempat mana. Hanya ciuman yang dapat diberikan, muah! Bila kita nak apply kerja dengan orang, mesti la ada budi bahasanya. Tak giteww temen-temen? Sebelum attach file tu, tulis la;

Dear Sir/Madam,
I would like to apply for internship at your comp, bla bla bla. If you have any problem or need me to come for an interview, you can contact me at nnn@yahoo.com or 0123456789.

Your cooperation would be highly appreciated.

Yours sincerely,
Namahangpacomelloqlaq

Tu contoh jela. Tak kisah la Oh My English ke ape ke, tapi asalkan nampak la budi bahasanya. Kann? Lepas tu send dekat company mana-mana yang disukai!

v
|
|
|
|
|
|

Benda pertama kali, mesti la excited dak? Mula-mula hantar dekat firm apa ntah, lupa lah. Dah tulis elok dah semua, sekali tak attach files untuk resume dengan cover letter. Maigash! Rasa macam nak bunuh diri. Lepas tu send la sekali lagi. Untuk firm yang kedua pulak, lupa nak tukar alamat dekat cover letter. Tsk tsk. Awat la kelam kabut bebenor? Serius rasa macam, bodohnya. Untuk firm yang seterusnya okay, takde masalah dah! Overall, aku hantar dekat 5 firms. Mungkin takde jodoh dengan firm pertama dan kedua. Sobs. Sebab tu la kot jadi macam tu. Alhamdulillah, ada firm yang call lepas tu suruh pegi office ambik confirmation letter! Legaa bak hang!

Nak tahu tak, nak tahu tak? Untung ah jadi budak account, sebab praktikal termasuk sekali dalam semester. So, maksudnyaaaaa still lagi dapat JPA! Muahahaha, syoknya syoknya ada Mat Kool.







Bye, semoga ini membantu! Majulah kalut untuk masa depan, eh?!

Trip to Langkawi - Baksis


Assalamualaikum & salam Ramadhan.

It's been a while since my last update. A while?! Are you kidding me? Kahkahkah. Dah 3 bulan rupanya kan. Readers entah ada entah tidak lagi. Nuffnang pun confirm kedekut gila dengan kita. Oh dunia, kenapa sebegitu kejam? Sobs *lap hingus* Well you know, cuti 2 bulan lebih duduk rumah goyang pinggul ewah. So, ai dah tamatkan semester 6. Only 1 semester left, wohooo! Lepas tu intern lepas tu grad. Eh hello, nak tulis cerita yang memberangsangkan ke? Nak cerita masalah peribadi? Ahh, baru nak feeling feeling kejap.


Yela yela, kita update pasal trip kita pegi Langkawi lah? Okay? Sebenarnya bukan trip sangat pun tapi lebih kepada menumpang nak pegi holiday. Kahkahkah. Penginapan dah free, transport dah free, apa lagi mahu? Ye dak? Kami berada di sana selama 3 hari 2 malam, makanan juga disediakan. Wah wah wah, meriah u'olls! Sepatutnya trip ni pasal baksis. Maksudnya kena berbakti dekat orang kampung tapi masalahnya takde berbakti pun. Muahahaha!


Syaza, Ewan, Megat, Kak Hana
Ewan ni Presiden Tradewinds tapi lagaknya macam retis!
Makin lama perut makin ke depan. Hahaha!
Sorry bang Ewan! Sayaanggg Ewan!
 
 
 Alhamdulillah, dapat family yang sporting. Siapa bawak pegi jalan-jalan lagi. Masa ni kitorang pegi Beras Terbakar. Dengan kabor, kalau dedulu baling beras kat sini terbakor. Kan? Kalau tak silap lah. Hihi

Salah satu pondok yang terdapat di Beras Terbakar
 
Petangnya sepatutnya we'olls ada sukaneka. Tapi cuaca tak mengizinkan, hujan je masa pegi Langkawi masa tu. Sobss *lap hingus pada baju*. Sukaneka tu buat dekat Pantai Cenang. Memang semua orang berniaga nak untung. Agak tah pape jugak ah manusia yang bagi service untuk main water sports. Amboi, tak bagi ni main dekat pantai diorang. Eleh, bajet nak main sangat dekat situ. Blah ah, kahkahkah! Nak main bola, diorang cakap macam budak sekolah. Nak pergi main air laut pun tak bagi. Eiiii!

Gambar before kena marah.



Esoknya dah nak balik dah. Amboi, takkan la nak upload semua gambar. Nanti kang berdarah hidung nak tengok semua sampai beratus. Haa, nak tengok jugak boleh pegi check album facebook kita <------------- Boo, ai mana ada Facebook. Facebook is so last year, kahkahkah! Jadi, marilah abadikan kenangan berada di rumah mak angkat.



So, baksis kali ini merupakan yang pertama dan yang terakhir. Yela, sebelum grad nak jugak merasa pernah pegi baksis. Engkorang pernah pegi baksis yang u korang anjurkan? Tak pernah. Alahai, tu jela peluang yang ada. 


I love you, You love me
We are happy family,
With a great big hug, And a kiss from me to you,
Won't you say you love me too ♥


Selamat berbuka puasa untuk hari ini. Kuantan berbuka 7.23, engkorang? Mesti lambat kan? Hihi


Kesungguhan seorang ibu membesarkan anaknya yang tidak sempurna

Assalamualaikum

While I was browsing through the internet, I found this. 



This is a video about her blind child.


Setiap orang mengimpikan perkahwinan yang bahagia serta dikurniakan dengan anak. Same goes to Christian mother. She got married at age of 21. Namun, kehidupan tak semestinya mudah seperti apa yang kita sangkakan. I don't know what is the disease but it is rarely found. It is about 1 of 50 in the entire world. Their child is blind! Those eyes are just weren't there. I don't know how they feel. We don't know how they feel, because we aren't in the same boat with them.

Tapi kita respect sangat dengan family. Yes, the doctor did tell them about the baby tapi diorang taknak gugurkan. Setiap manusia yang dilahirkan ada sebabnya, ada tujuannya :') When she go out with Christian, everyone is staring, whispering about her baby. And now, Christian dan berumur setahun. Hm, taktahu nak explain macam mana. This video made me cry :'( Berbeza sungguh dengan Ira yang tak punya hati perut walaupun anaknya cukup sempurna.

to christian mother : you did the right thing for not aborting christian. he is special :)