Selamat Hari Raya! Ek eleh, Ek eleh! Amende entah. Seminggu raya baru rasa nak bagi ucapan kepada semua orang. Biar ah, raya sebulan la awak. Pejam celik pejam celik, baru 1 saat berlalu. Kakaka, tak kelakar. Cerita dia sekarang ni, bila dah masuk raya maksudnya cuti tinggal 2 minggu je lagi. Apehal entah uum ni, bagi ah cuti ikut sesedap raya student. Ni nak ikut dia je. Eiiii!
Macam mana raya? Seronok? Raya memang, memang takkan bermakna kalau tangan tak meletup kerana mercun, pipi menjadi pau jadian, dan perut. Ya perut! Perut serupa kena santau. Mana taknya, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi, kita memakannya pun! Raya ni memang paling sedih. Nak cerita pun sedih. Malas nak bukak aib orang tapi ahh kisah ape?! Dah la baju raya tak siap. Masa raya lah nak pakai baju raya, kalau pakai pergi kelas tu maksudnya baju kelas bukan baju raya. Sama juga erti dengan baju pj. Baju pj pakai masa pj!
Raya, raya jugak woi, bawak kereta atas jalan raya tu hati-hatilah dengan hantu raya. Hantu kopek cuti kot, jangan risau. Setakat ni je, dah 2 accident dah aku dengar. Ni yang aku musykil, bawak kereta ke racing ni? Nasib baik aku takde lesen, kakaka. Aku tahu, aku tahu, korang ni reti bawak kereta tapi please dong berhati-hati. Ingatlah aku yang tersayang ni. Apa dah taknak jumpa ke? Hm.
2 minggu lagi habis la cuti. Selamat berparti di rumah woi!
Ampun maaf dipinta, daripada hujung rambut hingga kaki. Muah!
No comments:
Post a Comment