Paranoid

"Paranoid personality disorder (PPD) is a mental disorder characterized by paranoia and a pervasive, long-standing suspiciousness and generalized mistrust of others." - Wikipedia


Gigih tau sampai search ke Wikipedia. Perempuan atau lelaki sama sahaja, masing masing ada je yang ada sifat paranoid. Contoh la, kau dah bersama dengan awek baru, tapi tak habis-habis duk cerita pasal ex kau. Muak la, nampak sangat tak move on lagi. Ain't nobody gives a shit about your exes!

Awak, awak tak boleh ada twitter, instagram, facebook atau apa-apa social network yang wujud sampai current date. Awak cuma boleh ada whatsapp je! Tu pun kena update status setiap hari pasal saya! Maigosh, kenapa ni? Kenapa masih ada segelintir orang macam ni? Awak ni paranoid ni. Asyik nak buruk sangka je dekat orang. Cuba la fikir benda yang positif sikit! Tak luak pun duit dalam bank kalau fikir positif dekat orang ni. Lantak la kalau ex awak pernah buat macam tu, ikut aku kisah ke? I don't even care. Sebab apa? Pergi mampos.

 

Susah betul nak handle orang macam ni. Awal-awal okay lagi, lama-lama kau fikir aku taknak meletup? Daripada rasa ikhlas tu ada terus rasa terpaksa. Bila ramai kawan disuruhnya tinggalkan semua. Tapi aku mengaku la yang time ni aku bodoh. Bodoh gila. Bila masa tu dunia kita berpaksikan pada dia, amboi indahnya ku bahagia tenenenenene! Dari setiap hari jumpa, jadi seminggu sekali or dua kali, jadi dua minggu sekali, last sekali jadi sebulan sekali. Akakaka terus rasa macam long distance relationship walaupun kau ghase duduk satu tempat yang sama. Lepastu dikatanya pulak kita ni mengambil kesempatan? Woi, agak-agak ada tak ubat untuk orang paranoid ni? Suka sangat cari salah kita, dia salah taknak ngaku taknak mintak maaf pastu seronok cerita keburukan kita dekat orang! Eiiiiiiiiiiiiiii, awak ni geram betul saya dibuatnya.

Dekat blog ni memang la aku tak upload gambar pakwe. Sebab kau ingat aku rajin nak delete post setiap kali break up? No my baby no, ai tak serajin tu sayang. Nak saya tepek muka awak ke dekat sini? Alololololo, simpan je niat tu k? Kahkahkahkah! Apa la, takde langsung privacy. Bagi la sikit masa dan ruang untuk diri sendiri. Penat la nak layan kerenah awak dan buruk sangka awak yang tak habis-habis tu.

Dan sekarang aku happy gila! Takde nak stress, kalau stress pun dekat tempat kerja je. Balik rumah takde siapa nak bebel tak tentu pasal dekat aku. Aku boleh keluar lunch dekat sesiapa je, kat mana-mana, tak perlu nak inform sesiapa. Aku boleh tidur pukul berapa je yang aku suka. Takde sesiapa yang nak paksa aku tidur lewat. Aku happy dekat tempat kerja walaupun kerja banyak nak mampus. Aku happy dengan gaji aku sekarang. Aku boleh happy sebab aku dah ada kereta sendiri. Sebelum ni aku tak dibenarkan happy ye walaupun orang lain semua happy ada kereta sendiri. Gila! Perghhhh, bestnya perasaan ni. Sesuatu yang tak dapat digambarkan. Sekurang-kurangnya aku tak paranoid.

Kalau asyik nak membelakangkan masa, nak throwback je kerja, nak paranoid tak habis-habis blerghhh, baik tak payah ada relationship k? Syaza, 24 tahun dan sangat happy dengan diri sendiri. Gigihnya nak cakap awak happy Syaza sampai bagitahu semua orang akakaka. 

Bye, esok kerja lepastu selasa cuti, rabu kerja, khamis kerja, jumaat kerja. Tu je nak taip. K.



11.00pm


Pulau Redang

So, last week kitorg pergi Pulau Redang. Kitorg tu officemates and of course la aku. Memula macam taknak pergi tapi sebab tak pernah pegi mesti la pergi kan! Stay dekat sana 3 hari 2 malam. Dari Kuantan bertolak pukul 4 pagi tapi takde ah 4 pagi, 4 lebih lebih macam tu ah. Kena gerak awal sebab nak sampai dekat Jeti Shahbandar tu pukul 8.15 pagi. Pukul 9 naik feri, sampai pulau pukul 11 lebih. Kira macam 2 jam jugak ah nak naik feri.


Gemuk, peduli apa aku.
Redang Reef Resort.


Day 1

Pukul 12 sampai 2 masa untuk lunch. Lepas makan tu boleh amik masa untuk solat dulu. Dalam bilik pun dah ada kiblat. Jadi sangat mudah kan? Kau kalau nak duduk selesa selesa baik stay dekat Laguna Redang Resort takpun Redang beach Resort. Yang tu selesa bak hang! Harga fikir sendiri la. Kat sini okay jugak, tapi dalam bilik cuma ada katil, toilet, meja tu je. 

Pukul 2.15 nanti diorang panggil suruh untuk snorkeling. Kalau nak sewa life jacket dengan mask tu RM30 je. Tempat pertama yang kitorg pergi tu taktau nama apa. Tak tanya pun, pandai! Takut nak mampus aku masa naik bot, first time kau tau aku nak masuk air, dah la tak pandai berenang. 


Ni muka takut ke muka excited?
Aku tengah takut dah jangan tanya apa-apa, fokus!

Lama jugak nak tunggu aku turun dari bot tu tahu? Takut gila. Nasib beach boy semua baik, yela dah kerja diorang kot. Kau tak pandai berenang? Jangan risau diorang akan selamatkan akakakaka. Masuk dalam air, ahhhhh cantiknya! Cantik gila serius. Kitorg siap dapat pegang ikan nemo lagi hehehe. Tapi tak puas, kejap sangat 45 minit! 


 First time akakaka!

Lepas tu pukul 4 tea time. Ha kalau kat sini, korg oleh makan seberapa banyak korang nak. Eat as much as you like. Terus rasa taknak balik chuols. Jo tu offer cakap nak bawak cari penyu. Kitorg (aku, cy, min li) apa lagi terus la NAK NAK! Haha, amik kesempatan diorang ni. Tapi kena tunggu dia habis kerja 5.30 la. Okay, dia bawak kitorg snorkeling pusing redang reef. Aku tak faham macam mana dia sorang boleh tarik kami tiga.

 Gamat.



 Tapak sulaiman/star fish/patrick



Nemo jumpa, star fish jumpa, baby shark jumpa, gamat jumpa, tapi kenapa turtle tak jumpa?! Air keruh katanya. Dia cakap takpe esok cari lagi lepas breakfast. Dinner pukul 7 sampai 8. Dekat sini malam memang takde aktiviti. Diorang main card la apa la, aku balik bilik tidoq.


Day 2

Pukul 7 sampai 9 breakfast. Lepas breakfast tukar aju terus snokerling. Gila betul kami tiga orang ni. Aktif! Tapi masa ni orang lain yang bawak kitorg snorkeling. 10minit snorkeling terus jumpa penyu! Sebab pagi lagi air jernih sangat. Hahaha, hari kedua mission dah accomplished dah. Lepas tu 9.15 berkumpul nak pergi snorkeling dekat Marine Park.

Marine Park.
Kau datang sini bawak roti siap-siap.
Nanti banyak ikan datang berkerumun.


Jo hilang taktau pi mana. Lambat sangat tunggu dia, jadi aku buat-buat pandai berenang je. Tak tipu je. CY sorang je pandai berenang, so dia tarik min li, min li tarik aku akakaka. Dah sampai sini, korang kena berenang sampai dekat tengah yang ada batu-batu, kat sini ada ikan besar gila. Dia tak makan roti punya, dia makan sotong. Kitorang masuk air paling awal, naik paling lambat. Gila. Pukul 11 lebih balik. Eh lupa nak cerita masa on the way nak pergi marine park bot rosak akakaka.First time pegi macam macam experience. Pukul 12 sampai 2 masa untuk lunch.


Pukul 2.15 get ready nak pergi Turtle bay, snorkeling dekat sana. Dekat sini macam tak best sangat, sea beach boy tu tak fokus. Asyik buat lawak je, habis aku tertelan air masin! Okay, look down, enjoy the scenery. Did you see my legs? Nice or not? Hahaha kelakar nak mampus terus tergelak tahu? Pastu tanya kitorg ni satu group ke? Sama tempat kerja? Oh kerja audit? Audit negara? Lagi sekali aku tertelan air masin. Terer sangat nak audit negara khen!


Turtle bay


Dah tamat snorkeling. Malam tu aku dengan Min Li jalan pusing pulau. Peh, jauh jugak ada dalam sejam tu pergi sahaja! Sempat la beli souvenir. Malam je memang ramai datang redang reef sebab kat sini ada blue sands. Taktau apa, dia macam glow in the dark dekat tepi pasir pasir tu. Jo cakap tu plankton apa benda entah taktau la aku.


Day 3

Pukul 7 breakfast lepas tu 9.30 check out.



Sorry ai kennot tahan, nak share jugak semua gambar dengan chuols, hahaha. See you again on August maybe! Oh, semua gambar dari iphone CY. Dia sorang je bawak fon masuk air akakaka.





Perempuan gila - Part 1


Aku yang perempuan ni pun selalu confuse dengan diri sendiri. Jangan lelaki je yang kata perempuan ni complicated, padahal perempuan lagi runsing pasal diri sendiri. Senang cerita, taktau la diri nak apa sebenarnya.

Part 1 *drum roll*


Hanez : Okay sayang, esok i kejutkan you bangun subuh ye.
Romi : Janji tau, jangan tak bangun pulak esok tu. Goodnight, love you.


Kunci jam pukul 6.00 am.

Snooze....Snooze...Snooze
Tidur serupa tak dapat tidur selama 48jam.



Hanez : Maaf sayang, i tak sedar langsung pagi tadi. Tidur mati :(
Romi : Janji janji tapi tak pernah berubah!
Hanez : Hm tadi bangun tak?
Romi : Ye, bangun.
Hanez : Kenapa tak kejutkan?
Romi : Saja nak tengok boleh bangun sendiri ke tak.


Gaduh selama 25 jam, telefon tak henti berdering.


Tak faham. Aku je perempuan gila dalam situasi sekarang. Dan takkan pernah faham. 









Tunggu si perempuan gila ni khatam dulu cerita dia.

Scha

Hi.

Tahu tak berapa kali aku cuba nak log in blogger tapi failed? Ingatan makin lemah, uban bakal tumbuh memutih atas kepala. Nasib disarung dengan tudung. Dunia makin gila sekarang. Amirul shafik tapi dieja sebagai amirulscha_fiq, kepala hotak anda. Ye kepala hotak anda. 

Okay, aku mengaku kalah. Aku takde idea langsung nak taip. Ah sukahati nak up entry panjang ke pendek.


 
Aah, dah konvo tahun lepas.
Taknak cakap tahniah keww?




Scha_za nak tidur, esok kerja. Dunia jangan cepat sangat jadi gila, tak sempat nak catch up ni.