Mendeka mendeka mendeka!


Kahkahkah!

Amboi gembira sungguh ya sampai pendahuluan pun diiringi dengan gelak-gelak pondan. Saya ada masalah ni, ada sesiapa boleh membantu? Seluar saya semakin ketat, apakah bala yang melanda? Hmm, bala raya mungkin. Tak dapat la nak pakai skinny jeans menari Oppa Gangnam Style!

Inspirasi nak tulis entry petang lagi dingin bersama hot chocolate dan duduk di beranda sambil menyaksikan itik pulang petang. Ya, saya berada di US. Tidak syak lagi. Tadi aku baca blog Fatin Liyana yang makcik tu letak harga mahal. Situasi macam tu pernah la terjadi tapi bukan pasal makanan. Tapi tiket bas! Oh My Gucci, pergi US mana boleh naik bas. Whatevah, lupakan!

Aku biasa naik bas Durian Burung. Take note okay semua. Beli tiket bas untuk balik final. Aku baru call mak cakap, along dah beli tiket apa semua. Suddenly, wah suddenly, akak kaunter tu call balik cakap tiket tu takde dalam sistem. Wtf?! Dia suruh aku datang balik kaunter pastu beli tiker baru. Hello kakak, tiket saya bukan RM10 tapi RM62.10. Amboi, sedaknya cakap suruh beli tiket baru. Saya akan beli tiket baru lepas suami kakak kahwin baru. Aku call ah mak balik pastu bagi no telefon kakak tu. Mak gua gangster bhai, ugut nak buat laporan polis. Kahkahakahkah!

Lepas tu baru reti nak msg, cakap boleh je naik bas tu. Takde masalah. Kat sini aku nampak satu je perbezaan aku dengan Fatin Liyana tu. Kakaka. Dia tu berani sikit, aku pulak takut sikit. Awak, haa kalau awak kacau ittew, ittew call mak itteww haaa. Cuti macam ni, mak aku patut turunkan ilmu gangster dia tu. Yaa, tidak syak lagi. Merdekakan diri kita untuk mendapatkan hak kita!




Ramai ke yang berzina semalam? Amboi, genap 9 bulan nanti dapat la baby. Congratulations in advance! Btw, mendeka its just a troll! Ciao.

Selamat Hari Gemok!



Selamat Hari Raya! Ek eleh, Ek eleh! Amende entah. Seminggu raya baru rasa nak bagi ucapan kepada semua orang. Biar ah, raya sebulan la awak. Pejam celik pejam celik, baru 1 saat berlalu. Kakaka, tak kelakar. Cerita dia sekarang ni, bila dah masuk raya maksudnya cuti tinggal 2 minggu je lagi. Apehal entah uum ni, bagi ah cuti ikut sesedap raya student. Ni nak ikut dia je. Eiiii!


Macam mana raya? Seronok? Raya memang, memang takkan bermakna kalau tangan tak meletup kerana mercun, pipi menjadi pau jadian, dan perut. Ya perut! Perut serupa kena santau. Mana taknya, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi, kita memakannya pun! Raya ni memang paling sedih. Nak cerita pun sedih. Malas nak bukak aib orang tapi ahh kisah ape?! Dah la baju raya tak siap. Masa raya lah nak pakai baju raya, kalau pakai pergi kelas tu maksudnya baju kelas bukan baju raya. Sama juga erti dengan baju pj. Baju pj pakai masa pj!


Raya, raya jugak woi, bawak kereta atas jalan raya tu hati-hatilah dengan hantu raya. Hantu kopek cuti kot, jangan risau. Setakat ni je, dah 2 accident dah aku dengar. Ni yang aku musykil, bawak kereta ke racing ni? Nasib baik aku takde lesen, kakaka. Aku tahu, aku tahu, korang ni reti bawak kereta tapi please dong berhati-hati. Ingatlah aku yang tersayang ni. Apa dah taknak jumpa ke? Hm. 


2 minggu lagi habis la cuti. Selamat berparti di rumah woi!




Ampun maaf dipinta, daripada hujung rambut hingga kaki. Muah!

Persiapan untuk praktikal


Assalamualaikum

So, im gonna share something pasal internship. No no! Saya belum intern lagi. Masih lagi belajar di universitas tercinta, ahaks! But, i think it is important untuk seseorang pelajar yang bakal mengikuti praktikal. Tambahan tak pernah kerja. Seumur hidup. Ahh, memalukan!

Sekarang sem 6, praktikal sem 8. Atau dalam erti kata lain, praktikal secara rasmi bermula tahun depan. To be specific, awal February. "Lek ah lek ah, tahun depan. Lambat lagi." Aku selalu rasa macam, ek eleh apesal semua orang kecoh-kecoh hantar resume/cover letter bagai? Padahal lambat lagi kot. Serabai, haha! Padahal dalam hati cuak, ingat diri sendiri je yang ketinggalan. Orang lain semua dah dapat tempat. Kawan-kawan pun ada ingatkan, baik cepat nanti tempat full. Nanti dapat tempat cikai, etc etc.

Nasib baik la masih ada kawan-kawan yang disayangi disisi. Diorang bagi resume/cover letter buat rujukan. Mohon perenggan ini bagi perhatian lebih! Aku syak semua orang dah tahu pasal resume. Resume ni lebih kepada academic background, strengths, objective nak apply for intern/full time job. Sebab tu la perlu aktif masa dekat universiti! Nanti kang bila sampai part penglibatan, kosong je. Haa, rasain lo! Cover letter pulak macam official letter untuk company tu. Tapi ingat lain company, lain cover letter. Yela, takkan semua company guna alamat sama?

Terima kasih sekali lagi untuk kawan-kawan di twitter. Bagi suggestion nak praktikal dekat tempat mana. Hanya ciuman yang dapat diberikan, muah! Bila kita nak apply kerja dengan orang, mesti la ada budi bahasanya. Tak giteww temen-temen? Sebelum attach file tu, tulis la;

Dear Sir/Madam,
I would like to apply for internship at your comp, bla bla bla. If you have any problem or need me to come for an interview, you can contact me at nnn@yahoo.com or 0123456789.

Your cooperation would be highly appreciated.

Yours sincerely,
Namahangpacomelloqlaq

Tu contoh jela. Tak kisah la Oh My English ke ape ke, tapi asalkan nampak la budi bahasanya. Kann? Lepas tu send dekat company mana-mana yang disukai!

v
|
|
|
|
|
|

Benda pertama kali, mesti la excited dak? Mula-mula hantar dekat firm apa ntah, lupa lah. Dah tulis elok dah semua, sekali tak attach files untuk resume dengan cover letter. Maigash! Rasa macam nak bunuh diri. Lepas tu send la sekali lagi. Untuk firm yang kedua pulak, lupa nak tukar alamat dekat cover letter. Tsk tsk. Awat la kelam kabut bebenor? Serius rasa macam, bodohnya. Untuk firm yang seterusnya okay, takde masalah dah! Overall, aku hantar dekat 5 firms. Mungkin takde jodoh dengan firm pertama dan kedua. Sobs. Sebab tu la kot jadi macam tu. Alhamdulillah, ada firm yang call lepas tu suruh pegi office ambik confirmation letter! Legaa bak hang!

Nak tahu tak, nak tahu tak? Untung ah jadi budak account, sebab praktikal termasuk sekali dalam semester. So, maksudnyaaaaa still lagi dapat JPA! Muahahaha, syoknya syoknya ada Mat Kool.







Bye, semoga ini membantu! Majulah kalut untuk masa depan, eh?!

Trip to Langkawi - Baksis


Assalamualaikum & salam Ramadhan.

It's been a while since my last update. A while?! Are you kidding me? Kahkahkah. Dah 3 bulan rupanya kan. Readers entah ada entah tidak lagi. Nuffnang pun confirm kedekut gila dengan kita. Oh dunia, kenapa sebegitu kejam? Sobs *lap hingus* Well you know, cuti 2 bulan lebih duduk rumah goyang pinggul ewah. So, ai dah tamatkan semester 6. Only 1 semester left, wohooo! Lepas tu intern lepas tu grad. Eh hello, nak tulis cerita yang memberangsangkan ke? Nak cerita masalah peribadi? Ahh, baru nak feeling feeling kejap.


Yela yela, kita update pasal trip kita pegi Langkawi lah? Okay? Sebenarnya bukan trip sangat pun tapi lebih kepada menumpang nak pegi holiday. Kahkahkah. Penginapan dah free, transport dah free, apa lagi mahu? Ye dak? Kami berada di sana selama 3 hari 2 malam, makanan juga disediakan. Wah wah wah, meriah u'olls! Sepatutnya trip ni pasal baksis. Maksudnya kena berbakti dekat orang kampung tapi masalahnya takde berbakti pun. Muahahaha!


Syaza, Ewan, Megat, Kak Hana
Ewan ni Presiden Tradewinds tapi lagaknya macam retis!
Makin lama perut makin ke depan. Hahaha!
Sorry bang Ewan! Sayaanggg Ewan!
 
 
 Alhamdulillah, dapat family yang sporting. Siapa bawak pegi jalan-jalan lagi. Masa ni kitorang pegi Beras Terbakar. Dengan kabor, kalau dedulu baling beras kat sini terbakor. Kan? Kalau tak silap lah. Hihi

Salah satu pondok yang terdapat di Beras Terbakar
 
Petangnya sepatutnya we'olls ada sukaneka. Tapi cuaca tak mengizinkan, hujan je masa pegi Langkawi masa tu. Sobss *lap hingus pada baju*. Sukaneka tu buat dekat Pantai Cenang. Memang semua orang berniaga nak untung. Agak tah pape jugak ah manusia yang bagi service untuk main water sports. Amboi, tak bagi ni main dekat pantai diorang. Eleh, bajet nak main sangat dekat situ. Blah ah, kahkahkah! Nak main bola, diorang cakap macam budak sekolah. Nak pergi main air laut pun tak bagi. Eiiii!

Gambar before kena marah.



Esoknya dah nak balik dah. Amboi, takkan la nak upload semua gambar. Nanti kang berdarah hidung nak tengok semua sampai beratus. Haa, nak tengok jugak boleh pegi check album facebook kita <------------- Boo, ai mana ada Facebook. Facebook is so last year, kahkahkah! Jadi, marilah abadikan kenangan berada di rumah mak angkat.



So, baksis kali ini merupakan yang pertama dan yang terakhir. Yela, sebelum grad nak jugak merasa pernah pegi baksis. Engkorang pernah pegi baksis yang u korang anjurkan? Tak pernah. Alahai, tu jela peluang yang ada. 


I love you, You love me
We are happy family,
With a great big hug, And a kiss from me to you,
Won't you say you love me too ♥


Selamat berbuka puasa untuk hari ini. Kuantan berbuka 7.23, engkorang? Mesti lambat kan? Hihi