Masuk universiti ini memang menjadi idaman bagi semua orang. Eh, Jah anak kau dapat universiti mana Jah? Oh, anak aku tak dapat lagi mana-mana tawaran. Sedang tunggu lah tu. Anak aku Jah, dapat USM tahu? (Yela, USM kan first giteww). Apala perasaan ibu bapa kalau anak orang lain semua belajar tinggi-tinggi ye dak? That's the problem with the people nowadays. Speaking konon, hihi. Dear parents, there are many choices to be chosen.
SPM kita pun bukan bagus sangat, setakat 6A je. Tapi apa-apa pun, Alhamdulillah :') SPM teruk bukannya bermaksud hidup kau dah mati jadi pergi meninggal ke ape ke. No mang, you got it wrong. Ke ade siapa-siapa pernah cakap awak bodoh? Dia yang bodoh sebenarnya. Eleh, suka-suka hati je nak kutuk orang.
1. Matrik
Okay lah, siapa yang pilih matrik kira nak cepat ambik degree lah. Sebab setahun je melainkan kau orang pilih Program Dua Tahun. Yelah, jangan rushing takut tak terkejor. Program Dua Tahun ni memang untuk jurusan Sains jela. Akaun cuma setahun. Nak cepat kan? Belajor pun cepat lah, rasakan. Foundation pun samalah, sebab setahun.
Akak, kita tak dapat matrik :'( Takpe adik :)
2. Diploma
Siapa cakap diploma semestinya dekat universiti? Ek eleh, tipuu ah. Politeknik ada, KPM ada, KPTM ada. Belajar dekat Politeknik pun boleh dapat biasiswa JPA lagi tahu. Jangan nak ek eleh ek eleh sangat. Tapi dengan syarat belajar rajin rajin lah kalau nak dapat biasiswa. Tahu nak complain pasal free education je. Kalau KPM pulak, dapat MARA tak silap. Fuyooo, dapat MARA tak payah bayar woi. Syok ah syok ah, boleh beli belekberi. Kawan aku belajar dekat KPM ambik jurusan English ke ape ntah, siap pergi overseas lagi. Ruginya tak belajar dekat KPM. Amacam, teruja tak teruja tak?
3. Program kemahiran
Contoh lah, kau orang minat sangat dengan kemahiran. Especially untuk lelaki la. Bila duduk rumah, suka sangat baiki tv lah, rumah dah jadi macam bengkel lah, lepas tu mak duduk bebel je siang sampai malam. Kononya kau tak guna, tahu nak menjahanamkan barang je. Dear mommy, itu adalah kelebihan mereka, minat mereka. Kita sebagai mommy, memang kena faham. Euww, sejak bila ai jadi mommy ni. I'm only 22 okay. HAHA. Sebab itulah, IKM, IKBN ditubuhkan. Untuk membantu golongan yang mempunyai tangan ajaib.
4. Tingkatan 6
Maybe this is the last choice. Kisah sangat dengan kawan-kawan yang lain semua dah masuk universiti buat apa? Sabar lah 2 tahun, lepas tu masuk universiti. Apadehal dok? Ini juga untuk Ana sebenarnya. Ingat aku tak risau ke kalau tak dapat mana-mana. Along mana tak risau woi? Kalau nak lebih motivasi, baca blog Kak Nurul Badiah. Klik SINI
Seeee, banyak kan pilihan. Kita pun rambang mata nak pilih yang mana. So, siapa cakap tak masuk universiti tu gelap masa depan. Siapa cakap?! Meh ah F2F.
Kita tulis ni pun untuk adik kita sebenarnya.
Bye, selamat membuat pilihan.
1 comment:
Salam... saya ada buat rayuan tp saya tak dpt masuk u... saya harap akak dpt beri cadangan sbb saya buntu mengenai masa depan saya... saya rasa macam takde harapan
Post a Comment