^
|
|
|
Tengok tajuk semuaaaa! Dan niat tersurat bukan untuk di follow mahupun di follow ataupun di follow. Harap maklum. Tersirat awak fikir sendiri. Hik
Heh, disebabkan saya manusia lah saya jugak layak untuk bercakap tentang manusia. Baca ayat balik. Layak untuk bercakap tapi tak layak untuk menghukum. Wah wah wah! Benda ni kadang kadang berlaku secara sedar dan jugak tak sedar. Kita akan sedar bila orang lain pun buat benda yang sama kat kita. Oh please, I don't believe in karma. Karma is such a biatch, kahkahkah! As a Muslim, I believe in Qada' and Qadar.
Okay, mata jangan dekat sangat dengan screen. Sila ke belakang. Kita dah nak masuk alam penceritaan dah ni. Kalau belum ready, close tab. Mohon.
Situasi 1:
"Eh eh, artis ni sekarang dengan VIP ni eh? Oh, hensem ke pakwenye? Alah, kalau tak hensem, ada duit semua boleh jadi hensem" This is so tipikal meleis. Sama jugak kalau, eh, Joyah tu dengan Mahmod ke? Ya Allah. Joyah tu kan cantik, kenapa lah Mahmod jugak yang dipilihnya? Sebab apa, badan Joyah mantap mengalahkan Neelofa? Mahmod 'kuat'? Banyak persoalan yang berada di minda.
Situasi 2:
Sap bro! Lama tak jumpa. Oh, weh! Depan duk sap sappp, blah seinci dua. Weh, hangpa tahu dak, dulu kat sekolah dia ni lah budak paling pengotoq! Dah la pengotoq, ada hati nak jadi playboy. Puihh! Bro, yang masa sekolah tu dah 5 tahun lepas. Yang hang duk bukak cita lama awat? Korang tahu tak perenggan yang tak berapa nak perenggan ni paling kelakar. Sebab apa? Laki jarang kot cerita mende-mende yang tak stim gini. Kahkahkah!
Situasi 3:
Weh weh weh, nak tahu cerita tak? Semalam kan, aku nampak Hantu Kak Limah tu kat wad bersalin. Ada anak dah rupanya dia tu tapi rambut maintain cute. Janji tau, jangan cerita kat sesape. Eh eh? Promises are made to be broken. Padan muka, siapa suruh berahsia lagi. Lain kali buat announcement. Lepas ni, kalau ada rahsia nak cerita dekat blog baru takde siapa yang tahu. Hihi
Situasi 4:
Tweet "Eleh, anak orang biasa je, tapi pakaian taknak kalah" Got problem? Ada masalah selulit barangkali. Kalau ada masalah selulit tak elok biar lama-lama, takut perut kembung jadi ikan buntal.
Saya berharap moga-moga saya tak dikenali sebagai akak situasi kerana saya belum layak untuk menjadi pengacara 999.
No comments:
Post a Comment