Mendeka mendeka mendeka!


Kahkahkah!

Amboi gembira sungguh ya sampai pendahuluan pun diiringi dengan gelak-gelak pondan. Saya ada masalah ni, ada sesiapa boleh membantu? Seluar saya semakin ketat, apakah bala yang melanda? Hmm, bala raya mungkin. Tak dapat la nak pakai skinny jeans menari Oppa Gangnam Style!

Inspirasi nak tulis entry petang lagi dingin bersama hot chocolate dan duduk di beranda sambil menyaksikan itik pulang petang. Ya, saya berada di US. Tidak syak lagi. Tadi aku baca blog Fatin Liyana yang makcik tu letak harga mahal. Situasi macam tu pernah la terjadi tapi bukan pasal makanan. Tapi tiket bas! Oh My Gucci, pergi US mana boleh naik bas. Whatevah, lupakan!

Aku biasa naik bas Durian Burung. Take note okay semua. Beli tiket bas untuk balik final. Aku baru call mak cakap, along dah beli tiket apa semua. Suddenly, wah suddenly, akak kaunter tu call balik cakap tiket tu takde dalam sistem. Wtf?! Dia suruh aku datang balik kaunter pastu beli tiker baru. Hello kakak, tiket saya bukan RM10 tapi RM62.10. Amboi, sedaknya cakap suruh beli tiket baru. Saya akan beli tiket baru lepas suami kakak kahwin baru. Aku call ah mak balik pastu bagi no telefon kakak tu. Mak gua gangster bhai, ugut nak buat laporan polis. Kahkahakahkah!

Lepas tu baru reti nak msg, cakap boleh je naik bas tu. Takde masalah. Kat sini aku nampak satu je perbezaan aku dengan Fatin Liyana tu. Kakaka. Dia tu berani sikit, aku pulak takut sikit. Awak, haa kalau awak kacau ittew, ittew call mak itteww haaa. Cuti macam ni, mak aku patut turunkan ilmu gangster dia tu. Yaa, tidak syak lagi. Merdekakan diri kita untuk mendapatkan hak kita!




Ramai ke yang berzina semalam? Amboi, genap 9 bulan nanti dapat la baby. Congratulations in advance! Btw, mendeka its just a troll! Ciao.

Selamat Hari Gemok!



Selamat Hari Raya! Ek eleh, Ek eleh! Amende entah. Seminggu raya baru rasa nak bagi ucapan kepada semua orang. Biar ah, raya sebulan la awak. Pejam celik pejam celik, baru 1 saat berlalu. Kakaka, tak kelakar. Cerita dia sekarang ni, bila dah masuk raya maksudnya cuti tinggal 2 minggu je lagi. Apehal entah uum ni, bagi ah cuti ikut sesedap raya student. Ni nak ikut dia je. Eiiii!


Macam mana raya? Seronok? Raya memang, memang takkan bermakna kalau tangan tak meletup kerana mercun, pipi menjadi pau jadian, dan perut. Ya perut! Perut serupa kena santau. Mana taknya, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi, kita memakannya pun! Raya ni memang paling sedih. Nak cerita pun sedih. Malas nak bukak aib orang tapi ahh kisah ape?! Dah la baju raya tak siap. Masa raya lah nak pakai baju raya, kalau pakai pergi kelas tu maksudnya baju kelas bukan baju raya. Sama juga erti dengan baju pj. Baju pj pakai masa pj!


Raya, raya jugak woi, bawak kereta atas jalan raya tu hati-hatilah dengan hantu raya. Hantu kopek cuti kot, jangan risau. Setakat ni je, dah 2 accident dah aku dengar. Ni yang aku musykil, bawak kereta ke racing ni? Nasib baik aku takde lesen, kakaka. Aku tahu, aku tahu, korang ni reti bawak kereta tapi please dong berhati-hati. Ingatlah aku yang tersayang ni. Apa dah taknak jumpa ke? Hm. 


2 minggu lagi habis la cuti. Selamat berparti di rumah woi!




Ampun maaf dipinta, daripada hujung rambut hingga kaki. Muah!